20/01/2020
TIPS MENYUSU DI TEMPAT AWAM
(NURSING IN PUBLIC)
1) Memakai pakaian yang sesuai
Sebolehnya pakai baju yang khusus untuk menyusu, kebiasaannya baju menyusu direka bagi memudahkan ibu dan akan menutup bahagian payudara dari pandangan umum, pakailah tudung yang labuh seperti yang disyariatkan islam. sekiranya kita memakai baju dan tudung yang labuh, orang disekitar tidak akan perasan bahawa kita sedang menyusukan anak .
Pakaian anak juga haruslah bersesuai dengan kawasan sekeliling , pakaikan pakaian yang nipis sekiranya pergi ke tempat yang panas, begitu juga sebaliknya.
2) Latih anak
Melatih anak dari seawal bayi untuk menyusu di dalam tudung atau “nursing cover”. ini dapat membiasakan anak kita supaya tidak rimas didalamnya
3) Aksesori menyusu
Banyak aksesori menyusu yang dijual diasaran contohnya seperti nursing cover . sekiranya tiada nursing cover, kita boleh menggunakan shawl panjang. Siapkan pin supaya, shawl tersebut tidak jatuh
4) Cari tempat yang sesuai
Kebanyakan pusat membeli belah telah dilengkapi dengan bilik menyusu, sekiranya kita dapati tiada bilik menyusu di kawasan tersebut, carilah ruang yang lebih sesuai. susukan anak kita dimana sahaja ruang yang sesuai.
5) Sentiasa optimis dan positif
Berfikir secara positif akan meningkatkan hormon. ibu gembira, anak bahagia dan penghasilan susu akan meningkat .
Temui Perunding Laktasi kami untuk maklumat lanjut