18/07/2025
Bawah ni ada khasiat halia 👇
👉 Sengal-sengal Sendi dan Otot
a) Ambil halia sebanyak mana yang rasa ok, pastu bakar, cuci bersih dan parut. Tempel/tekapkan pada bahagian yang sakit. Biarkan seketika buat berulang sehingga rasa ok
b) Ambil halia sebesar ibu jari dicampur dengan lengkuas dan 2 sudu bunga cengkeh kering. Semua bahan tersebut ditumbuk halus dan ditambah dengan 2-3 sudu makan air kanji. Lumurkan bahan tadi sebagai ubat gosok pada bahagian yang sakit dan dilakukan 3-5 hari secara berturut-turut.
👉 Mencegah Mati Pucuk
Ambil halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan kicap, 1 sudu makan madu, secubit serbuk lada hitam. Parut dan perah dengan segelas air masak, kemudian tapis. Perah air limau nipis, ambil kuning telur ayam tadi, kemudian dicampur dengan semua bahan lainnya dan gaul sehingga sebati. Minum 1 kali seminggu dilakukan secara teratur.
👉 Keracunan Udang
Halia dicampur dengan minyak tanah - Parut halia sebanyak yang anda kehendaki, letak sikit minyak tanah. Lumurkan pada bahagin yang terkena gatal-gatal/miang
👉 Sakit Pinggang dan Terseliuh/Tergeliat
Ambil 6 halia sebesar ibu jari dan buah asam jawa yang sudah masak secukupnya. Parut halia tadi dan gaul dengan buah asam jawa hingga sebati. Lumur atau gosokkan pada bahagian yang terasa sakit. Amalkan 3 kali seminggu
👉 Keletihan/Kebas
a) Bakar halia 2 biji halia sebesar ibu jari sehingga keperang-perangan, campurkan dengan susu dan minum seperti biasa
b) Halia sebesar ibu jari, cekur sebesar ibu jari, 1 ikat daun kemangi, 1 genggam beras yang sudah direndam air dan sedikit garam. Tmbuk bahan-bahan tadi sehingga halus kemudian lumurkan pada badan
c) 3 halia halia sebesar ibu jari, tepung gandum secukupnya, dan sesudu asam jawa yang sudah masak. Parut halia kemudian campurkan tepung gandum dan asam jawa untuk dibuat adunan dengan ditambah air panas secukupnya. Gosokan pada badan/ bahagian yang terkena bebas-kebas sehingga terasa lega
👉 Sakit Kepala
Ambil 2-3 helai daun halia, tumbuk sehingga halus dan tambah air sedikit. Sapukan pada kain dan letakkan pada dahi. Lakukan bulang kali
👉 Batuk
a) 2 halia sebesar ibu jari, rebus dengan air sebanyak 2 gelas sampai didih sehingga tinggal 1 gelas. Minum 2 kali sehari pagi dan petang.
b) 4 halia sebesar ibu jari, 1 biji limau nipis,dan sesudu teh. Parut hali, bakar limau nipis dan perah untuk ambil airnya, campurkan semua bahan tadi an diramas-ramas. Setelah sebati lumurkan pada bahagian dada kanak-kanak terutama pada waktu pagi atau setelah mandi dan sebelum tidur
👉 Cirit-birit dan Muntah-muntah.
Ambil halia, bunga buah pala, jintan putih secukupnya, 1 gelas santan kelapa, 1 sudu minyak kayu putih. Tumbuk sehingga halus kesemua bahan tadi, kemudian campurkan dengan santan kelapa dan minyak kayu putih sampai merata.
👉 Reput Tulang
Halia merah segar 20 gram, kacang hijau 30 gram, biji cengkih 10 gram, buah pelaga 10 gram, lada hitam 15 gram, kayu manis 20 gram, dan air 4 gelas. Cuci bersih bahan tersebut dan lumatkan kesemuanya. Rebus semuanya sehingga air rebusan tadi menjadi 2 gelas kemudian tapiskan. Minum 2 kali sehari pagi dan petang selepas makan. kalau nak lebih sedap, campurkan dengan madu
👉 Asma
Halia merah (bara) segar 20 gram, daun hempwdu bumi 30 gram, daun pokok kelkabu 30 gram, daun kemangi hutan 20 gram, dan air untuk minum 4 gelas. Semua bahan setelah dicuci bersih, diiris atau dipotong kecil. Rebus hingga air rebusan menyusut 2 gelas, lalu tapis. Minum 2 kali sehari pada pagi dan petang selepas makan. Sekali minum 1 gelas. Agar rasanya segar, boleh dicampur dengan madu dan limau
👉 Stroke
Halia merah (bara) 20 gram, mengkudu 40 gram, p**ai 20 gram, daun dewa 30 gram, daun cermai 20 gram, air untuk minum 4 gelas. Setelah itu, semua dicuci dan dihiris. Rebus dengan air 4 gelas hingga air rebusan menyuaut 1.5 (satu setengah) gelas, kemudian tapis. Minum tiga kali sehari (pagi, tengah hari, dan petang) selepas makan
👉 Memecahkan lemak/membuang kotoran dalam badan
1 sudu teh dicampurkan dengan gula perang dan 1 buku halia diketuk/dihiris. Rendam teh dalam air panas sehingga kembang dalam anggaran satu teko kecil. masukkan gula perang diikuti halia kemudian kacau sebati dan minum ketika panas atau suam. lebihan air halia harus di pansakan semula setiap kali mahu di minum.
Halia bara p**a adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan tradisional. Ia dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, dll
Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.
Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.
Fb Ana Mahabu
Nak Beriklan di Page Wasap kami di www.wasap.my/60197367917/NakIklanKS untuk 1klan!
Anda ada Bisnes tapi tak tahu nak buat Short Video bisnes Anda ? Meh kami bantu ! Tekan je link ni www.wasap.my/60129797207/BossBantuSayaBuatShortVideo