Hospital Medan ATM Pulau Pinang

Hospital Medan ATM Pulau Pinang Penubuhan dan pengoperasian Hospital Medan ATM Pulau Pinang

LAWATAN PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT KE HOSPITAL MEDAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULAU PINANG 28 Okt 2021: Panglim...
28/10/2021

LAWATAN PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT KE HOSPITAL MEDAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULAU PINANG

28 Okt 2021: Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mengadakan lawatan ke Hospital Medan ATM Pulau Pinang diiringi Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri .

Ketibaan PMBTD disambut oleh Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dato’ Dr Teo Gim Sian , Komander operasi , Mej (Dr) Ainul Arina binti Asli, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang, Kol (PA) Ishak bin Mohd Radzi serta pegawai-pegawai kanan ATM dan KKM.

Taklimat Pengoperasian dan Teknikal dilakukan di Tingkat 2 Blok A Hospital Pulau Pinang oleh Appointed Military Commander, Kol Norazman bin Ismail dan Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dato' Dr Teo Gim Sian. Sesi penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak telah diteruskan. PMBTD seterusnya dibawa ke Lobi Hospital Pulau Pinang untuk menandatangani buku lawatan.

Acara diteruskan dengan sesi taklimat pesakit di Bilik Gerakan ATM , Hospital Medan ATM Pulau Pinang. PMBTD ditontonkan dengan CCTV di dalam Bilik Gerakan KKM, Hospital Medan ATM Pulau Pinang untuk melihat lebih jelas situasi di dalam wad hospital medan.

Turut hadir, Penolong Pengarah Perkhidmatan Kesihatan 2 Divisyen, Kol (Dr) Meor Adzhary bin Sagiruddin dan Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan, Lt Kol (Dr) Mohd Zamri bin Derahman.

- Hospital Medan ATM Pulau Pinang

Syukur. Hari ini kami menerima sumbangan sebuah laptop untuk kegunaan harian Bilik Operasi ATM. Terima kasih kepada Yaya...
07/10/2021

Syukur. Hari ini kami menerima sumbangan sebuah laptop untuk kegunaan harian Bilik Operasi ATM. Terima kasih kepada Yayasan Tzu Chi Malaysia atas sumbangan tersebut.

7 Oktober 2021-Hari ini kita luangkan masa dengan sesi CME (Continuous Medical Education) bertajuk Pengoperasian Hospita...
07/10/2021

7 Oktober 2021-Hari ini kita luangkan masa dengan sesi CME (Continuous Medical Education) bertajuk Pengoperasian Hospital Medan ATM Pulau Pinang.


06/10/2021

Dukacita dimaklumkan kes pertama kematian di Hospital Medan ATM Pulau Pinang telah dicatatkan pada 05 Oktober 2021 jam 07:19ptg.

Seorang lelaki Melayu berumur 85 tahun telah kembali ke rahmatullah. Arwah telah dimasukkan ke wad pada 25 September 2021 dan disahkan positif covid tahap 4B. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al fatihah

Alhamdulillah 10 hari sudah berlalu sejak Hospital Medan ATM Pulau Pinang mula beroperasi. Pelbagai cabaran telah kita h...
03/10/2021

Alhamdulillah 10 hari sudah berlalu sejak Hospital Medan ATM Pulau Pinang mula beroperasi. Pelbagai cabaran telah kita hadapi bersama. Semoga dipermudahkan segala urusan pesakit-pesakit covid yg dirawat di sini dan kuatkanlah semangat para petugas di HMATM PP. Amin💪🏻💪🏻

"Lepas ni balik daripada duty di hospital medan xperlulah penat2 nak kena sental pakaian kat bilik air lagi..alhamdulill...
28/09/2021

"Lepas ni balik daripada duty di hospital medan xperlulah penat2 nak kena sental pakaian kat bilik air lagi..alhamdulillah"-Kpl Din.

Petugas2 ATM yg bertugas di hospital medan ATM Pulau Pinang telah menerima sumbangan sebuah mesin basuh 10kg jenama Panasonic drpd penyumbang yg enggan namanya didedahkan. Beliau juga pernah meyumbang sebuah mesin basuh jenama Haier 14kg utk kegunaan petugas2 ATM di ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas . Terima kasih diucapkan kpd beliau drpd seluruh petugas ATM di HMATMPP.

27 September 2021 - Alhamdulillah, Hospital Medan kita telah menerima sumbangan 2000 keping pelitup muka digital daripad...
27/09/2021

27 September 2021 - Alhamdulillah, Hospital Medan kita telah menerima sumbangan 2000 keping pelitup muka digital daripada syarikat Kamdo Station. Terima kasih atas sumbangan 💪🏻

Kronologi penubuhan Hospital Medan ATM Pulau Pinang:1. 11 Sep 2021 YB Menteri Kesihatan melawat Hospital Pulau Pinang (H...
26/09/2021

Kronologi penubuhan Hospital Medan ATM Pulau Pinang:

1. 11 Sep 2021 YB Menteri Kesihatan melawat Hospital Pulau Pinang (HPP) dan melihat terdapat keperluan mendesak utk ditubuhkan hospital medan bagi membantu HPP merawat pesakit Covid 19 di sini.

2. 13 Sep 2021 YB Menteri Pertahanan mengarahkan pihak ATM menggerakkan aset-aset hospital medan bagi penubuhan hospital medan di HPP.

3. 13 Sep 2021 Tim recce dari Batalion Kedua Perubatan telah melakukan tinjauan tapak bagi melihat kesesuaian menubuhkan hospital medan di HPP.

4. 14 Sep 2021 Kerja-kerja memasukkan khemah-khemah dan aset-aset hospital medan ke dalam kenderaan Prime mover (load loader 40ft) dan trak-trak 3 tan dilakukan di Wangsamaju, KL.

5. 15 Sep 2021 Pergerakan konvoi membawa khemah-khemah dan aset-aset hospital medan dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan & Depoh Perubatan dan Pergigian ATM di Wangsamaju.

6. 16 Sep 2021 Pada jam 0930H pihak ATM telah mula membangunkan khemah-khemah dan memasang lampu-lampu dan aircond utk hospital medan di HPP.

7. 17 Sep 2021 Kerja-kerja membangunkan kompleks klinikal (red zone) dan kompleks tadbir/teknikal (green zone) hospital medan telah siap sepenuhnya dan kerja-kerja mekanikal, elektrikal dan sivil oleh pihak kontraktor yg dilantik telah dimulakan dgn pengawasan oleh pihak jurutera JKNPP dan HPP.

8. 23 Sep 2021 Fire evacuation drill telah dilaksanakan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang.

9. 24 Sep 2021
- Testing & commissioning (t&c) oleh pihak jurutera untuk semua kerja kejuruteraan hospital medan telah dilakukan.
- Dry run & prosedur code blue telah dilaksanakan oleh pihak HPP bagi melihat dan menguruskan aliran klinikal (clinical flow management) serta untuk penyesuaian petugas yg akan bertugas di dalam hospital medan.
- Terminal cleaning telah dilakukan oleh pihak Edgenta HPP setelah selesai sesi dry run.
- Hospital Medan ATM PP telah menerima pesakit pada syif kerja ketiga HPP (jam 2100H-0700H).

25/09/2021
25 Sep 2021 – Penerangan oleh komander Hospital Medan ATM Pulau Pinang kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,...
25/09/2021

25 Sep 2021 – Penerangan oleh komander Hospital Medan ATM Pulau Pinang kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pulau Pinang yg akan memulakan tugas di Hospital Medan ATM Pulau Pinang berkenaan skop-skop bantuan teknikal di Hospital Medan ATM Pulau Pinang.

Syukur...hospital medan ATM Pulau Pinang berjaya disiapkan dan mula menerima pesakit Covid19 malam td. Lebih awal drpd y...
25/09/2021

Syukur...hospital medan ATM Pulau Pinang berjaya disiapkan dan mula menerima pesakit Covid19 malam td. Lebih awal drpd yg dirancang. Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan doa drpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga segala urusan kami di sini dipermudahkan..

Sekitar tinjauan ke Hospital Medan ATM Pulau Pinang oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Panglima 2 Div pd ptg td...
24/09/2021

Sekitar tinjauan ke Hospital Medan ATM Pulau Pinang oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Panglima 2 Div pd ptg td..

Address

Jalan Hospital
George Town
10350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Medan ATM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category