Poliklinik Medi Ihsan Palong

Poliklinik Medi Ihsan Palong Kesihatan Anda Keutamaan Kami❤️
"PERUBATAN TERUNGGUL UNTUK ANDA"

18/03/2026

✨Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ✨🕌🌙



16/03/2026

✨Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ✨🕌🌙

🍃Makan ketupat jangan berlebihan
Minum manis biar berpada,
Raya disambut penuh kegembiraan,
Kesihatan juga jangan dilupa



15/03/2026

Rawatan Scabies (Kudis Buta)

Rawatan perlu dilakukan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan berulang.

Antara rawatan yang biasa diberikan:
• Krim sapuan khas seperti Permethrin
• Ubat sapu perlu disapu ke seluruh badan mengikut arahan doktor
• Semua ahli keluarga atau kontak rapat mungkin perlu dirawat bersama
• Basuh pakaian, tuala dan cadar dengan air panas

Elakkan berkongsi barang peribadi dan jaga kebersihan bagi mencegah penularan jangkitan.

15/03/2026

Rawatan Scabies (Kudis Buta)

Rawatan perlu dilakukan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan berulang.

Antara rawatan yang biasa diberikan:
• Krim sapuan khas seperti Permethrin
• Ubat sapu perlu disapu ke seluruh badan mengikut arahan doktor
• Semua ahli keluarga atau kontak rapat mungkin perlu dirawat bersama
• Basuh pakaian, tuala dan cadar dengan air panas

Elakkan berkongsi barang peribadi dan jaga kebersihan bagi mencegah penularan jangkitan.

14/03/2026

Scabies – Risiko Tempat Mendapat Jangkitan & Simptom

Scabies (Kudis Buta) ialah jangkitan kulit disebabkan oleh hama kecil Sarcoptes scabiei yang boleh merebak melalui sentuhan kulit.

Risiko tempat mendapat jangkitan:
• Asrama / hostel
• Rumah yang sesak penghuni
• Pusat jagaan kanak-kanak
• Rumah orang tua
• Berkongsi pakaian, tuala atau cadar

Simptom scabies:
• Gatal teruk terutama waktu malam
• Ruam merah atau bintik kecil
• Garisan halus pada kulit (laluan hama)
• Luka akibat menggaru

08/03/2026

Cara Diagnosis TB:
1️⃣ Sample kahak – diperiksa melalui ujian AFB smear untuk mengesan bakteria TB.
2️⃣ Gene Xpert – ujian makmal yang lebih cepat dan tepat untuk mengesan kuman TB.
3️⃣ X-ray dada – melihat perubahan atau jangkitan pada paru-paru.
4️⃣ Ujian Mantoux – ujian pada kulit untuk melihat tindak balas terhadap jangkitan TB.

💊 Rawatan TB:
✔️ Pesakit akan diberikan ubat anti-TB yang perlu diambil secara konsisten mengikut tempoh rawatan yang ditetapkan oleh doktor.

⚠️ Penting: Jangan berhenti ubat tanpa nasihat doktor kerana ia boleh menyebabkan jangkitan menjadi lebih serius atau kebal terhadap ubat.

07/03/2026

TB selalunya menyerang paru-paru dan boleh berjangkit jika tidak dirawat.

Antara tanda & gejala:

• Batuk berpanjangan (> 2 minggu)
• Kahak berdarah
• Demam terutama waktu petang/malam
• Berpeluh malam
• Turun berat badan tanpa sebab
• Hilang selera makan
• Cepat penat

⚠️ Jika anda mengalami simptom ini, segera dapatkan pemeriksaan di klinik.
Rawatan awal dapat mencegah komplikasi dan penyebaran jangkitan.

01/03/2026

TB mudah menyerang individu yang mempunyai sistem imun lemah atau terdedah kepada pesakit TB aktif.

Antara faktor risiko:

• Kontak rapat dengan pesakit TB aktif
• Sistem imun lemah (HIV, kanser, rawatan steroid)
• Kencing manis (diabetes)
• Malnutrisi / berat badan terlalu rendah
• Perokok
• Tinggal di kawasan sesak
• Warga emas & kanak-kanak

28/02/2026

Tuberkulosis (TB) ialah jangkitan kuman Mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru.

Cara TB merebak:

✔️ Melalui udara
✔️ Apabila pesakit TB aktif batuk, bersin atau bercakap
✔️ Orang sekeliling menyedut udara yang mengandungi kuman TB

⚠️ TB tidak merebak melalui perkongsian makanan, sentuhan atau berjabat tangan.

Jika batuk lebih 2 minggu, cepat dapatkan pemeriksaan.

22/02/2026

Jenis vaksin typhoid:

1️⃣ Suntikan (Typhim Vi)
• Diberi sekali suntikan
• Perlindungan sehingga 3 tahun
• Sesuai untuk dewasa & kanak-kanak tertentu

2️⃣ Oral (Vivotif)
• Bentuk kapsul
• Perlu diambil beberapa dos ikut jadual

👩‍🍳 Siapa perlu dapatkan vaksin?
• Pengendali & peniaga makanan
• Pekerja kantin / restoran
• Individu yang akan ke kawasan berisiko
• Mereka yang bekerja dalam bidang berkaitan makanan & minuman
• ⁠Pekerja makmal yg mengurus vaksin dan bakteria tersebut

⚠️ Kesan sampingan (ringan & sementara):
• Sakit atau bengkak di tempat suntikan
• Demam ringan
• Sakit kepala

21/02/2026

Demam typhoid ialah jangkitan bakteria Salmonella typhi yang boleh menjadi serius jika tidak dirawat.

🦠 Cara merebak:
• Melalui makanan atau minuman yang tercemar
• Pengendalian makanan yang tidak bersih
• Air yang tidak dimasak dengan sempurna
• Sentuhan dengan individu pembawa bakteria

⚠️ Gejala typhoid:
• Demam berpanjangan (lebih 3 hari)
• Sakit kepala
• Sakit perut
• Cirit-birit atau sembelit
• Lemah & kurang selera makan

💉 Vaksin Typhoid membantu melindungi diri terutama bagi pengendali makanan dan individu berisiko.

17/02/2026

Suntikan Vaksin Typhoid

Vaksin Typhoid penting untuk mencegah jangkitan bakteria Salmonella typhi yang boleh menyebabkan demam berpanjangan, cirit-birit dan komplikasi serius.

👩‍🍳 Sesuai & diwajibkan untuk:
• Peniaga makanan
• Pengendali makanan
• Pekerja kantin / restoran

Lindungi diri anda dan orang sekeliling.

Address

NO 4 BAZAAR MARA PUSAT BANDAR PALONG 4, 5, 6
Gemas
73430

Telephone

+60162262951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Medi Ihsan Palong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Medi Ihsan Palong:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram