13/12/2025
Pernah berimpian suatu ketika dulu ingin membuka sebuah Spa Urutan suatu hari nanti, sungguh Beeha tak sangka bermula dengan impian akhirnya Allah kabulkan menjadi kenyataan 🥹.
Terasa begitu pantas masa berlalu...
Syukur alhamdulillah 'ala kullihaal 🤲🥲
Sungguh Allah Maha baik, Maha mendengar setiap rintihan hamba2nya.
Terima kasih atas doa semua, terutama UmmiWalid, Mak Ayah Mertua, Suami tercinta yang merupakan tulang belakang Beeha ,juga adik-adik Beeha, saudara mara serta sahabat seperjuangan, dan tak lupa juga doa yang dititip oleh customer2 yang Beeha urut.
Beeha selalu minta agar mereka yang di urut mendoakan Beeha dapat buka Spa Urutan Beeha suatu hari nanti, Beeha yakin asbab dari doa kalian ini Beeha terus kuat sehingga hari ini dan hari2 seterusnya in syaa Allah.
Dan tidak akan saya lupa, Ucapan terima kasih pada pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak kerana memilih Beeha menjadi sebahagian peserta di bawah program Zakat asnaf PROPER A MAIPK di bawah didikan Puan Su Harisun Humaira (Humaira Training Center) terima kasih juga pada guru2 yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada Beeha selama ini...
Dan alhamdulillah sekali lagi Beeha dan Sahabat seperjuangan di rezekikan terpilih untuk melanjutkan pelajaran kami iaitu DIPLOMA KEMAHIRAN URUTAN TERAPUTIK TAHAP 4 juga bawah tajaan pihak zakat MAIPK demi melayakkan diri ke peringkat Juruterapi bertauliah yang lebih tinggi. Semua ini tak lain tidak bukan hasil usaha serta bantuan dan sokongan yang tak pernah berhenti oleh Guru2 kami Puan Su Harisun, PuanNor Salwa , SirMohd Azizul Bin Azmi ...
Semoga Allah mengangkat darjat kalian asbab kebaikan kalian.
Alhamdulillah, Allahu akhbar.. Allahu akhbar... Allahu akhbar...☝
Ucapan terima kasih juga pada pihak Bank Islam Malaysia Berhad kerana memilih Beeha menjadi sebahagian peserta usahawan MAIPK yang layak menerima geran sebanyak rm5K ...
Sesungguhnya besar nilainya buat diri seorang yang bernama Beeha dalam mengharungi perjalanan setelah bergelar sebagai Juruterapi Urutan demi memantapkan lagi perniagaan yang sedang Beeha ceburi saat ini...
Dan akhirnya berkat doa semua impian ini akhirnya terlaksana...
Semoga Doa2 yang baik2 yang kalian kirimkan selama ini akan kembali pada kalian semula aminnn🤲😇🥰....
Sekali lagi Beeha mohon doa semua agar perjalanan persiapan Spa yang bakal di buka tidak lama lagi berjalan lancar dan di permudahkan oleh-Nya sesuai dengan perancangan,
Dan Sesungguhnya Allah jua sebaik2 perancangan...