07/04/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kami di hubungi oleh beberapa orang rakan memaklumkan mereka berminat untuk menderma darah, tetapi di sebabkan oleh wabak covid-19 dan perintah kawalan pergerakan, mereka menyuarakan kebimbangan untuk keluar ke hospital.
Untuk memudahkan pergerakan tuan/puan untuk ke hospital untuk menderma, kami dengan kerjasama Hosp Taiping telah menyediakan SLIP PERJALANAN PENDERMA DARAH ke hospital yang dikehendaki...
Anda boleh isi di sini :
HOSPITAL KLUSTER PERAK UTARA: https://forms.gle/1RBxQM5L5odVk4yf6
Sesiapa yang ingin menderma dan risaukan perjalanan anda boleh isi borang ini. Jika anda sudah mempunyai Buku Merah hanya bawa buku merah sahaja..
Slip perjalanan untuk menderma akan dihantar melalui email anda, anda tidak perlu mencetak slip tersebut. Tunjukkan kepada pegawai Polis/ATM bertugas dan maklumkan niat anda. Mereka juga wira seperti anda.
Hanya penderma yang digalakkan hadir ke hospital. Sentiasa awasi jarak selamat anda, dan terus p**ang setelah menderma.
Teruskan menderma, kami sentiasa menanti kedatangan anda. P
Ayuh menderma, anda mampu membantu!
Slip ini adalah untuk membantu para penderma sekiranya disekat oleh penguatkuasa semasa dalam perjalanan pergi atau p**ang dari tempat menderma darah semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan dari 18/3/2020 hingga 14/4/2020. Langkah ini diambil untuk mengalakkan pendermaan darah di B...