09/08/2021
Banyak tahun telah kita lalui, seharusnya kita gunakan untuk mencermin diri.
Selama ini, kita lebih banyak mencermin topeng.
Ada lima teknik mencermin diri agar menuju hari esok yang lebih baik.
1. Kita harus selalu tafakur.
Seperti wanita yang s**a melihat cermin, harus sentiasa evaluasi diri, harus jujur melihat diri. Contohnya, saat solat tahajud, cuba lihat swafoto kita di galeri telefon bimbit masing-masing, dan tanya apakah wajah kita ahli syurga atau ahli neraka? Orang dalam gambar ini otaknya duniawi atau ukhrawi? Berapa banyak dusta yang tersebar dari diri kita? Kalau berani jujur, Subhanallah!
Kita harus jujur melihat diri sendiri kerana kita dikagumi orang kerana Allah ๏ทป menutupi aib dan keburukan kita. Jangan tertipu dengan kekaguman orang kerana mereka tidak tahu aib-aib kita.
2. Milikilah cermin peribadi.
Harus ada orang terdekat kita yang berani jujur menyampaikan apa adanya tentang keburukan kita. Kita tidak perlu orang yang kagum kepada kita. Teguran orang tidak akan merugikan apapun. Nasihat yang keluar dari hati tidak akan melukai diri, justeru menjadi rezeki.
3. Bergurulah kepada yang ahli.
Sebaik-baik guru adalah guru yang mengamalkan apa yang disampaikan. Bicaranya bukan hanya kata-kata tapi sikapnya ingin memberi yang terbaik. Banyaklah berguru kepada orang yang yakin kepada Allah ๏ทป kerana kebaikan akan menular.
4. Manfaatkan orang-orang yang benci kita
Mereka adalah orang yang memberi sepenuh perhatian kepada kita. Kita jadi tahu kekurangan diri dan memperoleh pahala dari kebencian mereka.
5. Tafakur apa yang terjadi.
Mendapat ilmu itu bukan hanya dari mendengar ceramah, tapi boleh belajar dari mana saja, dari buku, dari media sosial, dari isu semasa, dan dari pengalaman orang lain. Lillahi ta'ala. Niatkan mengubah diri agar Allah reda kepada kita.
Rasulullah ๏ทบ mengingatkan bahawa,
ุงููู
ูุคูู
ููู ู
ูุฑูุขุฉู ุฃูุฎูููููุ ุฅูุฐูุง ุฑูุฃูู ูููููู ุนูููุจุงู ุฃูุตูููุญููู
โSeorang mukmin adalah cerminan bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.โ (HR. Bukhari).
Selamat menyambut awal Muharram 1443 Hijriah bersamaan 10 Ogos 2021.