Farmasi Hutan Melintang

Farmasi Hutan Melintang Farmasi HM rakan kesihatan anda. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari 9 pagi-10 malam

Farmasi Hutan Melintang "KAMI BERKHIDMAT UNTUK ANDA SEKELUARGA" dibuka setiap hari dari 9pg-10mlml termasuk cuti umum serta memastikan kesihatan anda sentiasa terpelihara. Ahli farmasi dan pembantu farmasi kami akan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul untuk memaksimumkan keberkesanan ubat kepada pesakit. Kedai farmasi terletak di tingkat bawah, menyediakan pelbagai jenis barangan farmaseutikal. Termasuk:

-Vitamin
-Makanan Kesihatan
-Makanin Kesihatan Traditional
-Produce Bayi
-Produk Penjagaan Kulit
-Produk Kebersihan mulut
-Pembalut Pembedahan
-Alat diagnostik

27/09/2024

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai β€œpsoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.



26/09/2024

Ahli farmasi merupakan individu terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam berkaitan ubat-ubatan.

Tugas ahli farmasi tidak terhad di kaunter farmasi sahaja, bahkan turut melibatkan pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri farmaseutikal, farmasi komuniti, fasiliti kesihatan swasta, akademia, militari dan maritim.

Jom jadikan ahli farmasi sebagai rakan ubat anda!



25/09/2024

πŸ“Œ Dengarkan temu bual bersama Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM hari ini.

Platform: TV Alhijrah πŸ“»
Tarikh: 25 September 2024 (Rabu) πŸ—“οΈ
Masa: 9.00 Pagi
Topik: Bahaya Wabak MPOX (Monkeypox)



24/09/2024

πŸ“Œ Seharian di tempat kerja kadangkala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan.

πŸ’ͺ😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.



23/09/2024

Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental - Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"





20/09/2024

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

πŸ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.



19/09/2024
18/09/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



12/09/2024

Kebanyakkan penyakit mulut boleh cegah menerusi amalan penjagaan pergigian yang sempurna dan diikuti dengan penjagaan kebersihan gigi yang baik.

Ikuti cara pencegahan penyakit mulut seperti yang dikongsikan sebagai peringatan bersama bagi mencegah penyakit mulut yang boleh mengundang ketidaselesaan dan jaminan kesihatan mulut di tahap optimum.

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:πŸ•’ Isnin - Ahad: 08...
09/09/2024

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’
Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:
πŸ•’ Isnin - Ahad: 08:00AM - 10:00PM
πŸ“ Alamat Kedai: No. 4, Simpang Empat, Taman Sri Perak, 36400 Hutan Melintang, Perak
https://maps.app.goo.gl/TXYHMcHmijsSPGwT9
Jangan ragu untuk mengunjungi kami di Farmasi Hutan Melintang pada waktu operasi yang telah dinyatakan. Kami menantikan kehadiran anda! πŸ₯°πŸ‘

06/09/2024

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’

Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:

πŸ•’ Isnin - Ahad: 08:00AM - 10:00PM

πŸ“ Alamat Kedai: No. 4, Simpang Empat, Taman Sri Perak, 36400 Hutan Melintang, Perak
https://maps.app.goo.gl/TXYHMcHmijsSPGwT9

Jangan ragu untuk mengunjungi kami di Farmasi Hutan Melintang pada waktu operasi yang telah dinyatakan. Kami menantikan kehadiran anda! πŸ₯°πŸ‘

Address

4, Taman Sri
Hutan Melintang
36400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6056413577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Hutan Melintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Hutan Melintang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram