Pusat Alternatif Sawwaahaa

Pusat Alternatif Sawwaahaa Rawatan Urat Saraf & Sendi Secara Alternatif, Pengamal Perubatan Islam Perguruan Persilatan, Kaedah

03/08/2024

TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran salur darah bagi melegakan kesakitan sudah sekian lama.

Urutan ini adalah suatu seni masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional terhadap penjagaan kesihatan dan kaedah penyembuhan doa usaha dan tawakal pada Allah Insyaallah yakin ada penawarnya dari sentuhan tenaga dalaman mengikut aliran jalur dari turun-temurun.

Terdapat berbagai kaedah yang digunakan oleh orang melayu untuk merawat sesuatu penyakit.

kaedah dalam rawatan urut tradisional berbagai pesakit yang di alami iaitu sakit kepala leher,saraf dan lain² ,kami jugak mengunakan ramuan-ramuan cara alternatif dalam ubat-ubatan
Kaedah rawatan dalam rawatan urut tradisional yang dilakukan adalah berbeza bergantung kepada punca dan jenis penyakit yang dihadapi.

Penyakit yang disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib,jenis rawatan dalam urut tradisional adalah pesakit itu dirawat secara tenaga dalaman .

Adakalanya penyakit batiniah dirawat dengan menggunakan air sebagai penawar dan doa.

Begitulah uniknya yang memahami kaedah rawatan yang digunakan dalam urut tradisional.

Berkongsi pengalaman pehujung kesudahan adalah penyembuhan milik Allah SWT.

Sesi rawatan urutan.
23/12/2023

Sesi rawatan urutan.

Check out SAWWAAHAA ENT(sawwaahaa) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from SAWWAAHAA ENT(sawwaahaa).

Jom tgk Abg Ai buat rawatan saraf.
27/10/2023

Jom tgk Abg Ai buat rawatan saraf.

Watch, follow, and discover more trending content.

Bismillah📢📢 KHAS WARGA KUALA LUMPUR❗️❗️📢📢 3-10 November 2022Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan terus dari...
01/11/2022

Bismillah

📢📢 KHAS WARGA KUALA LUMPUR❗️❗️
📢📢 3-10 November 2022

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan terus dari Abang Ai.
Dapatkan rawatan untuk pelbagai penyakit zahir dan batin
dengan kaedah alternatif tradisional.

Sakit belakang - sendi - urat saraf - slipdisk - stroke - migrain
sihir - saka - buka aura - lambat jodoh - susah hamil - berat rezeki
mudah hilang fokus - kemurungan - gangguan emosi
penyakit susah dikesan - mudah letih - masalah pernafasan akibat pandemik

Insya-Allah sama-sama kita ikhtiarkan.
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

✅✅✅ PEMERIKSAAN & SCAN GANGGUAN PERCUMA!!! ✅✅✅

Tarikh:
3 - 10 November 2022

Tempat:
Pusat Rawatan Tradisional Al Karomah
Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan
20, Jalan 14/48a,
Sentul Raya Boulevard,
51000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Google Map:
https://goo.gl/maps/PZzv4P8tdHaypvsE6

Untuk sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubungi:
http://www.wasap.my/60132934303



Salam Maulidur Rasul 1444H/2022 diucapkan buat semua umat Islam.Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan...
08/10/2022

Salam Maulidur Rasul 1444H/2022 diucapkan buat semua umat Islam.

Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

Semoga Maal Hijrah ini memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat hijrah dan perubahan ke arah kebaik...
29/07/2022

Semoga Maal Hijrah ini memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuh semangat ukhuwah.
Amin.

Salam Maal Hijrah.
1444 Hijrah

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.Dengan ingatan tulus...
09/07/2022

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa.

SALAM AIDILADHA

28/06/2022

Alhamdulillah Allah beri kesembuhan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan alternatif, segera hubungi kami untuk temujanji. InsyaAllah pakar kami, Abg Ai akan membantu anda sebaik mungkin.

Kami juga menawarkan khidmat untuk rawatan pelbagai penyakit zahir dan batin.

Jangan lupe share kan post ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi.

Semoga bermanfaat.






25/06/2022

Alhamdulillah. Selesai rawatan pesakit stroke dan beberapa masalah organ dalaman. Serta scan penyebab utama penyakit datang.
Mudah-mudahan diberi kemudahan untuk sembuh.
InsyaAllah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan alternatif, segera hubungi kami untuk temujanji. InsyaAllah pakar kami, Abg Ai akan membantu anda sebaik mungkin.

Kami juga menawarkan khidmat untuk kesembuhan pelbagai penyakit zahir dan batin.

Jangan lupe share kan post ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi.

Semoga bermanfaat.






KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT NURIL ANWAR.Selawat ini dikarang oleh Wali Qutub SAYYID AHMAD AL-BADAWI R.H.Fadhilatnya :1...
17/06/2022

KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT NURIL ANWAR.

Selawat ini dikarang oleh Wali Qutub SAYYID AHMAD AL-BADAWI R.H.

Fadhilatnya :

1. Jika membaca setiap solat fardhu, INSYAALLAH terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya ALLAH memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, INSYAALLAH terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.

InsyaAllah semoga kita semua dikurniakan kekuatan beristiqamah mengamalkannya.
Amin.

Semoga bermanfaat.
Salam Jumaat.

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus.Umat Islam sedia maklum akan kewujudan makhluk ghaib dari bangsa jin yang disebutkan ...
11/06/2022

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus.

Umat Islam sedia maklum akan kewujudan makhluk ghaib dari bangsa jin yang disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Jinn. Di dalam surah tersebut diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al-Quran dan mereka mengikuti ajaran Al-Quran tersebut. Banyak juga hadis yang menceritakan tentang kewujudan makhluk ghaib ini.

Pendek cerita, memandangkan jin itu wujud maka gangguan dari jin itu wujud. Ia boleh terjadi pada siapa sahaja sama ada sihir atau dari kenakalan jin itu sendiri.
Gangguan jin ini jika dibahaskan memang panjang seperti jenis gangguan, tanda gangguan dalam keadaan sedar dan tidur serta tahap gangguan.

KALAU NAK SENANG, MUDAH JE, HUBUNGI KAMI UNTUK KONSULTASI.
INSYAALLAH, KAMI BANTU.

Jadi pada perkongsian kali ini, hanya akan dikongsikan secara umum tanda-tanda jika anda mengalami gangguan jin.

1. Susah untuk beribadah kepada Allah.
Jauh pada ketaatan dalam beribadah dan tidak ingin mendengar segala hal tentang agama.
Sakit ketika beribadah atau mendengar ayat suci dan laungan azan.

2. Gangguan ketika tidur.
Susah untuk tidur. Meracau-racau ketika tidur. Sering ditindih, nampak sesuatu yang berat menindih dan susah berbicara atau bergerak. Sering mimpi buruk dan menakutkan. Sering mimpi berhubungan intim dengan mahramnya atau dengan orang yang tidak dikenali. Mimpi ular atau binatang berbisa. Mimpi kembali ke tempat lama, seperti kampung.
Sering mimpi dihalangi untuk sampai tujuan seperti tidak boleh jawab peperiksaan, padahal dah tak sekolah, ingin keluar dari satu tempat tapi tak boleh, ketinggalan bas atau kapal terbang dan tak sampai ke tempat tujuaan.

3. Muncul gejala fisikal.
Seperti lebam-lebam, migrain, dan penyakit yang tidak diketahui puncannya. Perubahan warna kulit, terutama perubahan warna wajah. Wajah kelihatan sugul dan tidak bermaya. Sering lesu dan mengantuk. Haid tidak lancar. Timbul beberapa reaksi berkaitan waktu dan tempat seperti sakit kepala kalau nak ke sekolah, tempat kerja atau berhubungan intim.

4. Gangguan mental.
Konsentrasi semakin berkurang. Susah untuk fokus. Berangan secara berlebihan. Delusi, ketidakpastian tentang berbagai hal dan kebingungan. Sulit untuk memutus sesuatu perkara atau keputusan. Sering hilang mood untuk bekerja. Sering lupa.
Selalu berdialog dengan diri sendiri seperti ada 5 atau 6 orang sedang berbual di dalam kepala.

5. Gangguan hati.
Sering was-was. Sentiasa rasa kosong dan tidak puas apabila melakukan sesuatu perkara. Cepat jemu dan bosan. Buat kerja ala kadar. Emosi tidak terkawal. Muncul dorongan ingin marah yang berterusan tanpa sebab.
Jika sudah berkahwin atau berkeluarga, hilang rasa sayang dan cepat rimas.
Dorongan shahwat secara tiba-tiba tanpa ada rangsangan.

6. Munculnya Sixth sense.
Tiba-tiba boleh tahu sesuatu akan berlaku. Nampak yang orang lain tak nampak. Nampak lintasan-lintasan bayang dan menghidu bau-bauan secara tiba-tiba.
Merasakan peristiwa yang dialami pernah muncul di dalam mimpi. (berulang-ulang)

Jadi kalau sekiranya terdapat sebahagian tanda-tanda dan tak semestinya semua tanda-tanda tersebut di atas, maka kemungkinan besar anda mengalami gangguan jin.

SEBENARNYA BANYAK LAGI TANDA-TANDA.
INSYAALLAH AKAN DIKONGSI DALAM POST YANG SETERUSNYA.
LIKE DAN FOLLOW PAGE KAMI UNTUK INFO-INFO TAMBAHAN.

JIka anda rasa memang mengalami gangguan, anda boleh merukyah diri sendiri.
Banyak teknik-teknik, audio dan video di internet yang boleh kita guna.

Akan tetapi jika gangguan masih berulang dan rasa nak give-up, ataupun tanda-tanda tersebut ada pada orang yang dekat dengan kita, terutamanya family anda sendiri. Menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan bantuan pakar.

Sebabnya,
TERKADANG, PESAKIT TIDAK PERASAN PERUBAHAN PADA DIRI MEREKA. MEREKA AKAN MENAFIKAN JIKA DITANYA. ORANG-ORANG SEKELILING YANG DEKAT YANG AKAN PERASAN.

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan alternatif, segera hubungi kami untuk temujanji. InsyaAllah pakar kami, Abg Ai akan membantu anda sebaik mungkin.

Kami juga menawarkan khidmat untuk kesembuhan pelbagai penyakit zahir dan batin.

Jangan lupe share kan post ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi.

Semoga bermanfaat.





Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim...
10/06/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.

Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal dan terakhir atau sebahagiannya dan yang terbaik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah Al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi siapa yang mengamalkannya.

Lebih-lebih lagi di akhir zaman tentang terhadap Islam semakin kuat dan dunia semakin penuh dengan fitnah dan kekeliruan.

Mudah-mudahan kita semua dapat istiqamah mengamalkannya dan terhindar dari malapetaka fitnah akhir zaman. Amin.

Jangan lupa selawat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Semoga bermanfaat.
Salam Jumaat.

Address

10a, Kampung Melayu Lima Kedai
Gelang Patah
81320

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 20:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 20:00
Friday 10:00 - 20:00
Saturday 10:00 - 20:00
Sunday 10:00 - 20:00

Telephone

+60177883089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Alternatif Sawwaahaa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category