Hospital Bahagia Ulu Kinta

Hospital Bahagia Ulu Kinta The official page of the Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)
More health information to come!

๐Ÿ“š  ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‚๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐œ๐ž ๐†๐ฎ๐ข๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐ž (๐‚๐๐†) ๐๐ข๐ฉ๐จ๐ฅ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐จ๐ซ๐๐ž๐ซ๐Ÿ“šKursus CPG Bipolar Disorder telah berjaya diadakan pada har...
08/05/2026

๐Ÿ“š ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‚๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐œ๐ž ๐†๐ฎ๐ข๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐ž (๐‚๐๐†) ๐๐ข๐ฉ๐จ๐ฅ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐จ๐ซ๐๐ž๐ซ๐Ÿ“š

Kursus CPG Bipolar Disorder telah berjaya diadakan pada hari Rabu, 29 April 2026 yang lepas bertempat di Dewan Anggerik, Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dengan kehadiran seramai 45 orang pegawai perubatan dari HBUK dan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terkini berkaitan diagnosis serta rawatan penyakit Bipolar Disorder, sekaligus memperkukuh mutu perkhidmatan kepada pesakit.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Dr Arunakiri A/L Muthukrishnan, Pakar Perunding Psikiatri selaku Ketua Unit Perunding Psikiatri Umum HBUK.

Slot ceramah p**a telah dikendalikan oleh:

๐Ÿง  Dr Lee Wen Jih โ€“ Pakar Perunding Psikiatri Hospital Fatimah
๐Ÿง  Dr Christabel Esther Terence โ€“ Pakar Psikiatri Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
๐Ÿง  Dr Anis Shuhaila Meor Shaharim โ€“ Pegawai Perubatan Pakar Pra-Warta HBUK
๐Ÿง  Dr Suhailah Zaharudin - Pegawai Perubatan Pakar Pra-Warta HBUK
๐Ÿง  Dr Daveenjit Singh - Pegawai Perubatan Pakar Pra-Warta HBUK

Menariknya, kursus ini turut diserikan dengan slot kuiz interaktif, dan tiga peserta terbaik telah menerima penghargaan daripada pihak urusetia!

โœจ Semoga kursus ini memberi manfaat berterusan kepada semua peserta dalam usaha memperkasakan rawatan kesihatan mental untuk masyarakat.



Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada seluruh warga Hospital Bahagia Ulu Kinta sama ada anggota perubatan mahupun bukan ...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada seluruh warga Hospital Bahagia Ulu Kinta sama ada anggota perubatan mahupun bukan perubatan yang sentiasa berganding bahu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta pengorbanan yang tidak ternilai dalam memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Peranan anda semua, sama ada di barisan hadapan mahupun di sebalik tabir, amat besar maknanya dalam menyokong kesejahteraan pesakit dan kelancaran operasi hospital.

Semoga segala usaha murni ini terus diberkati, dipermudahkan, dan menjadi inspirasi kepada semua. Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti dan semangat.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Perpustakaan HBUK akan melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan se...
22/04/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Perpustakaan HBUK akan melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan setiap tahun oleh Perpustakaan Negara Malaysia secara serentak di semua negeri sebagai salah satu inisiatif galakan membaca kepada masyarakat. Tema Program Jom Baca Bersama 10 Minit tahun 2026 'Membaca Membina Bangsa'. ketetapan adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ : 23 April 2026 (Khamis)
โฐ : 11.00 pagi - 11.10 pagi
๐Ÿ‘จ๐Ÿผโ€๐Ÿ’ผ : Di Unit/Jabatan atau di mana sahaja anda berada.
๐Ÿ“– : Ambil buku, e-book atau apa saja bahan bacaan kegemaran anda dan luangkan masa 10 minit untuk membaca seperti ketetapan diatas.

๐Ÿ“ท : Jangan Lupa snap gambar sedang membaca dan kongsikan penyertaan anda, di link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScEbU0WF0_RpJODTIvcAclo2_qAwaDl4Wq1W6drobdAIZ2BdQ/viewform?usp=dialog yang disertakan. 10 penyertaan pertama akan diberi saguhati.

21/04/2026
Tahniah !! Tahniah diucapkan kepada SN Salwani & PPK Noorhisham dari HBUK yang menyumbangkan *pingat emas acara Lawn Bal...
19/04/2026

Tahniah !!
Tahniah diucapkan kepada SN Salwani & PPK Noorhisham dari HBUK yang menyumbangkan *pingat emas acara Lawn Ball (Open Triples) KKM 2026* di Karnival Kecergasan (Sihat Itu Saya) Zon Utara KKM 2026 di Kangar, Perlis pada 19 April 2026.

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘จ๐’–๐’•๐’Š๐’”๐’Ž๐’† ๐‘ฏ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ Unit Psikiatri Kanak Kanak Dan Remaja Hospital Bahagia Ulu Kinta atau lebih dikenali sebagai ...
15/04/2026

๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘จ๐’–๐’•๐’Š๐’”๐’Ž๐’† ๐‘ฏ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ

Unit Psikiatri Kanak Kanak Dan Remaja Hospital Bahagia Ulu Kinta atau lebih dikenali sebagai CAMELLEA (Child and Adolescent Mind, Emotion, Lifeskill, Enrichment & Advocacy) dengan kerjasama Kelab Rotary Ipoh Selatan, Rotary Satellite Club of Metro Kuala Lumpur Syergy, Lembaga Pelawat HBUK, TiniTin Town Ipoh serta Persatuan Kebajikan Pesakit (PKP) HBUK telah menganjurkan Program Sambutan Hari Autisme HBUK 2026 bersempena sambutan Hari Autisme Sedunia dan Hari Kesihatan Mental Bayi, Kanak-Kanak dan Remaja Tahun 2026 pada 13 April 2026.

Program sambutan ini telah dilaksanakan bagi meraikan kanak-kanak Autisme di samping meningkatkan kesedaran dan memberi sokongan terhadap ibu bapa serta ahli keluarga kanak kanak yang didiagnos dengan Autisme.

Ini kerana perjalanan membesarkan anak-anak berkeperluan khas bukan sahaja bermula dari institusi keluarga, tetapi ia juga memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat, institusi badan kerajaan serta pihak badan bukan kerajaan seiring dengan tema Hari Autisme pada tahun ini - Autisme dan Kemanusiaan: Setiap Kehidupan Bernilai.

Sambutan ini juga diselangi penyampaian yang cukup bernilai daripada Dr Farah binti Ahmad Shahabuddin yang bertajuk Rumah Sebagai Ekosistem Sosial Anak Berkeperluan Khas serta wakil pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan topik pilihan pendidikan dan halatuju kanak-kanak Autisme buat rujukan para ibu bapa dalam memastikan anak-anak berkeperluan khas mendapat akses pendidikan selayaknya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah datang memeriahkan majlis sambutan ini.

Are you a psychiatrist/ clinical psychologist looking to refresh and update your psychodynamic psychotherapy skills?Or a...
10/04/2026

Are you a psychiatrist/ clinical psychologist looking to refresh and update your psychodynamic psychotherapy skills?

Or are you a psychiatry trainee/ psychology student thinking to deepen your understanding?

Or are you a medical officer interested in the foundations of psychology and the unconscious mind?

๐Ÿ’ฅ๐ƒ๐˜๐๐€๐Œ๐ˆ๐“๐„๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’ฅ is for you!

โœจExplore the art of psychodynamic psychotherapy with the theme:
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต๐˜ฉ ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ: ๐˜๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜”๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜—๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ

๐Ÿ“… 22โ€“23 June 2026
๐Ÿ“ Casuarina @ Meru, Ipoh

๐Ÿ‘‰ Learn how to understand patients beyond symptoms, build better case formulations & improve your clinical confidence

๐ŸŽ“ CPD points provided

โš ๏ธ Limited slots
โ€ข Join ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ (๐ฉ๐ฅ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ฒ ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐ฌ) OR ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ & ๐Ÿ (๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐ฐ๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ก๐จ๐ฉ)

๐Ÿ’ฐ Early bird: 14 May 2026
โณ Closing: 4 June 2026



๐Ÿ“ข [๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐] ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€ ๐”๐‹๐” ๐Š๐ˆ๐๐“๐€ ๐Ÿ“ขKami menjemput semua pelanggan/kakitangan untuk hadir ke ...
06/04/2026

๐Ÿ“ข [๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐] ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€ ๐”๐‹๐” ๐Š๐ˆ๐๐“๐€ ๐Ÿ“ข

Kami menjemput semua pelanggan/kakitangan untuk hadir ke Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 13 โ€“ 15 April 2026 (Isnin โ€“ Rabu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 Pagi โ€“ 4.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Unit Sumber Manusia, Hospital Bahagia Ulu Kinta

Apa aktiviti yang menanti anda?
Pelbagai kaunter perkhidmatan dibuka untuk memudahkan urusan anda:

๐Ÿ“‘ Semakan Buku Perkhidmatan
๐Ÿ’ป Kaunter HRMIS
๐Ÿ“… Urusan Cuti/GCR
๐Ÿ’ผ Urusan Perkhidmatan

โš ๏ธ NOTA PENTING:
Kehadiran adalah secara bergilir-gilir bagi memastikan operasi wad dan unit tidak terjejas. Kerjasama anda amatlah dihargai demi kelancaran tugas harian.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk berkongsi pandangan serta cadangan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami. Jumpa di sana! ๐Ÿ˜Š

Address

Tanjung Rambutan
Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bahagia Ulu Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Bahagia Ulu Kinta:

Share