Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah

  • Home
  • Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah

Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah Membuat rawatan untuk kes sihir,saka,santau & pagar rumah/kedai/restoran.

Sihir Tempat Kerja------------------------------Pesakit ni dah 25 tahun bekerja di tempat dia & banyak customer s**a den...
14/02/2026

Sihir Tempat Kerja
------------------------------

Pesakit ni dah 25 tahun bekerja di tempat dia & banyak customer s**a dengan layanan dia.. jadi ada yang tak puas hati dengan dia disebabkan ramai customer pilih dia.. sejak dari tu, dia terus jatuh sakit & badan jadi bisa².. rasa ketat macam kena ikat.. dah bermacam-macamm perawat jumpa tapi hanya baik dalam 2-3 hari sahaja..

Semasa proses rawatan dalam rumah pesakit, bermacam-macam gangguan yang datang ; bunyi perempuan mengilai ada, menangis pun ada, gelak pun ada.. lepas tu diiringi dengan bunyi benda jatuh atas rumah sedangkan tingkat atas tiada jiran.. bila scan, ada 3 ekor jin dalam rumah.. salah satunya berada di dalam tandas iaitu pocong tinggi sampai atas.. anak lelaki mengaku nampak pocoong tersebut..

Disebabkan rawatan terganggu dengan kehadiran mereka, saya terus tangkap & kurung semua di dalam botol.. Alhamdulillah atas izin Allah, rumah terus jadi sunyi sepi dan rawatan menjadi mudah..

Dibawah ini adalah makhluk² yang ditangkap.. boleh zoom utk lihat dengan lebih jelas..



15/10/2025

PART 2 : Jin Saka Keturunan

Selesai kes jin asyik tadi, masuk pulak nenek kebayan & kawal tubuh pesakit.. jin ni mengaku yang dia bagi sihir masuk ke dalam badan & ambik sihir tu untuk tutup diri dia.. bila perawat scan, maka akan nampak sihir sahaja TETAPI jin saka masih ada dalam tubuh badan..

Sebagai perawat, kena check dengan lebih detail supaya tak ada satu pun yang tertinggal di dalam badan & baru akan selesai semua gangguan² yang ada...

15/10/2025

Part 1 : Jin Asyik

Pesakit ni dah hampir putus asa disebabkan gangguan yang ada dalam dirinya kerap datang kembali.. ada perawat yang cakap sihir sahaja, ada yg cakap saka sahaja.. tetapi bila saya check, ternyata ada 3 gangguan dalam badan.. kalau perawat buang salah satu gangguan tapi lagi 2 gangguan tu masih ada, memang tak akan selesai..

Video ni jin asyik kawal tubuh badan pesakit.. dah cakap cara baik suruh keluar tapi masih degil.. bila jadi macam tu, tiada maaf..


Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah pesakit ini telah disihir satu keluarga.. setiap kali masuk ke dala...
06/08/2025

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah pesakit ini telah disihir satu keluarga.. setiap kali masuk ke dalam kereta, anak-anak jadi takut untuk duduk dekat seat belakang kereta & anak sulong dia selalu ternampak pocong..

Bila cari dengan mata kasar, tak jumpa buhul atau barang sihir.. buatkan pengisian pada air & spray dalam kereta.. selang 3 hari, anak pesakit terjumpa jarum 2 bilah.. atas izin Allah, telah zahir buhul sihir yang diletakkan di dalam kereta..


04/05/2025

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah pesakit ini dah sakit bertahun-tahun.. bila scan, rupa-rupanya sukma dia telah diambil oleh bomoh..

Video ini menunjukkan proses rawatan masukkan kembali sukma ke dalam badan..



17/02/2025

Pesakit kalini disebabkan oleh sihir dari mak kandung sendiri.. pernah jadi kurang siuman 3 tahun lepas.. bila scan & check, pesakit ni ada 2 gangguan iaitu sihir & saka keturunan.. sukmanya telah diambil oleh bomoh & dipasak pada media patung jerami.. patung tersebut diikat dengan benang disetiap sendi..

Semasa rawatan, 3 ekor jin telah keluar & diputuskan ikatan.. secara tiba², sukma mak kandung masuk ke dalam badan anaknya.. dia terus bagi amaran jangan kacau kerja dia.. dia sihir anaknya disebabkan anaknya tau dengan perbuatan emaknya.. dan sukma maknya mengaku telah keluar dari Islam & berdamping dengan jin² yang ada..Nauzubillahiminzalik..

Tergamak seorang ibu menyihir anak sendiri.. Allahuakbar..dunia akhir zaman.. selepas rawatan, alhamdulillah pesakit telah sembuh sepenuhnya & dia sendiri boleh rasa perbezaan..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah semua atas izin Allah..



05/01/2025

Pesakit ini datang untuk buang semua ilmu yang pernah beliau ambil dulu masa zaman muda².. beliau amalkan mentera² dan juga memasukkan raska ke dalam badan.. ini juga dikenali sebagai susuk raksa.. beliau berkata sudah tidak mengamalkan lagi semua ilmu² tu..

Semasa proses rawatan, pesakit mula muntah² dan keluar darah.. ini menunjukkan segala ilmu² mentera & raksa mula keluar dari tubuh badan.. bila mengamalkan mentera² ni, akan datang jin yang akan mendamping.. ikatan² ini perlu diputuskan terlebih dahulu.. selepas itu, barulah boleh cabut segala ilmu yang pernah dia pelajari dulu..

Buatkan mandian limau dan juga terapi garam bukit sebagai bekalan untuk pembersihan diri.. Alhamdulillah selepas rawatan, pesakit merasa badan tersangat ringan dan tiada sakit².. semua aras izin Allah ☝️..




07/10/2024

Sihir kedai makan lagi.. pesakit ini mengadu kedai makan tertutup & semua yg bekerja jadi sakit².. sihir yg dikenakan pada kedai makan ni terlalu lama sejak dari tahun 2003.. dah bermacam² perawat jumpa tapi masih belum selesai..

Dipendekkan cerita, setelah habis merawat tuan kedai & staff², sy terus mohon pada Allah untuk menzahirkan segala buhul² sihir yg ada di kawasan kedai tersebut.. Setelah pusing keliling kedai, banyak barang² sihir yg tertanam antaranya paku bengkok yg berkarat, tulang binatang, botol minyak wangi yg diisi dgn tanah didalamnya & juga duit syiling yg ditabur..

Video dibawah ini menunjukkan bukti bahawa sihir itu wujud dan masih ada lagi sehingga sekarang.. selagi mana perasaan hasad dengki tu ada, selagi tu sihir akan berleluasa.. semoga kita semua terselamat daripada sihir & dilindungi Allah.. Kun Fayakun..




26/09/2024

Pesakit dari Selangor ni mengadu sakit kepala, tengkuk & juga lutut.. terasa berat seperti ada yang menekan.. bila ditanya ada pergi mana² tempat ke? Pesakit jawab baru balik dari Tambun..

Masa scan, ternampak satu makhluk warna putih, tinggi, besar & rambut mengembang.. rupanya makhluk ni ikut pesakit balik.. sebelum mula rawatan, mohon pada Allah supaya urusan rawatan dipermudahkan..

Baru letakkan tapak tangan di tengkuk, pesakit terus muntah.. tambah lagi bacaan muntah tanpa henti.. putuskan segala ikatan² jin yang telah dibuat pada tubuh badan & tarik keluar..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah atas izin Allah, lepas putuskan segala ikatan, pesakit terus rasa ringan & sihat..



16/09/2024

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah feedback dari pesakit.. limau yang dibuat pengisian untuk pemutus saka keturunan berpusing lawan arah jam atau tawaf dengan sendirinya selepas dimasukkan doa dan hajat..

Limau ini adalah salah satu kaedah dan yang penting adalah pengisian pada limau tersebut.. semuanya atas izin Allah ☝️.. Kun Fayakun..



11/09/2024

Pesakit ini juga berasal dari Perak.. beliau mengadu telah disihir sehingga menutup segala pintu jodoh.. bila scan, rupa-rupanya badan penuh dengan ikatan sihir.. tiba², ada satu sukma masuk ke dalam badan pesakit ini.. rupa-rupanya itu adalah sukma orang yang upah bomoh..

Soal selidik dengan dia kenapa buat pada pesakit ni.. antara dialog sy dengan dia:

Sukma yg upah : "aku taknak dia kahwin.. aku taknak ada siapa² yang dekat dengan dia selagi aku tak dapat."

Perawat : "kenapa kau buat dia sampai macam tu sekali? Kau dah kahwin? Dah ada anak bini?

Sukma yg upah : "aku dah kawin.. ada bini dan anak tapi aku tetap nak dekat perempuan ni.. dia yang taknak dengan aku."

Perawat : "kau nak apa lagi.. elok² dah ada anak bini tu haaa!!!"

Sukma yg upah : "aku nak dia dengan aku je.. aku kaya.. ada bisnes.. tapi aku x solat.. aku takde agama.."

Perawat : " Astaghfirullahalazim.. bawak mengucap.. teruk sangat kau ni.. mmg patut pesakit ni taknak kat kau.. kaki perempuan. "

Subhanallah.. itulah antara perbualan dengan sukma yang upah bomoh.. Menngucap panjang saya dengar..

Tuan² dan puan², berhati-hatilah ketana zaman sekarang ni sihir semakin kuat..tingkatkan amalan dan baca la wirid² setiap kali solat.. mudah-mudahan kita semua dalam lindungan Allah..



Address

Rawatan Ke Rumah

Telephone

+60108716805

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram