Rahsia Anggun

Rahsia Anggun Kecantikan sejati akan terpancar dari hati nurani dan akhlak terpuji.

Pernah rasa lelah dengan hidup?Pernah simpan luka tapi tak tahu nak lepaskan?Atau… tengah cari kekuatan untuk bangkit da...
03/06/2025

Pernah rasa lelah dengan hidup?
Pernah simpan luka tapi tak tahu nak lepaskan?
Atau… tengah cari kekuatan untuk bangkit dan cipta bahagia sendiri?

🎙️ Sertai kami LIVE dalam BUNGA BESI Podcast bersama:
👩‍⚕️ Dr. Azu Shahadan – Pakar Terapi Minda & Transformasi
💃 Coach Wani Hamdan – Self-Healing Strategist & Image Consultant

🗓️ Setiap ISNIN & RABU
🕛 Jam 12.00 tengah hari – 2.00 petang
📍 LIVE di YouTube & TikTok
🔍 Cari: BUNGA BESI | Dr Azu Shahadan | Wani Hamdan

Topik minggu ni bakal menyentuh hati, menyedarkan jiwa, dan memberi harapan baru… 💗

📌 Ada soalan atau kisah nak kami kupas?
📲 Scan je QR kat poster ni!
Contact Uus
*https://bit.ly/bungabesiinquiry*

Jom jadi sebahagian daripada komuniti yang saling menguatkan.
Kerana kisah kita… mungkin ubat buat orang lain. 💥







31/03/2025

Berkilau indah sinar mentari,
Menyuluh pagi penuh bahagia,
Semoga kasih kekal abadi,
Ukhuwwah ini ke syurga jua.

Semoga segala amalan kita diterima Allah, hati kita dibersihkan, dan hubungan ini terus mekar dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup saya. Moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Dengan penuh kasih,
Coach Wani Hamdan

19/03/2025

Sahabatku yang saya kasihi...
Pernah tak, dalam diam... kita rasa letih,
rasa takut tentang rezeki yang terasa jauh,
rasa buntu tentang masa depan yang tidak pasti...

Di saat hujan turun,
saya duduk, menunduk, dan merintih...
merayu kepada Allah,
agar Dia bukakan pintu-pintu rezeki untuk kita semua...

Saya rakamkan doa ini, dari hati yang benar-benar berharap,
untuk sama-sama kita dengarkan...
agar hati kita kembali tenang,
jiwa kita kembali percaya,
dan keyakinan kita kepada Allah kembali penuh…

Jom dengarkan audio terapi doa rezeki ini…
Mudah-mudahan, dengan izin-Nya,
rezeki yang kita cari akan datang dengan cara yang paling indah…
Dari Dia… untuk kita…

Klik dan hayatilah







Sayu rasa hati bila dapat kesedaran dari tadabur Juzuk 11 hari ini. Bila mana Allah mengingatkan bahawa setiap ujian yan...
12/03/2025

Sayu rasa hati bila dapat kesedaran dari tadabur Juzuk 11 hari ini. Bila mana Allah mengingatkan bahawa setiap ujian yang menimpa bukanlah tanda Dia meninggalkan, tetapi sebenarnya satu proses mendidik jiwa agar lebih dekat kepadaNya.

Bila mana dalam kepayahan, kita diajar untuk bersabar. Dalam kesenangan, kita diajar untuk bersyukur. Dan dalam setiap kesalahan, kita diberi peluang untuk bertaubat kerana rahmat-Nya lebih luas dari segala dosa.

Bila mana hati terasa berat dengan beban kehidupan, Allah mengingatkan bahawa wali-waliNya tidak pernah takut atau bersedih, kerana mereka tahu janji Allah itu benar.

Maka mengapa harus takut, mengapa harus berduka?

Hari ini, saya belajar lagi bahawa seberat mana pun hidup, kebaikan yang kita lakukan akan menghapuskan segala kesilapan.

Dan tiada apa yang lebih tenang selain daripada bersandar dan surrender kepada Dia yang Maha Mengasihi.






Address

Dmelor Condominium Persiaran Ceria
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Anggun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rahsia Anggun:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram