27/11/2019
PUNCA & PENYEBAB SAKIT LUTUT
Ada banyak pembahagian kepada punca sakit lutut. Pembahagian ini lebih ringkas dan mudah difahami. Secara ringkasnya sakit lutut terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu :-
SAKIT LUTUT AKUT – Terjadi cepat. Hari semalam tiada, hari ini terus dapat. Kadang terus parah, susah nk berjalan. Biasanya terjadi pada golongan muda. Akibat kecederaan ketika bersukan, akibat kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi dan seumpamanya.
SAKIT LUTUT KRONIK – Terjadi perlahan-lahan. Proses berjalan sikit-sikit selama bertahun-tahun lamanya. Biasa terjadi pada golongan yang berumur. Jarang kita dengar terjadi pada usia muda, kerana prosesnya makan masa bertahun.
Sakit lutut kronik, kami bahagikan lagi kepada 2 bahagian khusus, iaitu :-
Akibat penuaan – Semakin meningkat usia, kulit menjadi kendur, mata semakin kabur, begitu jugalah sendi. Sel-sel di sendi lutut mengalami proses degeneratif, iaitu badan tidak dapat perbaharui sel lutut yang semakin rosak, secepat waktu muda remaja dahulu. Akibatnya sendi tidak dapat berfungsi secara optimal, dan bila berjalan akan sakit. Semakin dibiarkan, biasanya semakin sakit atau parah.
Akibat penyakit sistemik – Penyakit dalam badan seperti gout, yang lama kelamaan menyebabkan kristal tajam berkumpul di dalam sendi lutut, sikit demi sedikit, sehingga menyebabkan kesakitan. Sebab itu kadang sendi ada yang bengkak keras, itu adalah urik asid dari gout yang telah termendap dalam sendi !
SIMPTOM (TANDA & GEJALA)
Ok sekarang sudah lebih mudah. Untuk penjelasan tanda dan gejala, kami jelaskan juga berdasarkan pembahagian di atas.
AKUT
– Tanda yang paling sering adalah ia berlaku cepat. Biasanya selepas beraktiviti sukan, selepas kecelakaan jalanraya, selepas trauma (eg: jatuh, tersadung, terhantuk, tertimpa barang) pada daerah sendi lutut.
– Antara komponen lutut yang boleh cedera adalah tulang keras, tulang rawan, ligamen, tendon atau otot.
– Cedera tulang keras : Tidak boleh berjalan sama sekali. Mungkin retak atau patah. Jika pijak atau digerakkan akan terasa sangat sakit.
– Cedera tulang rawan : Biasa boleh digerakkan. Jika pijak atau duduk bersila, akan sakit. Jika berjalan, semakin lama semakin sakit.
– Cedera ligamen : Jika hanya ligamen sahaja, simptomnya adalah bila berjalan, rasa seperti lutut lari (ada yang sebut, alignment lutut lari, waktu berjalan lutut rasa “membuang”).
– Cedera tendon : Biasanya boleh berjalan tapi tidak boleh berlari atau jogging. Semakin lama berjalan, semakin kerap tendon bergesel, semakin sakit rasanya. Setelah berehat, sakit hilang sendiri. Namun jika berjalan, akan sakit kembali.
– Cedera otot : Otot sekitar lutut akan bengkak, sakit apabila ditekan atau terasa tegang.
KRONIK
– Tanda yang paling utama adalah sakit lututnya perlahan-lahan. Semakin lama, semakin sakit. Biasanya pesakit sudah makan ubat tahan sakit, sudah pergi urut, dan makan makanan tambahan (suppliment). Paling sering pada usia diatas 50 tahun.
– Biasa terjadi pada mereka yang berat badan berlebihan.
– Akibat degeneratif : Banyak pada usia lanjut (proses penuaan), sakit ketika berjalan, sakit ketika dilipatkan, kadang sakit waktu sejuk. Nak solat berdiri sudah tidak mampu. Berjalan laju atau berjalan lama akan menjadi semakin sakit. Bila berehat, sakit akan berkurang tapi tidak hilang sepenuhnya.
– Akibat penyakit sistemik
– Biasanya adalah Gout dan Rheumatoid Arthritis (rematik). Gout sering diikuti dengan serangan gout lepas tersilap makan. Nak digerakkan sendi pun sakit, apatah lagi nk berjalan. Kadang gout yg teruk, kain ditiup angin pun boleh merasa sakit yang tajam menusuk. Pada rheumatoid arthritis (RA) p**a, sakit hampir sama gejala dengan degeneratif (rujuk tulisan di atas). Sering disertai dengan sendi-sendi di jari atau kaki yang membengkak atau membengkok.