Pejabat Kesihatan Daerah Daro

Pejabat Kesihatan Daerah Daro Laman RASMI PKD DARO untuk maklumat Program Kesihatan di Daerah Daro.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengurusan Kantin SK Campuran, Daro atas pencapaian cemerlang memperoleh Gred A...
09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengurusan Kantin SK Campuran, Daro atas pencapaian cemerlang memperoleh Gred A dalam pemeriksaan dan penggredan dapur asrama oleh pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), Pejabat Kesihatan Daerah Daro.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan sentiasa berada pada tahap terbaik. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan terus menjadi contoh kepada institusi lain. Syabas dan tahniah! 👏



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengurusan Dapur Asrama SMK TPDPH Normah, Daro dan SK Hijrah Badong, Daro atas ...
09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengurusan Dapur Asrama SMK TPDPH Normah, Daro dan SK Hijrah Badong, Daro atas pencapaian cemerlang memperoleh Gred A dalam pemeriksaan dan penggredan dapur asrama oleh pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), Pejabat Kesihatan Daerah Daro.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan sentiasa berada pada tahap terbaik. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan terus menjadi contoh kepada institusi lain. Syabas dan tahniah! 👏



Tahniah kepada pengurusan dapur asrama SK Hijrah Badong Daro atas pencapaian Gred A dalam kebersihan dapur. Kejayaan ini...
09/05/2026

Tahniah kepada pengurusan dapur asrama SK Hijrah Badong Daro atas pencapaian Gred A dalam kebersihan dapur. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi dalam menjaga standard kebersihan dan keselamatan makanan. Teruskan kecemerlangan!

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Warga SK Hijrah Badong merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Unit Pengurusan Asrama sekolah atas kejayaan menerima pengiktirafan Gred A Dapur Asrama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 👏👏

Penghargaan khas ditujukan kepada tukang masak asrama, Encik Dahari Din serta pembantunya, Puan Rahayah Mahtar, atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kebersihan, keselamatan serta kualiti penyediaan makanan di asrama sentiasa berada pada tahap terbaik. 🍽️✨

Kejayaan ini membuktikan semangat kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi dalam memberikan persekitaran yang selesa, bersih dan selamat buat semua murid asrama.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan. 💙💛




PENDAFTARAN PREMIS MAKANANPendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Pe...
30/04/2026

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

Pendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 2009. Pengusaha makanan adalah bertanggungjawab untuk mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kategori Premis Makanan Yang Wajib Didaftar
1. Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan.
2. Semua premis makanan yang terlibat dalam katering.
3. Semua premis makanan dimana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan, contohnya restoran, gerai, kantin, warung, penjaja dan sebagainya.
4. Semua kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan dijual.

Kegagalan pengusaha premis untuk mendaftarkan premis boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan 3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

kredit:

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan mer...
29/04/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

OPERASI KESELAMATAN MAKANAN BERTEMA-OPS LABEL BAGI DAERAH DARO,MUKAH SARAWAK‎‎Pada 16hb April 2026, 1 pasukan anggota pe...
22/04/2026

OPERASI KESELAMATAN MAKANAN BERTEMA-OPS LABEL BAGI DAERAH DARO,MUKAH SARAWAK

‎Pada 16hb April 2026, 1 pasukan anggota penguatkuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Daro seramai 7 orang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan di sekitar daerah Daro bagi memantau penjualan serta promosi makanan di peringkat pengilang, pemborong, pasaraya, mini market, kedai runcit dan lain-lain premis penjualan makanan. Operasi Label kali ini adalah pemeriksaan "Pematuhan label pada makanan mengikut peraturan peraturan makanan 1985"

‎❗Beberapa teguran diberikan kepada peniaga sebagai langkah penambahbaikan. Teguran ini merangkumi keperluan memastikan label makanan mengandungi maklumat lengkap seperti nama produk, ramuan beserta peratus, berat bersih, tarikh luput, pelabelan pemakanan serta nama dan alamat pengilang.

‎Diharapkan agar kesemua pemilik premis makanan lain lebih peka agar semua pihak yang terlibat dalam keseluruhan rantaian pengeluaran makanan — merangkumi pengilang, pembekal, pemborong serta peruncit — sentiasa mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan keperluan perundangan semasa melalui pautan https://hq.moh.gov.my/fsq/.

‎Usaha ini penting bagi memastikan masyarakat di Daro sentiasa mendapat bekalan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti tinggi, selaras dengan keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



PEMERIKSAAN KANTIN DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH DI DAERAH DARO SARAWAKUnit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), PKD DARO ...
22/04/2026

PEMERIKSAAN KANTIN DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH DI DAERAH DARO SARAWAK

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), PKD DARO sedang giat menjalankan pemeriksaan kantin dan dapur asrama sekolah(Pusingan pertama) di daerah Daro.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk memeriksa dan memantau kebersihan kantin dan dapur asrama sekolah serta menjamin keselamatan makanan yang disediakan kepada para pelajar. Aspek yang dipantau semasa pemeriksaan kantin sekolah adalah proses kerja penyediaan makanan, keadaan semasa kantin/dapur asrama terutama aspek kebersihan, status pengendali makanan, keadaan peralatan seperti peti sejuk dan kawasan penyediaan/penyimpanan makanan, bekalan air dan perparitan, kemudahan sanitasi, pengurusan sampah sarap, kawalan makhluk perosak dan jadual pembersihan kantin/dapur asrama sekolah.

Hasil Lawatan dan Pemeriksaan dari kami unit UKKM Pkd Daro bersama Pelatih Pembantu Kesihatan Awam Kolej Kesihatan Awam Kuching (KKAK) di Dapur Asrama dan Kantin Sekolah Sk Nanga Semah , Sk Penasu , Sk Batang Lassa , SMK Semop telah pun mendapat Gred ( A ). Tahniah buat Guru dan pengendali makanan sekolah yg sentiasa bekerja keras memastikan keadaan Dapur dan sekitar nya sentiasa bersih dan tersusun rapi.

Tahniah !

Diharapkan agar kesemua kantin sekolah dan dapur asrama dapat mengekalkan tahap kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah penyediaan makanan yang selamat bagi memastikan tiada kejadian keracunan makanan berlaku kepada para pelajar sekolah.






Membawa masuk atau membekalkan produk makanan import di Malaysia memerlukan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang...
21/04/2026

Membawa masuk atau membekalkan produk makanan import di Malaysia memerlukan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kredit : BKKM JKN Perlis

PEMERIKSAAN KANTIN DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH DI DAERAH DARO SARAWAKUnit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), PKD DARO ...
10/02/2026

PEMERIKSAAN KANTIN DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH DI DAERAH DARO SARAWAK

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), PKD DARO sedang giat menjalankan pemeriksaan kantin dan dapur asrama sekolah(Pusingan pertama) di daerah Daro.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk memeriksa dan memantau kebersihan kantin dan dapur asrama sekolah serta menjamin keselamatan makanan yang disediakan kepada para pelajar. Aspek yang dipantau semasa pemeriksaan kantin sekolah adalah proses kerja penyediaan makanan, keadaan semasa kantin/dapur asrama terutama aspek kebersihan, status pengendali makanan, keadaan peralatan seperti peti sejuk dan kawasan penyediaan/penyimpanan makanan, bekalan air dan perparitan, kemudahan sanitasi, pengurusan sampah sarap, kawalan makhluk perosak dan jadual pembersihan kantin/dapur asrama sekolah.

Hasil Lawatan dan Pemeriksaan dari kami unit UKKM Pkd Daro bersama Pelatih Pembantu Kesihatan Awam Kolej Kesihatan Awam Kuching (KKAK) di Dapur Asrama Sekolah Rendah Sk Teluk Gelam Daro telah pun mendapat Gred ( A ). Tahniah buat Guru dan pengendali makanan sekolah yg sentiasa bekerja keras memastikan keadaan Dapur dan sekitar nya sentiasa bersih dan tersusun rapi.

Tahniah !

Diharapkan agar kesemua kantin sekolah dan dapur asrama dapat mengekalkan tahap kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah penyediaan makanan yang selamat bagi memastikan tiada kejadian keracunan makanan berlaku kepada para pelajar sekolah.



AWAS ❗️Anda sedang diperhatikan👀Para peniaga dan pengendali makanan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peratur...
05/03/2025

AWAS ❗️Anda sedang diperhatikan👀

Para peniaga dan pengendali makanan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan kesihatan sejagat!

Orang ramai juga diseru untuk sama-sama membantu usaha untuk menangani salah laku berkaitan kebersihan premis makanan dengan menyalurkan aduan melalui talian WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan

▶️0️⃣1️⃣2️⃣8️⃣4️⃣8️⃣4️⃣3️⃣7️⃣8️⃣

Salurkan maklumat, selamatkan nyawa❗️

Ingat, Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama❗️

05/03/2025

Pesanan PKKM sempena Ramadan 1446 H 🕌🌙

Saluran Aduan Kebersihan Premis Makanan

Talian WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan telah dilancarkan sebagai inisiatif tambahan PKKM kepada langkah pemantauan dan advokasi sedia ada untuk orang awam menyalurkan aduan berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan makanan dengan lebih mudah, pantas dan mesra pengguna.

Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama😊❗

Salurkan maklumat, selamatkan nyawa ✅




Address

Jalan BINA
Daro
96200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 12:00

Telephone

+6084823744

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share