20/09/2019
HIJAMA VS HIPERTENSI
Hipertensi adalah penyakit sistem vaskular yang ditandai dengan bacaan tekanan darah ⛔140/90 mmHg dan keatas ⛔ secara konsisten ketika berehat.
Pada peringkat awal, ia amat jarang
menunjukkan gejala sebarang gejala.
⛔ 20% daripada pengidap hipertensi menunjukkan gejala seperti sering sakit kepala, sakit atau tegang bahagian tengkuk, pening dsbnya.
⛔ 80% pengidap hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala.
Oleh sebab lebih ramai pengidapnya yg tidak menunjukkan sebarang gejala, maka hipertensi sering digelar sebagai "pembunuh senyap".
Pada peringkat akhir di mana tekanan darah mencecah sehingga 180/100mmHg ("Hypertensive Crisis"), segelintir pesakit akan mula mengalami sakit dada, sesak nafas, hidung berdarah, mual atau.muntah, mata kabur, kaki atau tangan lemah, sawan, tidak sedar diri dsbnya.
Pada peringkat ini doktor memberi nasihat agar pesakit SEGERA dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemantauan rapi utk mengelak komplikasi lebih teruk seperti strok, serangan jantung, kegagalan organ² dsbnya.
Selain rawatan hospital, bekam boleh menjadi antara rawatan alternatif pada peringkat seawal pra- hipertensi lagi.
Dengan kawalan diet & stress, senaman regular, penurunan berat badan yg berlebihan dsbnya, bekam didapati berkesan menurunkan tekanan darah secara berperingkat.
Kajian pernah dilakukan oleh Prof. Dr Abdul Aziz Al Safi pada 2011-2014 keatas 62 orang di mana mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
1)(Intervensi) adalah mereka yang hanya menjalani terapi bekam sahaja.
2)(Kawalan) terdiri daripada mereka yang hanya memakan ubat darah tinggi sahaja.
Beberapa siri bekam dengan kekerapan sebulan sekali telah dilakukan.
Seawal bulan pertama lagi, Kumpulan intervensi(bekam) secara purata menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi dengan ketara berbanding Kumpulan Kawalan yang hanya makan ubat sahaja.
Bagaimana mekanisme bekam dalam mengawal tekanan darah tinggi?
Pertama: Penyingkiran sejumlah cecair mengandungi lebihan sodium(salt-Induced Hypertension) melalui bekam darah membantu mengurangkan lebihan isipadu cecair di dalam tubuh sekaligus mengurangkan ketegangan berlebihan pada pembuluh darah yg menuju kepada ginjal.
Kedua: Tusukan jarum atau sayatan pisau bekam kepada permukaan kulit merangsang otak utk melepaskan hormon endorphin kepada reseptor² opiod sehingga menimbulkan efek relaksasi sekaligus menurunkan tahap stres. Kesannya tekanan darah tinggi (Stress-Induced Hypertension) akan mula menurun.
Ketiga: Tekanan negatif yg dikenakan kepada permukaan kulit mengakibatkan pelepasan sejumlah Nitric Oxide(NO) daripada tisu endotelial pembuluh² darah menyebabkan pembuluh² darah mengembang(dilatasi) seterusnya memberi kesan kepada pengurangan tekanan darah tinggi. Pada mada yg sama pelepasan lebih banyak NO ini juga meningkatkan kesan relaksasi, menurunkan tahap stress sekaligus membantu penurunan tekanan darah.
Keempat: Pelepasan lebih renin(angiotensin) oleh ginjal menyebabkan pengecutan pembuluh² darah seterusnya meningkatkan tekanan darah. Penyingkiran sejumlah protein angiotensin (hormon) melalui bekam darah juga berupaya mengurangkan pengecutan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah.
Medic Sabri
Ref:
1. Hypertension causes premature aging of endothelial function in humans
S Taddei, A Virdis, P Mattei, L Ghiadoni, CB Fasolo… - …, 1997 - Am Heart Assoc
2. Small artery remodelling in hypertension: causes, consequences and therapeutic implications
MJ Mulvany - Medical & biological engineering & computing, 2008 - Springer
3. Angiotensin II causes hypertension and cardiac hypertrophy through its receptors in the kidney
SD Crowley, SB Gurley, MJ Herrera… - Proceedings of the …, 2006 - National Acad Sciences