12/05/2026
Alhamdulillah π€²
SIRI 11 CELOTEH KAUNSELOR PELATIH: βBURNOUT IS REALβ CETUS KESEDARAN, PERKASA DAYA TAHAN MENTAL
USM, PULAU PINANG, 26 April 2026 β Memasuki siri ke-11, Segmen Celoteh Kaunselor Pelatih anjuran Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM telah berjaya dilaksanakan secara siaran langsung menerusi Facebook Live Unit Kaunseling BHEPA USM pada 24 April 2026 baru-baru ini.
Program kali ini mengetengahkan tajuk βBurnout Is Real: Letβs Talk About It!β, yang memberi fokus kepada isu kesejahteraan mental serta cabaran emosi yang sering dihadapi pelajar dalam memahami definisi sebenar burnout sebagai keadaan keletihan emosi, fizikal, dan mental yang berpunca daripada tekanan berlebihan yang berpanjangan.
Dikendalikan oleh Cik Izzati Najwa selaku moderator bersama Puan Lee Siew Wan dan Cik Nurin Qistina sebagai panel jemputan, sesi ini menghimpunkan barisan kaunselor pelatih yang menghidupkan perbincangan secara santai, interaktif dan sarat dengan input bermakna. Perkongsian mereka menyorot secara mendalam isu burnout dalam fasa transisi kehidupan (life transition), termasuk manifestasi simptom psikosomatik seperti gangguan tidur serta kesakitan fizikal tanpa punca perubatan yang jelas.
Perkongsian yang jujur dan terbuka itu memberi impak kepada 380 penonton, sekali gus membuka perspektif tentang punca burnout serta cara mengatasinya melalui pengurusan emosi dan penjagaan kendiri. Program ini turut menekankan kepentingan kesedaran kendiri, pengurusan tekanan dan keberanian mendapatkan bantuan, selari dengan SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan.
Usaha ini diharap dapat terus memperkukuh kesedaran terhadap kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar, sekali gus menyokong pembentukan graduan yang seimbang, berdaya tahan serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan. Inisiatif ini secara langsung mencerminkan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026β2035 yang memberi penekanan kepada pembangunan holistik pelajar dalam ekosistem pendidikan tinggi, merangkumi aspek kesejahteraan emosi, sahsiah dan keupayaan daya saing.
Teks/foto: Unit Kaunseling BHEPA
Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA