14/08/2025
Lihat Kembali, Melangkah Lagi..
Terkadang kita terlalu laju ke depan, sampai terlupa toleh sebentar ke belakang.
Bukan untuk menyesali, tetapi untuk menghargai sejauh mana kita dah melangkah.
Lihatlah...
Kita pernah melalui badai yang kita fikir akan menenggelamkan kita.
Kita pernah memulakan sesuatu dari tiada apa-apa, dari kosong. Dan membinanya sedikit demi sedikit.
Kita pernah bangkit dari jatuh yang paling menyakitkan.
Kita pernah terduduk dan susah nak bangkit semula. Menangis kita di situ tersedu-sedan. Tiada yg tahu.
Ingatlah...
Setiap pencapaian lalu, walau sekecil mana sekali pun, ia bukti bahawa kita mampu.
Ia bukti bahawa kita pernah kuat, dan kita akan terus kuat.
Jangan rasa kita bermula dari zero hari ini. Kita bermula dengan semua pengalaman, kekuatan, pengajaran dan perih jerih yg lalu. We build our own trust. Semua itu pengalaman yang sangat Mahal.
Pengalaman itulah yg menjadikan siapa kita hari ini. Jadi teruslah memilih untuk bertenang dalam apa jua situasi. Bila tenang, fikiran kita akan jadi lebih rasional & bertindak dgn tindakan yg baik. Kerana kita takkan tahu, tindakan lalu apakah yg menjadikan kita hari ini. Dan tindakan hari ini untuk hasil yang akan datang.
Ingat! Perjalanan ini belum selesai. Kalau kita dah mampu sampai sejauh ni, kita mesti mampu melangkah lebih jauh lagi.
Jom ibu-ibu cantik, berpagian mandi garam - sembur mistral roses - dan on lampu garam di rumah masing-masing 😉😘 SEMANGAT PAGI!!
Luaskan Auramu,
F A R R A
Pengasas Farra Aura Jiwa