Promosi Kesihatan Daerah Tampin

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Promosi Kesihatan Daerah Tampin, Medical and health, Jalan Tampin, Gemas.

Mesyuarat COMBI peringkat Daerah Tampin 2026Tarikh : 6/5/2026 (Rabu)Pengerusi : En Shamsul bin YahyaBersama ahli jawatan...
06/05/2026

Mesyuarat COMBI peringkat Daerah Tampin 2026

Tarikh : 6/5/2026 (Rabu)

Pengerusi : En Shamsul bin Yahya

Bersama ahli jawatankuasa lokaliti-lokaliti daerah Tampin

- Perancangan aktiviti COMBI 2026 bagi menangani kes denggi di lokaliti setempat.
- โ Perancangan program COMBI peringkat daerah
- โ Perancangan pemantapan sukarelawan COMBI daerah Tampin.




๐Ÿ“ข ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐–๐š๐›๐š๐ค ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)๐Ÿ‘ค Pengerusi: Pegawa...
06/05/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐–๐š๐›๐š๐ค ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ‘ค Pengerusi: Pegawai Daerah Tampin, Tuan Mohd Fadhil bin Hassan

Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Peringkat Daerah Tampin Bil. 2/2026 telah diadakan dengan tujuan memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan penularan wabak denggi di daerah ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin, dan turut dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat, antaranya:
โ€ข Ahli Majlis
โ€ข Pengerusi KRT/COMBI Taman Indah
โ€ข Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
โ€ข SWM Environment
โ€ข Jabatan Penerangan Malaysia
โ€ข Majlis Daerah Tampin (MDT)
โ€ข Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin

Kerjasama bersepadu antara semua pihak amat penting dalam memastikan tindakan pencegahan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

๐Ÿ’ช Bersama kita perangi denggi!




JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! ๐Ÿ„๐ŸšซTahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada ke...
02/05/2026

JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! ๐Ÿ„๐Ÿšซ

Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada kesilapan manusia dalam membezakan antara cendawan yang selamat dimakan dan cendawan beracun. Rupa yang hampir sama bukanlah jaminan ia boleh dimakan.

Kenapa cendawan liar berbahaya?

โžก๏ธ Mengandungi toksin semulajadi
โžก๏ธ Memasak tidak menghapuskan racun
โžก๏ธ Sukar dibezakan dengan cendawan yang selamat dimakan

Satu kesilapan kecil boleh membawa maut.

Elakkan memetik cendawan liar jika tidak pasti ia selamat dimakan.







Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN ๐Ÿ„๐Ÿ„โ€๐ŸŸซGejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam se...
02/05/2026

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN ๐Ÿ„๐Ÿ„โ€๐ŸŸซ

Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam selepas anda memakannya.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut selepas makan cendawan, bertindaklah segera!

โœ… Sakit perut
โœ… Loya
โœ… Muntah
โœ… Cirit-birit
โœ… Pening kepala
โœ… Peluh berlebihan
โœ… Kekeliruan atau halusinasi
โœ… Sawan





๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ! ๐Ÿ„โš ๏ธTengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunju...
02/05/2026

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ! ๐Ÿ„โš ๏ธ

Tengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunjuk hasil tuaian cendawan busut. Banyak amat. Min pun geram tengok...teringin jugak sebenarnya nak pegi mencari jugak.

Dekat ruangan komen pun meriah, ramai juga yang teruja cakap: "Eh, dekat belakang rumah saya pun ada banyak ni. Boleh makan ke? Nak petik juga lah buat lauk!"

Risau p**a admin baca. Yela, minggu ni kes keracunan cendawan tengah naik. Takut ada yang tersilap petik ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ (Chlorophyllum molybdites) sebab tertukar dengan cendawan busut yang boleh memudaratkan kesihatan.

Kalau nak petik juga, pastikan PERHATI & PILIH betul-betul yeโ€ฆ.




Kadang-kadang produktif bukan bermaksud terus paksa diri.Kadang-kadang, produktif bermula dengan tahu bila perlu berhent...
01/05/2026

Kadang-kadang produktif bukan bermaksud terus paksa diri.

Kadang-kadang, produktif bermula dengan tahu bila perlu berhenti sebentar.

โ€œTidur 30 minit je pun, apa sangat?โ€

Kadang-kadang, itu yang badan kita perlukan untuk kembali bernafas.

Tidur sekejap 30 minit bukan tanda malas. Ia boleh jadi cara tubuh menekan butang reset selepas separuh hari memaksa diri fokus, melayan kerja, memandu, menjaga anak, bermesyuarat dan menahan mengantuk.

5 manfaat tidur 30 minit:

1. Bantu kurangkan rasa mengantuk
Badan jadi lebih segar, mata lebih ringan dan kepala tidak terlalu berat.

2. Bantu tingkatkan fokus
Selepas rehat sekejap, otak lebih mudah menyambung kerja tanpa rasa terlalu serabut.

3. Bantu stabilkan emosi
Kadang-kadang kita bukan marah sangat. Kita cuma terlalu letih.

4. Bantu ingatan dan pembelajaran
Tidur singkat boleh membantu otak menyusun semula maklumat yang diterima.

5. Bantu badan rasa lebih bertenaga
Bukan tenaga luar biasa, tapi cukup untuk sambung hari dengan lebih tenang.

Cuma ingat, tidur 30 minit ini bukan pengganti tidur malam yang cukup.

Elakkan tidur terlalu lewat petang kerana ia boleh mengganggu tidur malam. Pasang alarm, cari tempat selamat dan rehatlah sekejap bila tubuh benar-benar perlukan.

Kadang-kadang produktif bukan bermaksud terus paksa diri.

Kadang-kadang, produktif bermula dengan tahu bila perlu berhenti sebentar.




30.4.26 di Dewan Bandaran Tampin : Pameran tentang Bahaya Demam Denggi & Rokok, V**e serta Sisha sempena Program Inovasi...
30/04/2026

30.4.26 di Dewan Bandaran Tampin : Pameran tentang Bahaya Demam Denggi & Rokok, V**e serta Sisha sempena Program Inovasi Sosial : Klinik Pakar Mata Bergerak & Hari Bertemu Pelanggan Daerah Tampin 2026.
- Pameran Bahaya Demam Denggi
- Pameran Rokok, V**e & Sisha
- Saringan Kesihatan oleh NCD PKD Tampin
- Saringan Kesihatan Gigi oleh Pejabat Kesihatan Pergigian
- Pameran-pameran Agensi Kerajaan & Swasta.

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Promosi Kesihatan Daerah Tampin





29/04/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mari bersama-sama kita mendengar Forum yang akan disampaikan oleh Dr Ahmad Faiz (Pegawai Perubatan). Bersama-sama juga, panel kita Dr Chandramalar (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) & Pn. Rajeswary(Ketua Penyelia Jururawat Daerah).

Jangan Lupa Like, Share dan Komen.
Sekian, Terima Kasih.





https://forms.gle/zB6iGCTifBVC2mjSA

๐Ÿ“ข ๐Ÿ“ข ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐†!๐Ÿ’‰ Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan 2026 kembali dengan kupasan menarik dan informasi pe...
27/04/2026

๐Ÿ“ข ๐Ÿ“ข ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐†!

๐Ÿ’‰ Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan 2026 kembali dengan kupasan menarik dan informasi penting untuk semua!

๐Ÿ—“ Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 2.30 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Platform: Facebook Rasmi Unit Promosi Kesihatan Daerah Tampin
๐ŸŽฏ Tema: โ€œVaksin: Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usiaโ€

๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Dapatkan perkongsian eksklusif daripada panel jemputan berpengalaman dalam bidang kesihatan awam mengenai kepentingan imunisasi untuk semua peringkat umur.

โœจ Kenapa anda perlu join?
โœ”๏ธ Tambah ilmu kesihatan
โœ”๏ธ Fahami kepentingan vaksin
โœ”๏ธ Lindungi diri & orang tersayang
๐Ÿ“ฒ Jangan lupa set reminder & kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!
๐Ÿ’™ Lindung Diri, Lindung Semua, Dengan Imunisasi




Ziarah Kasih MyChampion sempena Program Sambutan Aktiviti Fizikal Sedunia (WOPAD) & Jelajah ANMS.Program ini turut diser...
24/04/2026

Ziarah Kasih MyChampion sempena Program Sambutan Aktiviti Fizikal Sedunia (WOPAD) & Jelajah ANMS.
Program ini turut disertai oleh Sukarelawan MyChampion, Pegawai Kesihatan Daerah , Pengerusi COMBI Negeri Sembilan.
Tujuannya adalah untuk mendekati & serba sedikit membantu golongan yang memerlukan serta memberi motivasi & semangat untuk terus menjalani ujian hidup.

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin
Promosi Kesihatan Daerah Tampin




Kadang-kadang, benda yang nampak kecil pada makanan bukan kecil pada tubuh.Bila kulat sudah naik pada roti, yang selamat...
24/04/2026

Kadang-kadang, benda yang nampak kecil pada makanan bukan kecil pada tubuh.
Bila kulat sudah naik pada roti, yang selamat bukan pilih bahagian mana nak makan.
Yang selamat ialah jangan makan langsung.

Pergi pantri, nampak roti. Nak cecah kat lebihan kari ayam roti canai. Nampak berkulat sikit pada roti, ramai terus buat satu benda.

Buang bahagian yang berkulat.
Yang lain, makan macam biasa.

Padahal untuk roti, itu bukan langkah yang selamat.

Kenapa?

Sebab roti ialah makanan lembut.
Bila kulat sudah tumbuh di permukaan, bahagian yang kita nampak itu mungkin cuma โ€œkepalaโ€ dia saja.
Akar halus kulat boleh sudah masuk lebih dalam dan merebak pada bahagian lain walaupun roti itu masih nampak elok.

Itulah sebabnya roti berkulat tidak sesuai diselamatkan dengan cara potong bahagian hijau, putih atau hitam itu sahaja.

Yang patut dibuat ialah buang terus.

Jangan juga cium roti berkulat untuk โ€œcheck teruk manaโ€.
Jangan cuba sapu atau kikis.
Dan jangan fikir, โ€œalah, sikit je.โ€

Untuk makanan keras tertentu, keadaannya mungkin berbeza.
Tetapi untuk roti yang lembut, jangan ambil risiko.

Kadang-kadang, benda yang nampak kecil pada makanan bukan kecil pada tubuh.

Bila kulat sudah naik pada roti, yang selamat bukan pilih bahagian mana nak makan.

Yang selamat ialah jangan makan langsung.

Address

Jalan Tampin
Gemas
73009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share