Mama Muda

Mama Muda MINYAK KELAPA DARA IBU
KRIM BAYI IBU
GINGER HOT LOTION

29/04/2019
MAKANAN MANIS PUNCA KEPUTIHAN?? Apa?? Betul ke ni? Dah la makanan manis ni peberet. Lagi-lagi time pregnant ni kan. Teka...
08/12/2018

MAKANAN MANIS PUNCA KEPUTIHAN??

Apa?? Betul ke ni?

Dah la makanan manis ni peberet. Lagi-lagi time pregnant ni kan. Tekak memilih sungguh. Nak yang manis-manis je 😅

Ada ke mamiss yang gini? Mohon insaf dan kembali ke pangkal jalan ye mamis 😂 kurang-kurangkan sikit benda-benda manis tu

Selain daripada disebabkan oleh bakteria, kulat, kuman, penyakit menular seksual dan lain-lain lagi, makanan yang kita makan pada setiap hari juga boleh menjadi punca keputihan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi punca keputihan pada wanita dan anda perlu mengubah pola pemakanan tersebut.

1. MAKANAN YANG TINGGI KADAR GULA

Makanan dan minuman yang manis serta diambil secara berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan kulat ‘Candida Albicans’ lebih cepat membiak.Kulat yang tumbuh itu akan menimbulkan peningkatan asid di dalam organ intim yang mana pada akhirnya akan mengganggu kesihatan di bahagian tersebut sehingga anda lebih mudah mengalami keputihan yang disertai rasa gatal di bahagian va**na.

Bukan tak boleh ambil langsung makanan manis, sebaliknya ambil dalam kadar yang sedikit, atau berperingkat.

2. MAKANAN YANG MENGANDUNGI RAGI

Jenis makanan yang mengandungi ragi ini juga boleh menjadi salah satu punca menyebabkan keputihan.Cara menghilangkan keputihan secara semulajadi adalah dengan menghindari jenis makanan mengandungi ragi seperti keju, tapai dan pasta tomato.

3. MAKANAN YANG DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG

Makanan yang mengandungi tepung merupakan salah satu jenis bentuk karbohidrat dengan kandungan gula yang ada di dalamnya. Anda boleh mengganti pengambilan makanan yang mengandungi gula dengan memakan makanan seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kacang-kacangan yang tidak mengandungi tepung. Jika masalah keputihan anda sudah berkurangan, anda boleh meningkatkan pengambilan karbohidratt, namun diambil secara berperingkat-peringkat

4. BUAH-BUAHAN TERLALU MANIS

Buah-buahan memang bagus untuk kesihatan tubuh anda, tetapi sebaiknya pilihlah jenis buah yang mengandungi kadar gula yang rendah.Selain itu, hindari juga pengambilan buah-buahan kering kerana ia boleh menjadi punca keputihan. Buah yang sudah dikeringkan akan mengandungi banyak gula fruktosa yang sangat tinggi di dalamnya.

Kesimpulannya, apa jua masalah kesihatan dalaman kita, kebanyakkan berpunca daripada makanan. Maka, untuk mengekalkan tahap kesihatan yang bagus, kita perlulah mengawal pola pemakanan yang sihat, selain menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Seandainya anda mengalami masalah ini, segeralah rawatnya dengan cara semulajadi sebelum ia menjadi semakin teruk.

Kredit: www.wom.my

Amalan Tahnik Bayi Untuk Mengambil Keberkatan Dari Para Alim Ulama.Syeikh As-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyiddien Al-Bakhour...
06/12/2018

Amalan Tahnik Bayi Untuk Mengambil Keberkatan Dari Para Alim Ulama.

Syeikh As-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyiddien Al-Bakhour Al-Hasani (Keturunan Rasulullah) & (Mursyid Syaziliyah Darqawiyah)

# TAHNIK / MEMBELAH MULUT #

Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:
“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.”

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
“Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.”
# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga kerana manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang soleh.
------------

Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu.

Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakan rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (IbnHajar, Fath al-Bari 15/390).

-------------------

Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) atau kurma dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".

*Jika tuan-tuan diberi masa dan peluang, boleh bawa bayi yang baru lahir untuk ditahnik. Semoga bayi tersebut menumpang barakah alim ulama.

------------
Dari: Hamba ALLAH

Credit : Jom Dakwah Bersama Ulama

PLEASE TAG & SHARE . INSYAALLAH

TEKNIK MENGURANGKAN RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN LSCSNak kurangkan sakit di bahagian luka selepas pembedahan czer??1.Cu...
04/12/2018

TEKNIK MENGURANGKAN RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN LSCS

Nak kurangkan sakit di bahagian luka selepas pembedahan czer??

1.Cuba tahan nafas anda setiap kali anda melakukan pergerakan.

Contoh aktiviti pergerakan:
~dari bangun nak ke berdiri.
~ataupun dari baring nak ke bangun.
~atau apa saja pergerakan yang anda mahu lakukan.

Sila ampu luka pembedahan anda dengan kain atau bantal yang lembut untuk mengelakkan rasa sakit disebabkan tarikan graviti.

Hanya anda sahaja yang tahu tahap sakit anda.

Elakkan baring terlalu lama tanpa melakukan sebarang pergerakan. Tujuannya untuk elakkan berlaku masalah penyekatan perjalanan darah di dalam badan. Lebih merbahaya lagi ibu terdedah kepada risiko serangan jantung.

Ibu dinasihatkan mengambil makanan yang lembut dan berkuah. Tujuannya untuk memberi peluang pada usus anda memproses makanan. Ini kerana semasa pembedahan dilakukan anda akan diberi bius sama ada separuh badan atau pun seluruh badan.

Apabila keadaan ini berlaku,semua organ di dalam badan ibu akan di setkan dalam keadaan rehat. Dalam beberapa jam selepas pembedahan semua organ ini akan mula beroperasi. Dan masa ini proses peristalsis akan berlaku. Maksud yang mudah faham semua organ yang berehat tadi akan kembali bekerja semula. Sebab itu ada staf atau doktor akan bertanya soalan "ibu sudah kentut atau belum??".

Gunakan posisi yang sesuai untuk menyus**an anak. Jika ibu mahu menyus**an dalam keadaan duduk ibu boleh ampu badan anak dengan bantal untuk elakkan ibu tertunduk semasa menyusu.

Teknik menyus**an anak semasa duduk adalah, belakang badan ibu bersandar pada kerusi (ibu juga boleh letakkan bantal di belakang badan) ampu badan anak dalam keadaan selari di atas peha @ atas bantal. Bawa anak rapat ke payudara ibu. Pastikan mulut anak terbuka luas dan cuba mencapai kawasan gelap payudara ibu. Mulut anak bahagian akan terjuih dan mulut bawah menyentuh payudara ibu. Muka anak mengadap payudara ibu.

Semasa penyusuan sedang berlaku ibu tidak perlu membongkokkan badan sebaliknya bawa anak rapat ke badan. Tujuannya untuk mengelakkan ibu sakit leher dan sakit belakang.

Selamat mencuba😉

Kredit : Nur Harmuny Amaluddin

*Gambar sekadar hiasan😉

Patutlah ibu-ibu hamil kekadang rasa pedih di hulu hati (heartburn),  mengalami rasa tidak selesa di bahagian atas abdom...
01/12/2018

Patutlah ibu-ibu hamil kekadang rasa pedih di hulu hati (heartburn), mengalami rasa tidak selesa di bahagian atas abdomen, rasa loya dan mahu muntah, mudah kembung perut dan rasa cepat kenyang selepas makan , lenguh-lenguh badan atau sakit belakang 😔

Sabar ye bakal ibu sekalian...
Hamil dan menyusui adalah salah satu ujian hidup perempuan yang menagih kesabaran yang tak terhingga. 😢

Terbayang bagaimana beratnya ibu-ibu kita mengusung perut buncitnya hingga 9 bulan, terbayang juga bagaimana kesabaran diperlukan ketika seorang wanita bergelar IBU menjaga tiap derap langkah dan kesihatan diri demi buah hatinya...❤️

Kaum bapa...
bertindaklah dengan bijak untuk memahami keadaan isteri kalian.
Bantulah ringankan beban emosi dan fizikal wanita yang mengandungkan anak-anakmu...😊

Credit : Fatin Nabilah

"TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAKAN"Sharing ni berdasarkan pengalaman sis sendiri. Khas buat mummy yang sedang preggy / b...
24/10/2018

"TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAKAN"
Sharing ni berdasarkan pengalaman sis sendiri. Khas buat mummy yang sedang preggy / bakal bersalin 🌷🌷
Ni antara tipsnya :
1. Pusing satu mall.
Tips ni sis baca dari blog. Pernah terdetik dalam hati. Btul ke? 😅😅 Alhamdulillah, bagi yg s**a jamu mata di shopping complex. Benda ni sesuai diamalkan. Tapi ingat berhenti bila rasa sakit.
2. Download apps contraction timer.
Untuk memudahkan kira masa kontraksi.
Benda ni nurse akan tanya bila kita pergi hospital. Sama ada sakit selang 20minit sekali atau 10minit. Apps ni jgk boleh bantu kita bezakan kontraksi sebenar atau palsu.
3. Air selusuh.
Beli je air zamzam dan minta asben bacakan. (Bacaan, sila rujuk gambar no 3,4,5,6,7). Sapu dan minum di dlm labour room selepas bukaan 10cm. Jangan minum awal nanti kena marah dgn nurse. Hehe
4. Banyakkan membaca Doa nabi Nuh
" Lahailla anta subhanaka inni kuntu minnazalimin ". Bila sakit sangat, minta suami bacakan di telinga. Walaupun tak dapat baca di mulut at least boleh ikut dalam hati.
5. Pastikan makan telur separuh masak atau roti sebelum pergi berjuang. Ops, maksud sis sebelum ke hospital. Jangan sesekali biarkan perut kosong. Seperti semua sedia maklum bersalin memang memerlukan tenaga yang banyak. Nak push macam mana kalau takde tenaga.
6. Keadaan mengiring
Jika bukaan belum 10cm tapi rasa sakit macam nak teran. Kawal pernafasan dan duduk dlm keadaan mengiring. Bila dah mengiring boleh la meneran jika sakit menyerang. Ingat mengiring ye bukan dalam keadaan terlentang. Takut koyakan berlaku. Ini nurse yang ajar sis.
7. Positifkan diri.
Biarpun rasa letih dan tak larat nk teruskan. Kena positifkan diri. Cakap kat diri, Aku boleh!! Sikit je lagi ni 💪💪
8. Bernafas dgn betul masa meneran.
Meneran dlm kiraan 1 hingga 10. Ambil nafas dan teran bila sakit. Minta sokongan suami atau ibu.
9. *PENTING!!
Jangan sesekali angkat punggung waktu meneran. Ini penting untuk mengelakkan koyakan.
Tips, pegang kaki dan tengok perut.
Itu sahaja tips yg sis rasa ramai lagi ibu-ibu yang tak tahu. Maklum la dah nak dekat due perasaan pun dah bercampur baur. Tak tau nak happy ke sedih. Hehe.
So, chill je. Sis doakan moga dipermudahkan urusan ibu-ibu semua 💐
Ingat ! Sakit itu penghapus dosa.
Nak lagi best, tag pasangan masing-masing. Atau kawan yang bakal bersalin.
Sharing is caring

ORDER : www.wasap.my/601140690885/ordermkdi

BAGAIMANA MENERAN dengan BETUL1. Jangan panik!Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sa...
11/10/2018

BAGAIMANA MENERAN dengan BETUL
1. Jangan panik!
Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)
2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.
3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.
4. Jangan angkat Bontot
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.
5. Jangan pejam mata
kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.
========
Cara Meneran Dengan Betul
========
1. Angkat kepala dan dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut, mesti buka mata ya.
3. Kedua-dua belah Tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Teran tanpa suara dan mulut tertutup.
5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.

6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.
7. Tips tambahan:
kongsi la tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa dan lost control menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan kan (Alangkah indah bila suami dapat meneman dan melihat sendiri bagaimana isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriatnya)

SHARE dan TAG . Semoga bermanfaat💓

C/p : Iela Ashiela

10/10/2018
BAYI 3 BULAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT TERSEDAK SUSU KETIKA DALAM JAGAAN PENGASUH27April2017 Seorang anak yg sangat comel t...
09/10/2018

BAYI 3 BULAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT TERSEDAK SUSU KETIKA DALAM JAGAAN PENGASUH

27April2017 Seorang anak yg sangat comel telah dijemput Ilahi. Adam A***n telah ditetapkn Allah hayat hanya 104hari. Adam tersedak susu dibawah jagaan pengasuh yg tidak bertanggung jawab dan sangat ambil mudah berkenaan nyawa Adam.

27/4/2017 Adam dihantar ke pengasuh jam 12.tghri. jam 3ptg lbh ibu adam wasapp pengasuh tnya berkenaan Adam,pengasuh jwb Adam menangis,ibu Adam mintak snap gambar Adam,namun pengasuh hanya diam.

jam 6ptg papa adam pergi menjumput Adam. muka pengasuh agak terkejut tgk papa Adam (sebab biasa jika hantar Adam jam 12tghri jam 9 mlm bru jemput). pengasuh ckp nk siapkn Adam. setelah 45mnt baru pengasuh muncul bwk Adam (terlalu lama pgasuh amk masa siapkn adam). Ketika pengasuh serahkn Adam kpd papanya Adam sudah tidak bernyawa sudah tidak bernyawaaa,tanpa ada rasa bersalah serahkn Adam yg sudah tidak bernyawa. Adam sudah menjadi mayat.Adam sudah biru.sudah kaku.

Pengasuh dgn selamba ckp Adam tersedak susu, tu teksi dh ada bwk la ke hospital. mudahnya kau wahai pengasuh... kau tak panggil ambulan kau tak call ibu n papa Adam,langsung tak info. setelah d bawa ke hospital doctor jangka Adam sudah meninggal jam 5 ptg lg. andaikata papa Adam jemput Adam waktu biasa jam 9mlm tak tau la apa jadi. mudahnya kau bermain dgn nyawa manusia. Statement kpd polis pengasuh ada buat cpr kpd Adam.

Persoalanya: Apakah CPR itu tindakkan yg betul unt budak tersedak susu??? Apakah pengasuh mempunyai kelayakkan unt buat CPR??? jika takde ilmu cpr kau bkn jd penyelamat,tetapi menjadi pembunuh!!!

Kami redha dgn ketentuan ini. kami juga menuntut keadilan unt Adam. supaya tiada lagi ibubapa yg senasib kami.
Sesiapa yg ada pengalaman seperti kes ini harap dpt membantu unt membawa kemuka pengadilan.

Semoga papa Adam Wan Azizie n ibu Adam Nurul Izzah Ayuni tabah menghadapi ujian ini.




Sumber : https://www.facebook.com/shauqibey/posts/1407692562586878

Nota : Takziah kepada Puan Nurul Izzah Ayuni & Suami. Semoga tabah dan dipermudahkan dalam urusan yang berkaitan.

Kes ini berlaku pada 27 April 2017 Dan telah mendapat perhatian sebanyak 8,678 shares.

Untuk makluman, Akma Ezan telah direman polis pada 29/4 yg lalu dan telah dibebaskan. Nursery tersebut juga masih beroperasi seperti biasa pada hari ini. Dan difahamkan, pada tahun lepas, telah terjadi satu kes di nursery ini.

JANGAN BIARKAN ANAK MENGGIGIT MAINAN Saya bersetuju dgn Dr Hafiz Sulaiman. Jangan biarkan anak menggigit barang mainan m...
07/10/2018

JANGAN BIARKAN ANAK MENGGIGIT MAINAN

Saya bersetuju dgn Dr Hafiz Sulaiman.

Jangan biarkan anak menggigit barang mainan mereka (kecuali yg selamat) sbb mungkin ada unsur plumbum yg berbahaya. Plumbum pun boleh meresap melalui kulit.

Jika pendedahan terlalu lama (wpun dos yg rendah) juga berbahaya.

Begitu juga ibu yg sedang hamil. Elakkan dari sumber2 plumbum jika mahu anak yg pintar dan sihat..

Beliau menulis...

RACUN DALAM MAINAN KEGEMARAN ANAK-ANAK
------------------------------------------------------------------------

Rata-rata ibu bapa akan belikan anak-anak mereka mainan dan perhiasan tanda kasih sayang.

Anak-anak ini s**a sangat kalau mainan mereka ni warna-warni...ada bling-bling..bahagia rasanya bila tengok anak gembira.

Tapi ibu bapa kena hati-hati ya..sekarang ni kes kanak-kanak autisme dah jadi macam wabak.

Sains belum menemui punca sebenar penyakit ini. Maka perkara kecil seperti ini harus diberi perhatian serius.

Tahu tak mak ayah yang prihatin, amatlah tinggi risiko bahan toksik PLUMBUM di dalam mainan anak- anak kita.


BAHAN MAINAN TERCEMAR PLUMBUM
-----------------------------------------------------------

Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:

1) Mainan kanak-kanak plastik.
- Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel.
- Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.

2) Warna pada mainan kanak-kanak.
- Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran.

- Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.

BAHAN TOKSIK PLUMBUM
---------------------------------------------

- Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan.

- Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang.

- Keracunan akut (emergency) adalah jarang dan berkait pekerjaan.

- Keracunan biasanya adalah dalam dos rendah secara jangka masa panjang (kronik).

- Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding dewasa.

- Kesan paling merisaukan ialah kepada sistem saraf yang mana kesan keracunan plumbum boleh menyebabkan KEROSAKAN KEKAL.

- Kajian saintifik merumuskan bahawa logam berat plumbum memberi KESAN BURUK YANG SIGNIFIKAN PADA DOS YANG RENDAH dan setakat
ini rawataan secara "chelation" tidak dapat memulihkan kesan kerosakannya.

- CDC mengesahkan kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/dL boleh menderita masalah:

1) Rendah IQ
2) Lambat bercakap
3) Hilang pendengaran
4) Masalah pembelajaran
5) Lambat atau kurang membesar
6) Masalah tingkahlaku seperti ADHD, agresif dan ganas.

Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.

Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak.


Menurut PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM:
(Diterbitkan oleh Utusan Online, Jun 2017)

"Kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka mempunyai paras plumbum
melebihi 10 mikrogram per desiliter, tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Satu kajian lain turut mendapati ibu-ibu hamil di kota ini mempunyai paras plumbum yang agak tinggi.

Kajian-kajian tersebut telah dilakukan pada awal tahun 2000, yang secara tidak langsung boleh meramalkan
akan berlaku peningkatan kes-kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak dalam jangka masa 15 tahun selepas itu.

Kini, pada 2017, kita dapat mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan remaja kita."


SIMTOM BERKAITAN KERACUNAN PLUMBUM.
-------------------------------------------------------------------------

Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini.
Antaranya:

1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
4) Sembelit
5) Kurang darah merah.
6) Kerosakan buah pinggang.
7) Mudah marah/tersinggung.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori

Dahsyat bukan kesan plumbum kepada kesihatan kita..semua sistem kita mungkin terjejas..perlahan demi perlahan.
Ini bukan bermakna tak boleh beli mainan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah pencegahan.

4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
-------------------------------------------------------------

1) Pilih mainan yang berlabel MC
( Malaysian Conformity).
Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.

2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut.
Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang s**a masukkan mainan dalam mulut.

3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.

4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan
tentang 3 poin penting di atas.

Jika anda berminat mengetahui mengenai bahan mainan toksik plumbum, boleh rujuk katalog menarik dikeluarkan oleh badan jaringan NGO pembasmi bahan toksin POPs iaitu IPEN...
http://ipen.org/documents/toxic-toy-store-catalog-spring-2017

Barangan mainan ini mungkin sudah berada di rumah kita.

Semoga kita dijauhi daripada bahaya logam berat toksik ini..
Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kealpaan kita..

Berat Bahu Memikul Gunung Ganang,
Berat Nanang Lagi Logam Berat 😑

Mohon SHARE sebab ramai tak sedar keracunan plumbum adalah sangat berleluasa!

FOLLOW dan set SEE FIRST untuk info kesihatan yang saintifik dan soheh :) insha Allah.


Nukilan,

Hafiz Sulaiman
- Pejuang Kesihatan

Address

Gerik

Telephone

01140690885

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mama Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share