24/04/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Bengkel Saringan Pendengaran Bayi Peringkat Negeri Pulau Pinang serta Sambutan Hari Pendengaran Sedunia telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Pameran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan
๐ 21โ22 April 2026
๐ Foyer B, Hospital Pulau Pinang
Bengkel Saringan Pendengaran Bayi 1/2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang
๐ 22 April 2026
๐ Auditorium Hospital Pulau Pinang
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datoโ Dr. Fazilah, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, dan turut dihadiri oleh dif-dif kehormat termasuk Pengarah Hospital Pulau Pinang, Pengarah Hospital Bukit Mertajam, Pengarah Hospital Balik Pulau, Pengarah Hospital Sungai Bakap, Pengarah Hospital Kepala Batas, Timbalan-timbalan Pengarah Hospital Pulau Pinang, Matron Negeri, para Matron dan Sister, Ketua Perkhidmatan ORL, Pediatrik dan O&G, Ketua Jabatan ORL Hospital Pulau Pinang serta wakil Ketua Jabatan ORL Hospital Bukit Mertajam.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya, dengan penglibatan kesemua hospital KKM di Pulau Pinang (6 hospital keseluruhannya) serta penyertaan jururawat dari klinik kesihatan.
Bengkel ini telah disertai oleh lebih daripada 90 orang peserta yang terdiri daripada jururawat terlatih dan jururawat masyarakat yang menjalankan Newborn Hearing Screening (NHS). Para peserta turut diberi latihan sebagai Petugas Saringan Pendengaran Bayi (PSPB) bagi memperkukuhkan kemahiran serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di fasiliti masing-masing.
Turut diadakan Majlis Apresiasi PSPB Hospital Pulau Pinang mengikut jabatan (ORL, Pediatrik dan O&G) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen PSPB yang telah menjalankan saringan pendengaran dengan penuh dedikasi.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk barisan pengurusan, pakar-pakar, pegawai perubatan, matron, sister, jururawat serta semua urus setia yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.