Nutritionist HULU PERAK

Nutritionist HULU PERAK Halaman bagi perkongsian maklumat pemakanan sihat dan aktiviti perancangan, pengawasan, pemulihan dan advokasi pemakanan di sekitar Daerah Hulu Perak.

Klinik Kesihatan Felda Bersia dengan kerjasama Unit Pemakanan, PKD Hulu Perak telah berjaya melaksanakan Festival Merdek...
21/08/2025

Klinik Kesihatan Felda Bersia dengan kerjasama Unit Pemakanan, PKD Hulu Perak telah berjaya melaksanakan Festival Merdeka Felbers: Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia & 1000 Hari Pertama Kehidupan pada 21 September 2025.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan termasuklah:

👣 Fun Walk
🤱 Sembang Santai: “Susu Ibu, Anak Hebat”
👩‍⚕️ Ceramah 1000 Hari Pertama Kehidupan
🍲 Demo Masakan Kanak-Kanak (KZM)
🏥 Booth Kesihatan: Penyusuan Susu Ibu
🏆 Anugerah Penyusuan Susu Ibu Eksklusif
🎊 Perlancaran War On Sugar

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak.

✨ Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

💙 Sama-sama kita terus menyokong penyusuan susu ibu & pemakanan sihat demi generasi lebih sihat dan hebat!


Kami 'Nutritionist Hulu Perak' telah ditugaskan untuk mengendalikan slot bertemakan ‘Jom Makan Buah & Sayur’ sempena Sam...
26/06/2025

Kami 'Nutritionist Hulu Perak' telah ditugaskan untuk mengendalikan slot bertemakan ‘Jom Makan Buah & Sayur’ sempena Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung pada 21-22 Jun 2025 di Mydin Meru Raya Hypermarket.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang slot ini ialah:

🍎 Pocket Talk: Perkongsian ringkas mengenai khasiat buah dan sayur
🧠 Kuiz Interaktif: Uji minda tentang fakta buah dan sayur
🍌 Edaran Sampel: Pelbagai jenis buah dan sayur diagihkan kepada pengunjung
📸 Pertandingan ‘Terpaling Pose!’ Catwalk Maskot: Aksi maskot buah & sayur paling bergaya!

Diharapkan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung serta meningkatkan kesedaran dan minat terhadap amalan pemakanan sihat, khususnya pengambilan buah dan sayur dalam kalangan rakyat Malaysia.



Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak telah membuka reruai bertemakan ‘War On Sugar’ bersempena Prog...
29/05/2025

Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak telah membuka reruai bertemakan ‘War On Sugar’ bersempena Program Komuniti Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Gerik dengan kerjasama PKD Hulu Perak.

Sepanjang program tersebut, Unit Pemakanan turut menyampaikan ‘pocket talk’ yang memberi fokus kepada kesedaran mengenai pengambilan gula berlebihan serta langkah-langkah untuk mengurangkannya dalam kehidupan seharian. Usaha ini bertujuan untuk menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat dan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan obesiti.

01/11/2024

Jom pakat2 kita kurangkan gula dalam minuman!

09/08/2024

Tahniah kepada semua 10 orang penerima 'Anugerah Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif Bagi Anggota Kesihatan'. Penghargaan ini disampaikan bersempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Hulu Perak pada 9 Ogos 2024.

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Hulu Perak telah dijalankan pada 9 Ogos 2024 bertempa...
09/08/2024

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Hulu Perak telah dijalankan pada 9 Ogos 2024 bertempat di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Gerik. Tema pada tahun ini adalah "Rapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnya".

Antara aktiviti yang telah dijalankan:

1) Ceramah 1: “How Milk Gets From Breast To Baby” oleh Dr Nur Nabilah Othman
2) Ceramah 2: “Penyusuan Susu Ibu, Makanan Terbaik Untuk Bayi Anda” oleh PSP Asyifa
3) Pameran Penyusuan Susu Ibu oleh HYPERBEST
4) Kuiz Penyusuan Susu Ibu
5) Tayangan Video “Anugerah Penyusuan Susu Ibu Ekslusif Anggota Kesihatan”
6) Penyampaian hadiah “Anugerah Penyusuan Susu Ibu Ekslusif Anggota Kesihatan”
7) Lawatan ke Wad Bersalin & Wad Kanak-Kanak

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini.

08/03/2024

Jom semua kita tonton FB Live "Anak Anda Obes? Apa Nak Buat?"

Jom sertai FACEBOOK LIVE kami bertajuk "Anak Anda Obes? Apa Nak Buat? seperti butiran berikut:🗓 8 Mac 2024, Jumaat⌚️ 10....
08/03/2024

Jom sertai FACEBOOK LIVE kami bertajuk "Anak Anda Obes? Apa Nak Buat? seperti butiran berikut:

🗓 8 Mac 2024, Jumaat
⌚️ 10.00 pagi
📍 page Nutritionist Perak

📝E-sijil disediakan!

Stay tune semua!

Jom sertai FACEBOOK LIVE kami bertajuk "Anak Anda Obes? Apa Nak Buat? seperti butiran berikut:🗓 8 Mac 2024, Jumaat⌚️ 10....
07/03/2024

Jom sertai FACEBOOK LIVE kami bertajuk "Anak Anda Obes? Apa Nak Buat? seperti butiran berikut:

🗓 8 Mac 2024, Jumaat
⌚️ 10.00 pagi
📍 page Nutritionist Hulu Perak

📝E-sijil disediakan!

Stay tune semua!

😄😄😄



Address

Aras 2, Bangunan Persekutuan Gerik, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057911335

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionist HULU PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nutritionist HULU PERAK:

Share

Category