24/01/2026
Darah mengalir deras...
Tangan menggigil menahan sakit.
Seorang pesakit dikejarkan ke klinik kami selepas mengalami kecederaan serius di tangan akibat terkena sabit.
Setiap saat amat berharga. Jika lambat, risikonya bukan sekadar luka tetapi nyawa.
Situasi kritikal ini diketuai oleh Dr Hadi, dan turut dibantu oleh residen baru kami, Dr Alya, bersama seluruh warga kerja klinik yang mengembleng tenaga dengan satu matlamat iaitu selamatkan pesakit.
Tiada siapa berlengah!.
Semua fokus pada satu matlamat itu.
Dengan tindakan pantas dan rawatan segera, pendarahan berjaya dikawal, luka dirawat dengan teliti, dan pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.
Inilah realiti sebenar tugas kami.
Kerana bagi kami, setiap nyawa itu amanah.
๐ 09-9122045
โ
WhatsApp: www.wassap.my/60149052045