PRAKTIS

PRAKTIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PRAKTIS, Durian Tunggal.

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS atau PRAKTIS adalah sebuah badan yang mewakili dan menyatu padukan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UTeM dibawah satu pertubuhan yang berdaftar.

Bengkel Pelan Strategik MASTI 2026/2027 dan Mesyuarat MASTI Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di Universiti Malaysi...
23/01/2026

Bengkel Pelan Strategik MASTI 2026/2027 dan Mesyuarat MASTI Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel dan mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Wazir bin Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI, dan bertujuan memperkukuh hala tuju strategik MASTI bagi tempoh 2026 hingga 2027.

PRAKTIS telah diwakili oleh Encik Mohd Radzif bin Abd Hamid, Presiden; Puan Noorazilah binti Mohamed, Timbalan Presiden; serta Encik Nurhafidz bin Abd Sahak, Naib Presiden II. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada beberapa Universiti Awam termasuk UTeM yang mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa tadbir urus Universiti Awam di Malaysia.

Dalam bengkel ini, UTeM bersama USIM, UniMAP, UPM dan UIAM telah diberikan mandat dan tanggungjawab bagi melaksanakan program strategik MASTI. Antara program utama yang dirancang ialah Program Inovasi Pengurusan Universiti yang merangkumi Innovation Lab, Hackathon dan Festival of Ideas (FOI). Program ini bertujuan membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pentadbir universiti, di samping menyediakan platform penyelesaian kepada isu-isu sebenar berkaitan pengurusan dan pentadbiran melalui kerjasama rentas universiti serta rentas skim perkhidmatan.

Selain itu, bengkel ini turut menekankan pelaksanaan Program Siri Intelektual Pentadbir Universiti (SIFU) sebagai satu inisiatif berterusan untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan profesional pentadbir universiti. Program ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda transformasi universiti awam ke arah pengurusan yang lebih mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi.

MASTI turut merancang pelaksanaan Program Ikon Pentadbir Universiti sebagai usaha mengiktiraf dan memperkasa profesionalisme pentadbir melalui latihan, seminar dan perkongsian amalan terbaik.

Secara keseluruhannya, bengkel dan mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan MASTI dan PRAKTIS dalam memperkasa sistem pentadbiran universiti awam melalui pendekatan inovasi, kolaborasi strategik dan pembangunan profesional yang berterusan.

ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK TAHUN 2025Seluruh warga PRAKTIS mengucapkan sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Ruziah binti Ali,...
04/12/2025

ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK TAHUN 2025

Seluruh warga PRAKTIS mengucapkan sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Ruziah binti Ali, Pengarah Penerbit Universiti atas penganugerahan ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK di Majlis Anugerah Bitara Kesidang 2025 yang berlangsung pada 3 Disember 2025 di Grand Raja Chulan Ballroom, Ames Hotel Melaka.

Semoga penganugerahan ini akan menjadi inspirasi kepada semua warga PRAKTIS untuk terus cemerlang dalam mengharumkan nama pentadbir UTeM.

Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga PRAKTIS.


๐ŸŽ‰๐ŸŽจ Tahniah! ๐ŸŽจ๐ŸŽ‰Sekalung Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan mewarna bersempena Sambutan Har...
29/11/2025

๐ŸŽ‰๐ŸŽจ Tahniah! ๐ŸŽจ๐ŸŽ‰

Sekalung Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan mewarna bersempena Sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) serta jutaan terima kasih buat para peserta yang telah menyertai dan memeriahkan program pada hari ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM



Meriah ! ๐ŸŽจโœจ Sedang berlangsung Pertandingan Mewarna bersempena sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM, anjuran...
29/11/2025

Meriah ! ๐ŸŽจโœจ Sedang berlangsung Pertandingan Mewarna bersempena sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM, anjuran bersama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) di Dewan Sukan, UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM



๐ŸŽจHEBAHAN PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI KELUARGA JUBLI PERAK 25 TAHUN UTeM ๐Ÿ“ฃBersempena Sambutan Hari Keluarg...
25/11/2025

๐ŸŽจHEBAHAN PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI KELUARGA JUBLI PERAK 25 TAHUN UTeM ๐Ÿ“ฃ

Bersempena Sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) UTeM akan menganjurkan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak dan ahli keluarga staf. Program ini bertujuan menggalakkan kreativiti, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memupuk suasana komuniti yang ceria dalam kalangan warga UTeM.

Butiran program adalah seperti berikut:-

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 29 November 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•ข Masa : 9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi (Kaunter dibuka bermula jam 08:15 pagi sehingga 08:45 pagi)
๐Ÿ“ Lokasi : Dewan Sukan UTeM
๐Ÿ’ธ Yuran : Percuma
๐Ÿ‘ฅ Kategori : Umur 3 hingga 19 tahun (6 kategori)
๐Ÿ– Kertas akan disediakan, peserta hanya perlu membawa peralatan sendiri.

Pra-pendaftaran adalah wajib di pautan ๐Ÿ”— https://forms.gle/j2adGtzenb5DDvRm8. Tarikh tutup pra-pendaftaran adalah pada 26 November 2025 (Rabu).

Hadiah menarik menanti para pemenang. Namun yang lebih utama, program ini diadakan untuk mencipta memori indah, pengalaman menggembirakan dan mengeratkan kebersamaan dalam keluarga UTeM.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia pendaftaran seperti yang tertera pada poster hebahan.





20/08/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Terima kasih kepada semua pentadbir khusus buat semua pentadbir UTeM yang sentiasa jadi tulang belakang dan penggerak utama setiap urusan. Anda semua adalah โ€œunsung heroesโ€ yang memastikan segalanya berjalan lancar.

Hari ni khas untuk anda...
semoga terus diberi kekuatan,kesabaran dan semangat dalam melaksanakan tugas harian.

Selamat Hari Pentadbir!

20/08/2025

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Peranan anda bukan sekadar mengurus, tetapi menyusun langkah masa depan dan memastikan kelancaran operasi, menyokong akademik, dan membina ekosistem yang lestari untuk generasi akan datang.

Semoga terus cemerlang, berinovasi dan menjadi inspirasi dalam memacu transformasi pendidikan tinggi negara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Buat semua sahabat ahli PRAKTIS yang saya kasihi.Sempena Hari Pentadbir Unive...
20/08/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Buat semua sahabat ahli PRAKTIS yang saya kasihi.

Sempena Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2025, saya menyusun setinggi penghargaan atas komitmen, kesungguhan dan semangat yang tuan puan curahkan setiap hari. Dalam menghadapi revolusi digitalisasi yang pantas berubah, pentadbir unggul bukan sekadar mengurus, tetapi menjadi pemangkin transformasi diri, bersedia belajar semula, menyesuaikan diri dan meneroka cabaran demi masa depan universiti yang lebih gemilang.

Perubahan besar bermula dengan langkah kecil. Marilah kita mulakan penambahbaikan daripada diri sendiri, diikuti insan terdekat seperti keluarga, rakan sepejabat dan komuniti kerja. Dalam kesibukan mengejar KPI, jangan diabaikan kesihatan mental dan fizikal, kerana bahagia itu datang dari dalam, lahir daripada definisi yang kita sendiri cipta sebagai insan.

Mengurus universiti bukan kerja seorang dua, tetapi usaha bersama yang berteraskan kerjasama, ukhuwah dan saling memperkasa. Marilah kita terus memelihara hubungan yang harmoni, saling mempercayai, berganding bahu dengan kesungguhan, integriti dan keikhlasan demi memacu reformasi universiti tercinta.

Akhir kata, semoga Allah s.w.t. memberkati dan merahmati setiap langkah perjuangan kita serta menjadikan titik peluh kita amal jariah bila kita di sana kelak.

Selamat Menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2025

๐ŸŒŸ โ€œPentadbir Unggul, Pemangkin Reformasi Universiti.โ€๐ŸŒŸ

Ya Allah, limpahkan rahmat dan keberkatan-Mu atas perjuangan ini.
Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

Salam ikhlas,
Presiden & AJK PRAKTIS 2024 โ€“ 2026

Seluruh warga PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Misdom bin Lan yang telah bersara berkuat kuas...
11/08/2025

Seluruh warga PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Misdom bin Lan yang telah bersara berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2025.

Jutaan terima kasih atas segala ilmu, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selama 22 tahun 2 bulan dan 8 hari. Semoga Encik Misdom sentiasa dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Ranting rapuh jatuh ke bumi,
Menimpa teratak tidak berpunya,
Tuan pergi meninggalkan kami,
Budimu tetap dikenang selamanya.

Selamat Menikmati Alam Persaraan!

ุฅูู†ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSeluruh warga PRAKTIS merakamkan ucapan takziah yang setulusnya atas insiden ke...
09/06/2025

ุฅูู†ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Seluruh warga PRAKTIS merakamkan ucapan takziah yang setulusnya atas insiden kemalangan yang mengorbankan nyawa beberapa orang penuntut UPSI.

Semoga ahli keluarga mangsa serta seluruh warga UPSI dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang amat menyayat hati ini.



Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam sejahtera dan salam hormat,PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
19/05/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam hormat,

PRAKTIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Sesi Libat Urus Kenaikan Pangkat Secara One-Off yang telah berlangsung dengan jayanya.

Khususnya, ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Masdzarif bin Mahat (Ketua Pegawai Operasi), Puan Marsita binti Mohd Taib serta semua warga kerja dari Bahagian Sumber Manusia yang telah bertungkus-lumus dalam menyelaras, merancang dan melaksanakan sesi ini.

Sesi ini telah memberi ruang dan peluang kepada semua pihak untuk memahami dengan lebih jelas mekanisme serta pertimbangan yang diambil dalam pelaksanaan kenaikan pangkat secara one-off ini. Ia juga menjadi platform yang amat berguna untuk mendengar maklum balas secara langsung daripada warga PRAKTIS.

Sekali lagi, setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam sesi ini. Semoga usaha murni ini akan terus diberkati dan membawa manfaat yang besar kepada UTeM dan seluruh warganya.

Terima kasih.

Address

Durian Tunggal
76109

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRAKTIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share