02/02/2026
🤧🦠 Flu Bukan Sekadar Selesema
Malisyah bermula dengan bersin dan rasa letih.
Menjelang malam, demam naik dan badan sakit teruk.
Ini adalah Influenza (Flu) — jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru yang mudah merebak dan lebih serius daripada selesema biasa.
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, tetapi flu lebih berisiko kepada warga emas, kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit penyakit kronik.
Flu merebak melalui batuk, bersin, sentuhan rapat, dan permukaan tercemar, terutama di rumah, pejabat dan pengangkutan awam.
Jika diabaikan, influenza boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia dan masalah pernafasan.
💡 Apa perlu buat?
✔ Dapatkan rawatan awal
✔ Rehat & minum air secukupnya
✔ Pakai pelitup muka jika tidak sihat
✔ Basuh tangan dengan kerap
📍 MedUS Clinic – Hutan Melintang
🕘 Isnin–Sabtu | Walk-in dialu-alukan