Hospital Gerik

Hospital Gerik Kami Sedia Membantu !

Komitmen Hospital Gerik dalam Menyokong Kempen Bring Thal to Light 2026 ๐ŸจHospital Gerik telah mengambil bahagian dalam K...
08/05/2026

Komitmen Hospital Gerik dalam Menyokong Kempen Bring Thal to Light 2026 ๐Ÿจ

Hospital Gerik telah mengambil bahagian dalam Kempen Bring Thal to Light 2026 sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap pesakit thalassemia. Sebagai simbolik kepada penyertaan ini, bangunan hospital telah diterangi dengan pencahayaan berwarna merah pada 8 Mei 2026.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan dan pengurusan penyakit thalassemia secara berterusan. Pada masa yang sama, ia memperkukuh mesej bahawa suara, keperluan dan hak pesakit sentiasa diberi keutamaan dalam sistem penjagaan kesihatan.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PAKARDimaklumkan bahawa kerja pendawaian semula di Klinik Pakar akan dijalankan be...
05/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PAKAR

Dimaklumkan bahawa kerja pendawaian semula di Klinik Pakar akan dijalankan bermula 2 Mei 2026 hingga 2 Julai 2026.

Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan akan dipindahkan ke lokasi sementara seperti berikut:
๐Ÿ“ Klinik Pakar sementara โ€“ Bilik Tabung Darah (asal)
๐Ÿ“ Unit Optometri โ€“ Bilik Penyusuan JPL (asal)
๐Ÿ“ Tabung Darah & Kaunseling โ€“ Recovery Room & Pantri OT (asal)

Segala usaha akan diambil bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

๐Ÿ™ Mohon kerjasama semua pihak serta orang awam untuk ambil maklum perubahan ini.

Terima kasih.

Tahniah kepada semua warga Hospital Gerik!
01/05/2026

Tahniah kepada semua warga Hospital Gerik!

01/05/2026

๐ŸŒŸ Selamat Hari Pekerja ๐ŸŒŸ

Hari ini kita meraikan setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan yang dicurahkan demi memastikan perkhidmatan terbaik terus diberikan kepada masyarakat.

Terima kasih kepada seluruh warga kerja yang sentiasa komited, berdedikasi dan cekal dalam menjalankan amanah, khususnya dalam sektor kesihatan.

Semoga segala usaha kita diberkati, dipermudahkan urusan, dan terus diberi kekuatan untuk berbakti dengan penuh keikhlasan.

โ€œPekerja Tonggak Kemajuan Negaraโ€

Selamat Hari Pekerja kepada semua! ๐Ÿ’ผโœจ

โธป









๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Œ๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐†๐„๐‘๐ˆ๐Š๐Ÿฅ๐Ÿ’ปAlhamdulillah, satu langkah ke hadapan dalam memperkasakan pendigitali...
28/04/2026

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Œ๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐†๐„๐‘๐ˆ๐Š๐Ÿฅ๐Ÿ’ป

Alhamdulillah, satu langkah ke hadapan dalam memperkasakan pendigitalisan perkhidmatan kesihatan! ๐Ÿš€

Pada 28 April 2026, Hospital Gerik telah berjaya melaksanakan sesi latihan pengukuhan sistem ๐Œ๐๐ˆ๐’ (๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ๐ฆ๐ž ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ฒ๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ). Fokus utama latihan kali ini adalah bagi memantapkan penggunaan:
โœ… Modul Pesakit Dalam & Billing
โœ… Modul PHCAS (Jabatan Kecemasan)
โœ… Modul Klinik Pakar

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Core Team MPIS Hospital Taiping (FB Rasmi Hospital Taiping Perak) yang diterajui oleh penyelarasnya ๐ƒ๐ซ. ๐€๐ณ๐ฆ๐ข๐ซ ๐. ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ (๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง & ๐“๐ซ๐š๐ฎ๐ฆ๐š, ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐“๐š๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐ ) atas kesudian turun padang berkongsi kepakaran dan membimbing warga Hospital Gerik.

Komitmen luar biasa daripada semua peserta amatlah membanggakan! Syabas diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. ๐Ÿ‘โœจ

Semoga dengan usaha ini, hasrat pengurusan pesakit secara digital yang menyeluruh di Hospital Gerik akan tercapai, sekaligus meningkatkan kualiti servis buat para pesakit kami. ๐Ÿฉบโญ

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Perhimpunan pagi bulanan Hospital Gerik telah berjaya dilaksanakan d...
24/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค
๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perhimpunan pagi bulanan Hospital Gerik telah berjaya dilaksanakan dengan penganjuran bersama Unit Radiologi, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja.

Renungan pagi telah disampaikan bertemakan kepentingan penjagaan masa dan penetapan keutamaan dalam kehidupan individu, sebagai peringatan kepada semua warga kerja agar sentiasa mengurus masa dengan berkesan dalam melaksanakan amanah tugas harian. โฐโœจ

Perhimpunan turut diserikan dengan amanat sulung ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค, ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ณ๐ฅ๐ข๐ณ๐š, yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa penggerak persediaan akreditasi, penyelaras standard serta seluruh warga kerja Hospital Gerik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses akreditasi pada ๐Ÿ”โ€“๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” yang lalu. Semoga Hospital Gerik beroleh Persijilan Akreditasi Penuh selama empat tahun. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“˜

Dalam amanat beliau juga, dipetik penghargaan daripada Ketua Pengarah Kesihatan atas kejayaan Hospital Gerik mengendalikan mangsa kemalangan tragedi UPSI. Warga hospital diingatkan agar berasa bangga dengan pencapaian tersebut serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan kedudukan strategik Hospital Gerik sebagai responder utama kes kemalangan di Jalan Raya Timurโ€“Barat, sebagaimana pengalaman mengendalikan insiden kemalangan bas pada Jun tahun lalu. ๐Ÿš‘

Beliau turut menyatakan komitmen penuh untuk memberikan yang terbaik sebagai Pengarah Hospital serta mengharapkan kerjasama dari seluruh warga Hospital Gerik dalam meneruskan agenda kecemerlangan hospital. ๐Ÿค

Semoga Hospital Gerik terus memperkukuhkan mutu perkhidmatan kesihatan dan mengekalkan kecemerlangan demi kesejahteraan masyarakat, khususnya penduduk Hulu Perak. ๐Ÿ’™

24/04/2026

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON
HOSPITAL GERIK

Dimaklumkan bahawa talian telefon utama Hospital Gerik sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan oleh pihak berkaitan.

Sehubungan itu, orang awam dan warga hospital boleh menghubungi talian alternatif berikut:

05-7911333 โ€“ Kecemasan & Refer Kes
05-7911082 โ€“ Selain Kes Kecemasan

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

๐‰๐Ž๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ @ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐†๐„๐‘๐ˆ๐ŠMari bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan ! Sertai Program Derma Darah ...
16/04/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ @ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐†๐„๐‘๐ˆ๐Š

Mari bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan ! Sertai Program Derma Darah Bulanan anjuran Tabung Darah Hospital Gerik dan jadilah wira penyelamat nyawa.

๐Ÿ“… Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 8.00AM - 12.00PM
๐Ÿ“ Tempat : Bilik Derma Darah, Hospital Gerik

Ayuh! Setiap titisan darah anda membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. ๐Ÿ’‰โค๏ธ

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐€๐ค๐ซ๐ž๐๐ข๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐’๐๐‡ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค ๐Š๐ž-๐Ÿ“Pada ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, Hospital Gerik bakal menghadapi Persiji...
05/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐€๐ค๐ซ๐ž๐๐ข๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐’๐๐‡ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค ๐Š๐ž-๐Ÿ“

Pada ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, Hospital Gerik bakal menghadapi Persijilan Semula Akreditasi MSQH edisi ke-6 oleh Malaysian Society for Quality in Health.

Akreditasi MSQH merupakan satu pengiktirafan penting yang menilai tahap kualiti perkhidmatan kesihatan, keselamatan pesakit, tadbir urus klinikal serta budaya kerja berpasukan di hospital. Ia mencerminkan komitmen berterusan Hospital Gerik dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, berkualiti tinggi dan berfokuskan pesakit.

Sehubungan itu, ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ณ๐ฅ๐ข๐ณ๐š ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‡๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐†๐ž๐ซ๐ข๐ค, ingin mengucapkan selamat menghadapi penilaian akreditasi MSQH kepada seluruh warga kerja Hospital Gerik. Semoga segala usaha, komitmen dan kerjasama berpasukan yang telah dilaksanakan membuahkan kejayaan bersama.



Address

Hospital Gerik, Jalan Intan
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category