06/07/2022
𝟏𝟎 𝐊𝐡𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐩𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧
-------------------------------------
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙀𝙣𝙚𝙧𝙜𝙮 𝘽𝙤𝙤𝙨𝙩𝙚𝙧
Lazimnya, minuman kopi ini sentiasa menjadi pilihan individu ketika bersarapan mahupun ketika ingin menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja. Kopi sememangnya sangat pop**ar dengan keupayaannya dalam memberikan tenaga atau membuatkan si peminumnya berada dalam keadaan berjaga (stay awake).
Ini adalah kerana, kopi mengandungi sejenis ‘bahan rangsangan’ yang bertindak terhadap sistem saraf pusat (central nervous system) iaitu kafein. Umumnya, kafein akan diserap kedalam salur darah dan dibawa ke sistem saraf (otak).
Seterusnya, ia akan bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosine, kompoun kimia yang menyebabkan individu berasa penat dan mengantuk . Dalam masa yang sama ia juga akan merangsang aktiviti hormon adrenaline dan menyebabkan individu berada dalam keadaan berjaga.
✅ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙨
Kandungan polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis
Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa pengambilan kopi ini adalah tanpa sebarang tambahan gula atau pemanis lain.
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙤𝙩𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙖𝙣𝙨𝙚𝙧
Kopi yang kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Seperti yang kita sedia maklum, antioksidan merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif.
Namun begitu, kajian mendapati bahawa fungsi ini hanya berkesan terhadap beberapa jenis penyakit kanser sahaja. Oleh yang demikian, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙮𝙥𝙤𝙡𝙞𝙥𝙞𝙙𝙚𝙢𝙞𝙘
Kandungan chlorogenic acid di dalam kopi didapati dapat membantu mengurangkan paras lemak di dalam tubuh individu. Ini disebabkan oleh chlorogenic acid yang mampu meningkatkan metabolisma lemak di dalam hati.
✅ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝘼𝙡𝙯𝙝𝙚𝙞𝙢𝙚𝙧’𝙨
Sebuah kajian mendapati bahawa pengambilan kopi dalam kalangan warga pertengahan usia dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer’s sebanyak 65%. Ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidan yang dimainkan oleh kopi serta peningkatan kadar sensitiviti insulin.
✅ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙋𝙖𝙧𝙠𝙞𝙣𝙨𝙤𝙣
Kafein yang terkandung di dalam biji kopi memainkan fungsi penting dalam memberi perlindungan terhadap sistem saraf. Mekanisma ini berkait dengan kandungan kafein yang dapat meningkatkan aktiviti dopaminergic.
✅ 𝙈𝙚𝙡𝙞𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙍𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙃𝙖𝙩𝙞
Kajian berpendapat bahawa kandungan antioksidan dan juga pengaktifan enzim terhadap fungsi detoks oleh hati merupakan mekanisma yang bersifat hepatoprotective. Walaubagaimanapun, pengaruh gaya hidup dan juga pemakanan turut sama mempengaruhi risiko seseorang individu terhadap penyakit hati
✅ 𝙈𝙚𝙡𝙞𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 𝙂𝙞𝙜𝙞
Minuman kopi daripada biji yang dipanggang mempunyai kadar antibakteria yang tinggi berbanding dengan biji kopi yang tidak dipanggang. Kajian mendapati bahawa kopi mampu merencatkan aktiviti Streptococcus Mutants, sejenis bakterian yang menyebabkan karies pada gigi. Walaubagaimanapun, kesan perlindungan ini adalah daripada pengambilan kopi hitam yang tidak dicampur susu sahaja
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙙𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝘼𝙠𝙩𝙞𝙫𝙞𝙩𝙞 𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣
Kajian mendapati bahawa pengambilan kafein dengan dos yang sederhana mampu meningkatkan prestasi individu ketika bersukan
✅ 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙈𝙤𝙤𝙙 & 𝙀𝙢𝙤𝙨𝙞
Kajian mendapati bahawa pengambilan kafein dalam dos yang sederhana (200-250mg) mampu meningkatkan mood dan emosi seseorang individu. Walaubagaimanapun, pengambilan yang berlebihan tidak digalakkan kerana ia mampu memberi kesan buruk seperti meningkatkan rasa gelisah [10]. Kajian yang lain p**a mendapati bahawa kesan pengambilan kopi tidak mempengaruhi individu yang mengalami masalah psikologi dan bergantung kepada ubat
------------------------------
Kesimp**an
Kopi sememangnya banyak memberi kebaikan kepada individu, walaubagaimanapun terdapat beberapa risiko yang akan dialami jika ia diambil secara berlebihan. Justeru itu, bagi penggemar kopi anda disarankan untuk mengambil kopi 1-2 cawan sehari.
Bagi individu yang mempunyai masalah penyakit kronik terutama sekali penyakit jantung dan darah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.
Diharapkan artikel khasiat kopi ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca.
kredit : https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-kopi/