Wellness Hub Kinta

Wellness Hub Kinta Promosi dan Pendidikan Kesihatan Dalam Kalangan Masyarakat. Dikendalikan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta

11/05/2026

8 Mei 2026 di Casuarina Convention Centre : Sepintas lalu sepanjang Program iFITER 2026, pelbagai momen menarik, penuh semangat dan kenangan manis berjaya dirakam bersama para peserta, urus setia serta para pemenang.






Kenangan sepanjang Program iFITER 2026 bukan sekadar tentang acara, tetapi tentang semangat, kerjasama dan usaha semua p...
11/05/2026

Kenangan sepanjang Program iFITER 2026 bukan sekadar tentang acara, tetapi tentang semangat, kerjasama dan usaha semua peserta yang menjayakan setiap aktiviti sepanjang program berlangsung.

8 Mei 2026 di Casuarina Convention Centre:
Majlis Penutup Program iFITER
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam) atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta meluangkan masa bersama sepanjang majlis berlangsung. Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menyuntik semangat kepada semua peserta dan urus setia program.

Tahniah kepada semua pemenang yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat luar biasa. Menang atau tidak, setiap peserta telah membuktikan bahawa menjaga kesihatan dan kesejahteraan adalah satu pelaburan terbaik untuk diri sendiri.

Terima kasih juga kepada Perak Corporation Berhad selaku rakan strategik WELLNESS HUB KINTA serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini terus memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.








Selesai sudah Majlis Penutup Program iFITER Kolaborasi Bersama Perak Corporation Berhad selaku rakan strategik WELLNESS ...
11/05/2026

Selesai sudah Majlis Penutup Program iFITER Kolaborasi Bersama Perak Corporation Berhad selaku rakan strategik WELLNESS HUB KINTA yang telah berlangsung pada 8 Mei 2026 di Casuarina Convention Centre.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam).

Program ini bukan sekadar penutup acara, tetapi simbol komitmen bersama dalam memperkukuh budaya kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup sihat dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kolaborasi strategik seperti ini terus memberi impak positif kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih sihat dan produktif.









🚶‍♂️ CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA📍 Minggu Kedua | Pejabat Kesihatan Daerah Kinta10,000 langkah sehari bukan sekadar an...
03/05/2026

🚶‍♂️ CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA
📍 Minggu Kedua | Pejabat Kesihatan Daerah Kinta

10,000 langkah sehari bukan sekadar angka — ini komitmen utk hidup lebih sihat 💪

Tak kira berapa langkah kau mula,
tak kira siapa lagi laju dari kau,
yang penting… kau dah mula.

Teruskan melangkah.
Teruskan jaga kesihatan.

✨ Setiap langkah ada nilai: ❤️ Jantung lebih sihat
😊 Stres berkurang
⚖️ Berat lebih terkawal
😴 Tidur lebih nyenyak
⚡ Tenaga meningkat

Jangan banding dengan orang lain.
Fokus je pada progress diri sendiri.




02/04/2026

Hari ini kita bukan sekadar melihat…
kita belajar untuk memahami.
Autisme bukan kekurangan,
tetapi satu cara unik melihat dunia.

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April 2026,
marilah kita bersama-sama menyemai empati,
menerima perbezaan, dan menghargai setiap insan.

“Autism and Humanity – Every Life Has Value”
(Autisme dan Kemanusiaan – Setiap Kehidupan Bernilai)

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Perak










25/03/2026
20/03/2026

“Salam Aidilfitri buat seluruh warga Daerah Kinta.

Bersama barisan Ketua-ketua Unit Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), kami berdiri sebagai satu pasukan yang komited dalam memastikan kesejahteraan kesihatan komuniti sentiasa terpelihara.

Aidilfitri ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga simbol kekuatan silaturahim, semangat kebersamaan dan dedikasi dalam perkhidmatan.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”

— Dr. Mohd Zamri Bin MD Ali
Pegawai Kesihatan Daerah Kinta









20/03/2026

“Salam Aidilfitri daripada Unit Promosi Kesihatan, PKD Kinta 🌙✨

Bersama barisan Unit Promosi Kesihatan, kami terus komited dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada komuniti demi kesejahteraan bersama.

Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran, sebagai satu pasukan yang sentiasa bergerak seiring dalam mendidik, menyebar kesedaran dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kepada seluruh warga Kinta atas sokongan berterusan. Anda adalah kekuatan kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 💚”

— Puan Norejan Nordin
Pegawai Pendidikan Kesihatan, PKD Kinta

08/03/2026

🌸 HARI WANITA ANTARABANGSA 2026 🌸
8 MAC 2026

Wanita bukan sekadar pelengkap dalam masyarakat, tetapi merupakan tonggak kekuatan, sumber inspirasi dan pemangkin kemajuan negara.

Kecekalan, kebijaksanaan serta pengorbanan wanita dalam pelbagai bidang telah membentuk sebuah masyarakat yang lebih sejahtera dan progresif.

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, marilah kita bersama menghargai serta mengiktiraf peranan wanita yang sentiasa berdiri teguh sebagai pemimpin, pendidik, penjaga keluarga dan agen perubahan dalam negara.

✨ Tema 2026
“Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”

Semoga wanita terus diperkasa, dihargai dan diberikan ruang untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Ikhlas daripada
Warga Kerja
Pejabat Kesihatan Daerah Kinta
Perak














Address

Klinik Kesihatan Buntong
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Kinta:

Share