
26/04/2023
BAHAYA KITARAN BANTUT
Mungkin ramai parent beranggapan jika anak bantut dan kurus pada hari ini adalah masalah yang ringan, dan kesan jangka pendek, malangnya anggapan itu sangatlah melencong jauh dari realiti.
Realiti sebenar masalah bantut ini mermbawa kesan jangka panjang kepada bakal generasi kita yang mendatang.
Bermula dengan masalah seorang kanak-kanak bantut, apabila remaja kelak anak menjadi belia yang kurus kering kurang nutrisi, apabila berkahwin nanti ia bakal menjadi seorang wanita mengadung yang tak cukup zat, lalu membawa kepada kelahiran bayi tak cukup berat, yang kemudiannya membesar sebagai anak bantut.
Inilah kitaran kejadian bantut yang sedang berlaku hari ini di negara kita. Penting untuk parent ambik langkah rawatan awal demi mencegah dari generasi kita dipenuhi gejala bantut ini.
Rawat usus mereka supaya kembali efisyen, agar boleh menyerap semua zat yang di makan. Jangan dibiar anak bantut dan kurus kering terlalu lama kerana ia memudaratkan masa depan mereka kelak.