16/10/2021
Terbaik team PPV UITM Dungun. Sebulan setengah dah berkampung di UITM Dungun.
Yang bermula ada pengakhiran. Telah tamat PPV UITM Dungun pada 14 Oct 2021.
Berbangga lah dengan diri sendiri kerana berjaya menjadi sebahagian daripada sejarah melawan covid 19.
Terima kasih atas sumbangan dan juga kerjasama dari semua pihak seperti JKNT, CITF negeri dan daerah, KLINIK HIJRAA group dan juga KLINIK IKRAM group dan semua sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Kepada semua yang terlepas tarikh untuk vaksin dos kedua atau yang BELUM lagi vaksin boleh pergi ke Klinik kesihatan berhampiran untuk vaksin PERCUMA atau boleh dapatkan VAKSIN BERBAYAR di klinik swasta yang berkelayakan berhampiran untuk memberi vaksin.