22/05/2023
BAGAIMANA AKUPUNTUR BEKERJA?
Terdapat kajian saintifik meyatakan titik yang dicucuk akupunktur merangsang sistem saraf untuk melepaskan bahan kimia dalam otot, saraf tunjang, dan otak, termasuk endorfin, encephalin (sejenis endorfin) dan neurokimia lain.
Bahan kimia semulajadi ini boleh mengubah pengalaman kesakitan atau mencetuskan pembebasan bahan kimia dan hormon lain yang mempengaruhi sistem pengawal yang mengawal sistem badan seseorang.
Ini boleh membawa kesan normalisasi (keseimbangan) pada fungsi neuroendocrine (saraf dan hormon). Keseimbangan tenaga dan biokimia yang lebih baik dihasilkan oleh akupunktur merangsang kebolehan penyembuhan badan secara semulajadi, dan menggalakkan kesejahteraan fizikal dan emosi.
Kebiasaannya, pesakit akan mendapatkan rawatan kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang dialami.
Jadi, untuk melegakan kesakitan adalah punca pesakit mencari terapi akupunktur.
Kebanyakan pesakit mengalami sakit leher dan belakang adalah keadaan yang paling biasa. Oleh kerana akupunktur biasanya pilihan terakhir selepas lebih banyak perubatan konvensional tidak mencapai hasil yang diingini.
Ramai pesakit terkejut dengan keberkesanan kaedah lama abad ini. Ia adalah pengalaman yang sangat memuaskan untuk melihat pesakit saya dapat sama ada bebas kesakitan atau hidup dengan kurang kesakitan!