Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak

Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak Kami sedia membantu

18/03/2026

๐ŸŒ™ ๐‘ผ๐‘ช๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ ๐ŸŒ™

๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ dengan penuh takzim mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga Pengkalan Hulu dan sekitarnya.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa sinar kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Di kesempatan ini, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang terus komited memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

Raikanlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Pandulah dengan cermat, utamakan keselamatan, dan jagalah kesihatan diri serta keluarga.

Ikhlas daripada:
๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ฒ๐’๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’–๐’๐’–

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐”๐๐†๐†๐” ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€Kesihatan anak-anak adalah keutamaan.Sekiranya anak tidak sihat seperti demam, muntah, ...
04/03/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐”๐๐†๐†๐” ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€

Kesihatan anak-anak adalah keutamaan.
Sekiranya anak tidak sihat seperti demam, muntah, cirit-birit atau kelihatan lemah, dapatkan rawatan segera.

Jangan risikokan kesihatan mereka dengan menangguhkan pemeriksaan.
Bertindak awal, cegah komplikasi.

โ€” Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak

fans

25/02/2026

Sekitar suasana Majlis Berbuka Puasa yang telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan seperti saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian, ceramah kesedaran serta kempen derma darah. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sempena Ramadhan, malah memperkukuh komitmen dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada komuniti.



**e



Majlis Berbuka Puasa Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu yang diadakan pada hari Rabu, 25 Februari 2026 bertempat di Masjid ...
25/02/2026

Majlis Berbuka Puasa Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu yang diadakan pada hari Rabu, 25 Februari 2026 bertempat di Masjid Jamek Pengkalan Hulu sebagai wadah memperkukuh ukhuwah dan jalinan kerjasama strategik antara warga kesihatan dan komuniti setempat sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Program ini dianjurkan bersama AJK Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Unit NCD PKD Hulu Perak, Klinik Pergigian, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu serta Tabung Darah Hospital Baling dengan pengisian pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian, pameran dan ceramah kesihatan, khidmat nasihat kesihatan, kempen derma darah serta inisiatif War on Sugar.

Majlis ini turut menyokong kempen โ€œIndahnya Ramadhan Tanpa Rokok dan V**eโ€ dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dan persekitaran bebas asap rokok. Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh serta memperkukuh peranan fasiliti kesihatan dalam mendekati komuniti secara berterusan dan berkesan.



**e



25/02/2026

Indahnya Ramadhan Tanpa Rokok Dan V**e

24/02/2026
๐ŸŒ™ Program Mega Ramadan KK Pengkalan Huluโ€‹Assalamuโ€™alaikum dan salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan โ€‹Bersempena kedat...
23/02/2026

๐ŸŒ™ Program Mega Ramadan KK Pengkalan Hulu
โ€‹Assalamuโ€™alaikum dan salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan

โ€‹Bersempena kedatangan Ramadan, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta pelancaran program โ€œIndahnya Ramadan Tanpa Rokok & V**eโ€
โ€‹Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti kesihatan bermula jam 6 petang hingga selesai
โ€‹๐Ÿ“Œ Butiran Majlis:
โ€‹Tarikh: 25 Februari 2026 (Rabu)
โ€‹Tempat: Masjid Jamek Pengkalan Hulu

โ€‹๐Ÿฉบ Pengisian Program:

โ€‹๐ŸŒ™Pelancaran: Program "Indahnya Ramadan Tanpa Rokok & V**eโ€

โ€‹๐ŸŒ™Pemeriksaan Kesihatan & Pameran Kesihatan

โ€‹๐ŸŒ™Pemeriksaan Gigi oleh Klinik Pergigian Pengkalan Hulu ๐Ÿฆท

โ€‹๐ŸŒ™Program Derma Darah oleh Hospital Baling ๐Ÿฉธ

โ€‹๐ŸŒ™Iftar Perdana bersama warga KKPH & Jemaah Masjid.

23/02/2026

Anak Asyik Demam Bila Pergi Sekolah, Paling Pelik Bila Hari Isnin Mesti Mula Batuk Selsema? Ini Penjelasan Sains & Psikologinya.

"Penatlah doktor, hantar tadika dua hari je, cuti sakitnya seminggu. Yang peliknya, waktu cuti kat rumah dia elok je aktif. Bila malam Isnin nak mula sekolah esok, tiba-tiba hidung berair dan batuk balik. Kenapa ya?"

Hello mommies! Tarik nafas panjang-panjang. Anda tidak berseorangan dan sistem imun anak anda sebenarnya normal. Fenomena ini sangat biasa berlaku pada kanak-kanak pra-sekolah.

Mari kita bedah siasat 2 punca utama kenapa anak anda sering 'tumbang' menjelang hari persekolahan:

1. KILANG BINA IMUNITI (Immunity Gap)
Kanak-kanak yang baru masuk ke taska atau tadika sedang terdedah kepada 'lautan virus' yang baru. Secara biologi, adalah normal untuk kanak-kanak mendapat jangkitan saluran pernafasan (batuk/selsema) sebanyak 8 hingga 12 kali dalam setahun pertama persekolahan!
Setiap kali mereka sakit, tubuh mereka sebenarnya sedang membina 'Pangkalan Data' (Antibodi) untuk menjadi lebih kebal pada masa hadapan.

2. MISTERI HARI ISNIN: SINDROM PSIKOSOMATIK
Kenapa asal hari Isnin je sakit? Ini adalah fakta psikologi yang sangat menarik. Apabila anak berasa cemas (anxiety), takut, atau belum bersedia nak berpisah dengan ibu bapa (Separation Anxiety) untuk ke sekolah, otak mereka akan merembeskan hormon stres (Kortisol).
Hormon stres ini akan melemahkan sistem imun secara sementara, dan otak menukarkan rasa 'takut' itu kepada simptom fizikal yang sebenar! Anak tidak menipu, mereka memang betul-betul rasa sakit perut, pening kepala, atau mula selsema akibat tindak balas stres tersebut. Ini dipanggil simptom Psikosomatik.

--

Bagaimana nak bantu anak jadi lebih kebal?
- TIDUR ADALAH UBAT: Kanak-kanak perlukan 10 hingga 12 jam waktu tidur. Kurang tidur adalah punca utama antibodi mereka menjunam.

- KESIHATAN USUS (GUT HEALTH): 70 peratus sistem imun bermula di usus. Berikan anak makanan kaya Probiotik seperti yogurt (tanpa gula tambahan) dan banyakkan serat buah-buahan.

- BANTUAN VAKSINASI: Pastikan vaksin wajib KKM diambil. Sangat digalakkan untuk menambah suntikan Vaksin Influenza setiap tahun dan Pneumococcal.

- AJAR ETIKA KEBERSIHAN: Latih anak cuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas keluar tandas di sekolah. Ajar mereka tutup mulut bila kawan bersin.

Fasa 'asyik sakit' ini selalunya akan berkurangan selepas 6 bulan hingga setahun mereka bersekolah. Bertahanlah mommies, fasa ini pasti akan berlalu. Kongsikan info kesihatan ini kepada group ibu bapa tadika anak anda supaya semua orang faham sains di sebalik batuk selsema ini

Tolong pantau 4 tanda amaran (Red Flags) ini. Jika berlaku salah satu daripadanya, anda WAJIB teguk air dan berbuka puas...
18/02/2026

Tolong pantau 4 tanda amaran (Red Flags) ini. Jika berlaku salah satu daripadanya, anda WAJIB teguk air dan berbuka puasa dengan segera.

Ibu Hamil Dan Menyusu Yang Berpuasa, Sila Peka! Ini 4 'Lampu Merah' Kecemasan Di Mana Anda Wajib Berbuka Puasa Segera.

Niat di hati memang meronta-ronta mahu berpuasa penuh sebulan. Terasa rugi jika tidak dapat berpuasa bersama keluarga.

Namun, Islam itu sangat indah dan tidak memudaratkan. Terdapat 'Rukhsah' (kelonggaran) yang dianugerahkan khas buat ibu hamil dan menyusu. Dari sudut sains perubatan, memaksakan diri ketika badan sudah memberikan amaran kecemasan boleh merisikokan nyawa anda dan bayi di dalam kandungan!

Tolong pantau 4 tanda amaran (Red Flags) ini. Jika berlaku salah satu daripadanya, anda WAJIB teguk air dan berbuka puasa dengan segera:

1. BAYI KURANG BERGERAK (Fetal Compromise)
Ini adalah petunjuk paling kritikal dari dalam rahim. Glukosa ibu adalah sumber tenaga utama bayi. Apabila ibu berpuasa dan gula dalam darah menjunam teruk, bayi secara automatik akan 'berjimat tenaga' dengan mengurangkan pergerakan. Jika tendangan bayi sangat lemah atau corak pergerakannya menurun mendadak, segera berbuka puasa manis dan terus ke hospital!

2. IBU PITAM, MENGGIGIL & BERPELUH SEJUK (Hipoglisemia)
Sekiranya pandangan anda tiba-tiba kabur atau berpinar, tangan menggigil, dan keluar peluh sejuk membasahi dahi, ini bermakna gula dalam otak anda sudah berada di tahap bahaya. Jangan tunggu azan Maghrib! Otak anda (dan bayi) sedang kelaparan glukosa. Pitam ketika hamil sangat bahaya kerana risiko jatuh terhentak perut.

3. KONTRAKSI ATAU SENGGUGUT (Risiko Bersalin Pramatang)
Tahukah anda, kekurangan air (dehidrasi) pada ibu hamil boleh mencetuskan rembesan hormon Oksitosin dan Vasopressin secara paksa? Hormon inilah yang merangsang rahim untuk mengecut (kontraksi). Jika perut mula rasa mengeras berturut-turut dan sakit seperti senggugut walaupun belum cukup bulan, anda perlu segera berbuka dan minum air dengan banyak!

4. DEHIDRASI TERUK & SUSU MERUDUM (Untuk Ibu Menyusu)
Ibu hamil dan menyusu memerlukan kapasiti cecair yang jauh lebih tinggi. Jika anda mengalami sakit kepala berdenyut yang teruk, bibir pecah merekah, dan air kencing bertukar menjadi oren pekat atau kelat, buah pinggang anda sedang menjerit meminta air. Bagi ibu menyusu p**a, jika bayi menangis dehidrasi (pampers kering tiada kencing) akibat susu ibu drop mendadak, utamakanlah nyawa bayi anda.

PESANAN UNTUK PARA IBU:
Tuhan lebih mengetahui niat suci anda. Mengambil kelonggaran untuk berbuka puasa demi menyelamatkan nyawa amanah Tuhan di dalam perut itu juga adalah satu ibadah yang besar pahalanya. Jangan sesekali rasa bersalah atau 'down'!

Para suami, tolong pantau keadaan isteri anda di rumah. Sila SAVE dan kongsikan senarai 'Lampu Merah' ini kepada semua ibu hamil dan ibu menyusu yang anda kenal supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku Ramadan ini.

16 Januari 2026 (Jumaat) | 8:30 pagi โ€“ 10:00 pagiKlinik Kesihatan Pengkalan Hulu telah melaksanakan Latihan Pengungsian ...
16/01/2026

16 Januari 2026 (Jumaat) | 8:30 pagi โ€“ 10:00 pagi

Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Pencegahan Kebakaran bagi semua warga kerja KK Pengkalan Hulu dan diketuai oleh Pasukan Bomba Pengkalan Hulu

Sepanjang program berlangsung, Tuan Syahirul Anwar Bin Abdul Azam, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Hulu, telah memainkan peranan penting sebagai penceramah dan penyelaras utama, dengan berkongsi ilmu serta pengalaman praktikal berkaitan keselamatan dan pengurusan kebakaran.

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif berterusan untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di premis kesihatan serta memastikan setiap kakitangan memahami dan mengamalkan prosedur kecemasan yang ditetapkan.

Aktiviti latihan ini merangkumi pengetahuan tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran, tatacara pengungsian yang selamat, serta pengurusan risiko bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan.

Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu komited dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, profesional dan bersedia sepenuhnya bagi menjamin keselamatan semua warga kerja serta pengunjung.

Bomba Perak Official

Pada pagi tadi, 16 Januari 2026, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu telah menganjurkan aktiviti senaman pagi dan Brisk Walk...
16/01/2026

Pada pagi tadi, 16 Januari 2026, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu telah menganjurkan aktiviti senaman pagi dan Brisk Walk sebagai salah satu inisiatif promosi kesihatan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.


CME: OSCC "EMPATI AND PROSEDURE"& TEENAGE PREGNANCY ANJURAN: PKMR KKPHTARIKH 8/1/2025 MASA: 3.45PM - 5.00PMOSCC merupaka...
13/01/2026

CME: OSCC "EMPATI AND PROSEDURE"& TEENAGE PREGNANCY
ANJURAN: PKMR KKPH
TARIKH 8/1/2025
MASA: 3.45PM - 5.00PM

OSCC merupakan pusat perkhidmatan krisis bersepadu yang memberikan perkhidmatan kepada pemandiri (survivor) keganasan terutamanya wanita dan kanak-kanak.

SKOP PERKHIDMATAN OSCC
1. Perkosaan dan serangan seksual
2. Penderaan dan pengabaian kanak-kanak
3. Penderaan dan pengabaian warga emas
4. Sodomi
5. Keganasan rumah tangga

Kehamilan remaja ialah keadaan di mana seorang perempuan berumur di bawah 20 tahun hamil, sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin. Kehamilan ini biasanya berlaku dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun, selaras dengan definisi remaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Address

Pengkalan Hulu
Gerik
33100

Telephone

+6044778355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category