Klinik Primer Gua Musang

Klinik Primer Gua Musang Klinik Primer Gua Musang (KLINIK 24 Jam). PT 7768 Taman Mesra,
18300 Gua Musang, Kelantan
No.Tel: 09-9122045

Ada satu kisah untuk dikongsikan.Isteri meninggal sebab kanser.Seminggu lepas tu, suami p**a disahkan kanser.Dia tak pil...
16/04/2026

Ada satu kisah untuk dikongsikan.
Isteri meninggal sebab kanser.
Seminggu lepas tu, suami p**a disahkan kanser.

Dia tak pilih ubat mahal dulu…
dia pilih puasa air 2 minggu.

Air kosong. Air lemon.
Bila hampir pengsan — makan kurma, sambung puasa balik.

Result seterusnya…
sel kanser agresif turun mendadak.

Kebetulan?
Atau badan kita sebenarnya ada “healing system” yang kita tak pernah aktifkan?

Secara saintifik, bila badan berpuasa:
1. Paras insulin menurun
2. Badan masuk “survival mode”
3. Proses autophagy (self-cleaning sel) meningkat

Di dalam tubuh manusia, ada satu “dunia kecil” yang sentiasa bekerja tanpa kita sedar.

Bayangkan setiap sel seperti sebuah bandar. Dalam bandar ini, ada kilang, pusat tenaga, sistem pembersihan, dan juga “penjenayah” yang boleh merosakkan keseimbangan—itulah sel kanser.

Suatu hari, apabila seseorang mula berpuasa, sesuatu yang luar biasa berlaku…

Hari Pertama Puasa

Badan mula kehabisan sumber gula (glukosa). Sel-sel mula “resah” sedikit.

“Tenaga makin kurang…” kata mitokondria, pusat tenaga sel.

Tapi sistem dalam badan bukan lemah—ia bijak.

Hari Kedua – Mod Survival Aktif

Apabila bekalan makanan dari luar berkurang, sel akan aktifkan satu mekanisme khas:

Autophagy — bermaksud “makan diri sendiri”

Sel mula berkata:
“Kita tak boleh tunggu bantuan dari luar. Kita bersihkan apa yang rosak, dan guna semula apa yang ada.”

Komponen lama, protein rosak, dan bahagian sel yang tidak berfungsi akan dikitar semula untuk tenaga.
Bandar sel menjadi lebih bersih, lebih efisien.

Di Sudut Gelap: Sel Kanser

Sel kanser p**a berbeza.
Mereka seperti penjenayah tamak yang s**a gula dan pertumbuhan tanpa kawalan.
“Mana gula? Mana tenaga?” jerit sel kanser.
Apabila puasa berterusan:
Bekalan glukosa berkurang
Insulin menurun
Persekitaran jadi “tidak mesra” untuk sel kanser
Sel kanser mula tertekan.

Autophagy vs Sel Kanser

Dalam keadaan ini, autophagy bukan sekadar pembersihan…

Ia seperti “polis dalaman”.

Sel-sel badan mula:
Mengenal pasti komponen abnormal
Menghapuskan bahagian yang berpotensi jadi kanser
Menguatkan sistem pertahanan

Akhir Cerita

Dalam diam, puasa bukan sekadar ibadah…

Ia adalah proses “reset” dalaman:

Membersihkan sel

Menguatkan pertahanan

Melemahkan musuh tersembunyi

Dan setiap kali seseorang berpuasa dengan niat dan disiplin…

Dalam tubuhnya, sedang berlaku peperangan senyap— di mana sel sihat bangkit, dan sel kanser mula kehilangan kuasa.

𝐆𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐭𝐚𝐤𝐛𝐢𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢Dalam kemilau Aidilfitri yang suci, kami hulurk...
29/03/2025

𝐆𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐭𝐚𝐤𝐛𝐢𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢

Dalam kemilau Aidilfitri yang suci, kami hulurkan salam kemaafan, tanda ingatan tulus buat semua. Semoga lebaran ini menjadi lembaran baharu yang membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kasih sayang yang berpanjangan.

Bagi memastikan kesihatan anda terus terjaga, berikut adalah waktu operasi Klinik Primer Gua Musang 24 Jam sempena Hari Raya Aidilfitri:

✨ 30 Mac – Dibuka sehingga 11:00 malam
✨ 31 Mac – 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 (Hari Raya Pertama)
✨ 1 April – Dibuka semula 8:00 pagi

Di sebalik kemeriahan Syawal, jangan lupa menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kami sentiasa di sini, bersedia untuk memberi Sentuhan Dari Hati apabila diperlukan.

☎️ Hubungi kami:
📲 WhatsApp: www.wassap.my/60149052045
📞 09-9122045 / 014-9052045




𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍: 𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍Pada 17 Ramadan, Allah SWT menurunkan mukjizat teragung kepada Rasulullah...
18/03/2025

𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍: 𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍

Pada 17 Ramadan, Allah SWT menurunkan mukjizat teragung kepada Rasulullah SAW di Gua Hira melalui perantaraan Malaikat Jibril. Wahyu pertama, “Iqra’ (Bacalah)!”, bukan sekadar seruan membaca, tetapi simbol kebangkitan ilmu, perubahan, dan petunjuk bagi seluruh umat manusia.

Iktibar dari Nuzul Al-Quran:

✨ Pentingnya Ilmu – Al-Quran mengajar kita supaya sentiasa menuntut ilmu dan memahami agama.
✨ Panduan Hidup – Al-Quran adalah pedoman dalam setiap aspek kehidupan, dari ibadah hingga muamalat.
✨ Kekuatan Iman – Rasulullah SAW dan para sahabat menghadapi ujian besar ketika menyebarkan ajaran Islam, tetapi mereka tetap teguh dengan bimbingan Al-Quran.

Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, marilah kita lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran – membaca, memahami, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga Al-Quran menjadi cahaya yang membimbing kita hingga ke syurga.

✦ Salam Nuzul Al-Quran dari Klinik Primer Gua Musang 24 Jam ✦

www.wassap.my/60149052045




𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐮𝐫𝐦𝐚, 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧!🌙🌴Di bulan yang penuh keberkatan ini, Klinik Primer Gua Musang 24 Jam...
05/03/2025

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐮𝐫𝐦𝐚, 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧!🌙🌴

Di bulan yang penuh keberkatan ini, Klinik Primer Gua Musang 24 Jam ingin berkongsi sedikit kegembiraan dengan mengagihkan kurma percuma kepada para pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

🍽️ Kurma – Sunnah dan Khasiatnya:
✅ Memberi tenaga segera semasa berbuka
✅ Baik untuk kesihatan jantung dan pencernaan
✅ Sunnah Nabi SAW untuk berbuka puasa

Semoga dengan perkongsian kecil ini, ibadah kita semua semakin diberkati dan dipermudahkan. Jika anda atau ahli keluarga memerlukan rawatan, kami sedia membantu anda 24 jam sehari!

📞 Call: 09-9122045
📲 WhatsApp: www.wassap.my/60149052045

𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗟𝘂𝘁𝘂𝘁 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮!Jangan biarkan sakit lutut menghalang anda daripada beribadah dengan ...
05/03/2025

𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗟𝘂𝘁𝘂𝘁 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮!

Jangan biarkan sakit lutut menghalang anda daripada beribadah dengan selesa di bulan Ramadhan!

✅ Solat dengan lebih tenang tanpa rasa sakit
✅ Berterawih dengan selesa tanpa gangguan
✅ Menikmati ibadah puasa tanpa perlu risau lutut bengkak atau sakit

Dapatkan rawatan suntikan lutut di Klinik Primer Gua Musang 24 Jam untuk kelegaan segera dan kekal aktif sepanjang Ramadhan!

📞 Call: 09-9122045
📲 WhatsApp: www.wassap.my/60149052045

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟱Ramadan datang lagi, membawa seribu keberkatan dan rahmat. Semoga bulan yang ...
01/03/2025

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟱

Ramadan datang lagi, membawa seribu keberkatan dan rahmat. Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ibadah, memperbaiki diri, serta meraih keberkatan dan keampunan-Nya.

Mari kita manfaatkan Ramadan ini dengan penuh keikhlasan, sabar, dan kasih sayang sesama insan. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Salam Ramadan dari kami di Klinik Primer Gua Musang 24 Jam. Jika memerlukan rawatan sepanjang bulan puasa, kami sedia berkhidmat untuk anda, 24 jam setiap hari.

☎️ 09-9122045
📲 WhatsApp kami: www.wassap.my/60149052045




🔴 JAWATAN KOSONG: DOKTOR RESIDEN 🔴Kami sedang mencari Doktor Residen untuk menyertai pas**an kami di:📍 Klinik Primer Gua...
27/02/2025

🔴 JAWATAN KOSONG: DOKTOR RESIDEN 🔴

Kami sedang mencari Doktor Residen untuk menyertai pas**an kami di:
📍 Klinik Primer Gua Musang 24 Jam
📍 Poliklinik Optima Raub & Poliklinik Optima Kuala Krai

💰 Gaji: RM7,500 - RM12,000
🎯 Keutamaan untuk doktor yang mempunyai:
✅ Asas dalam ANC (Antenatal Care)
✅ Kemahiran menggunakan 3D Scan / TVS (Transvaginal Scan)

✨ KELEBIHAN:
✔ EPF & SOCSO
✔ Gaji tetap
✔ Insentif prosedur
✔ Locum jika shift overnight di KPGM

📩 Hantarkan resume anda ke dek.primergm@gmail.com
📲 WhatsApp: 019-9772567

📌 Contoh Subjek Email: “Resume Dr Afa (Klinik Primer Gua Musang)”

Jom sertai kami dan berkembang bersama! 🚀

24/02/2025

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang doktor dalam merawat pesakit yang datang ke *Klinik Primer Gua Musang 24Jam* 🚑

Pesakit ini mempunyai penyakit kronik dan memerlukan rawatan secara berkala dan berterusan.

Akan tetapi atas faktor2 tertentu, dia tidak dpt hadir ke klinik kami untuk meneruskan rawatan susulan.

Bersesuaian dgn slogan *‘SENTUHAN DARI HATI’* , kami mengambil inisiatif untuk menghantar surat rujukan ke rumah pesakit bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan yang berdekatan.

Semoga semua pesakit yang datang ke klinik kami diberi kesembuhan dan diangkat segala penyakit 🤲

📍Lokasi: Klinik Primer Gua Musang 24Jam
📞 Hubungi kami : 09-9122045
📲 Hubungi kami : www.wassap.my/60149052045

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌟Klinik Primer Gua Musang 24 Jam ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗬𝗗𝗛 𝗦𝗨𝗣𝗧 𝗦𝗜𝗞...
18/02/2025

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌟

Klinik Primer Gua Musang 24 Jam ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗬𝗗𝗛 𝗦𝗨𝗣𝗧 𝗦𝗜𝗞 𝗖𝗛𝗢𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗢, Ketua Polis Daerah Gua Musang, atas penganugerahan Ahli Yang Keempat (Bentara) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (B.J.K).

Anugerah ini sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 Tahun 2024 Kali Ke-2.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Gua Musang dan terus memberi motivasi dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti.

Sekali lagi, tahniah! 🎉






12/02/2025

Alhamdulillah!

Semalam telah berlangsung Slot Pertolongan Cemas dalam Kem Kepimpinan anjuran 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗲𝗸 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗮, 𝗚𝘂𝗮 𝗠𝘂𝘀𝗮𝗻𝗴 telah berlangsung dengan penuh semangat dan kejayaan!

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami dari Klinik Primer Gua Musang 24 Jam untuk berkongsi ilmu yang amat penting ini. Semoga ilmu yang disampaikan memberi keberanian kepada adik-adik untuk bertindak pantas apabila berdepan situasi kecemasan.

Ucapan penghargaan juga buat 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 (𝗔𝗣𝗠) 𝗚𝘂𝗮 𝗠𝘂𝘀𝗮𝗻𝗴 yang turut serta memeriahkan program ini. Kehadiran pas**an APM bersama Van Ambulans mereka benar-benar memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bantuan kecemasan.

Moga ilmu ini terus memberi manfaat dan menjadi amalan yang berpanjangan.








📲 Hubungi kami: www.wassap.my/60149052045

Ini namanya 𝗣𝗶𝗿𝗮𝘀.Kalau dalam telinga, namanya jadi “𝗬𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮! 𝗗𝗲𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗹𝗶𝗻𝗴𝗼 𝗻𝘆𝘂𝘁-𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗶!”Hari ini di Kl...
08/02/2025

Ini namanya 𝗣𝗶𝗿𝗮𝘀.

Kalau dalam telinga, namanya jadi “𝗬𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮! 𝗗𝗲𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗹𝗶𝗻𝗴𝗼 𝗻𝘆𝘂𝘁-𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗶!”

Hari ini di Klinik Primer Gua Musang 24 Jam, seorang makcik datang mengadu sakit telinga hampir seminggu tanpa tahu apa puncanya. Dah cuba makan ubat beli di farmasi, tapi sakit masih tak hilang.

Bila diperiksa oleh Dr. Hadi, rupa-rupanya ada piras gemuk yang kekenyangan dalam telinganya! Patutlah sakit tak tertahan.

Kalau ada yang mengalami sakit telinga, kurang dengar, rasa berdengung atau rasa ada sesuatu dalam telinga, jangan biarkan lama-lama. Datang ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan segera!

☎ Hubungi kami:
📞 09-9122045
📲 WhatsApp: www.wassap.my/60149052045




Address

PT 7768 Taman Mesra
Gua Musang
18300

Telephone

+6099122045

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Primer Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Primer Gua Musang:

Share

Category