29/05/2024
DOA BAPA KAMI TIDAK BOLEH DINYANYIKAN. - OLEH ALFON
Doa Bapa Kami dianggap sebagai doa yang sangat istimewa kerana ia diajar secara langsung oleh Yesus Kristus dan mengandungi ajaran Kristian teras tentang hubungan antara manusia dan Tuhan Yesus.
Walaupun Doa Bapa Kami sering dinyanyikan dalam kebaktian gereja, tradisi asal sebenarnya lebih menekankan pada doa yang diucapkan atau dipersembahkan secara peribadi kepada Tuhan. Mengikut tradisi asal secara praktiknya, doa ini lebih sering diucapkan bukan dinyanyikan.
Doa Bapa Kami menjadi lemah dan hilang keberkesanannya apabila dinyanyikan kerana berpotensi kehilangan makna dan kekhusyukan yang terkandung dalam kata-kata doa tersebut. Apabila doa dialunkan, tumpuan sering beralih kepada melodi, irama, atau gaya nyanyian, bukannya makna dan kekhusyukan doa itu sendiri.
(Erti kekhusyukan doa: Fokus pada doa,Penghayatan dlm doa, kedalaman pusat pikiran dlm doa dan ketenangan batin dlm doa).
Apabila doa ini dinyanyikan,makna dan kekhusyukan asalnya akan hilang, sehingga doa itu tidak lagi memberikan manfaat rohani yang sepatutnya diberikan kepada umatnya.
Oleh itu, adalah penting bagi orang Kristian untuk memahami dan merenung sedalam-dalamnya tentang maksud dan arahan yang terkandung dalam Doa Bapa Kami ketika berdoa, doa ini bukan untuk dinyanyikan doa itu hanya perlu dilafazkan dengan penuh penghayatan.Dengan cara ini, doa ini boleh kekal sebagai cara yang berkesan untuk mendapat perlindungan, mendapat kerezekian, mengampuni dosa sesama,menentang kejahatan dan mengukuhkan hubungan rohani antara manusia dengan Tuhan Yesus.
Daripada Alfon.