12/02/2026
Alhamdulillah tahniah atas pembukaan rasmi cawangan Ipoh pada 7 Februari 2026 yang lalu. Terima kasih juga atas kerjasama Tuan dan team Biblio telah menjemput komuniti Ipoh Perak Reads untuk slot Kongsi Halaman yang membicarakan tentang buku pilihan.
Semoga terus maju jaya dalam membudayakan warga Ipoh dan sekitar Perak dengan aktiviti membaca. Terdapat banyak bahan bacaan yang disediakan dan ruang untuk aktiviti membaca dalam kumpulan boleh dilakukan di Biblio Ipoh. Jemput datang dan memberi sokongan dalam memartabatkan budaya membaca.
📍 Biblio Ipoh
23 Tingkat 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
(Berhadapan Ipoh Padang)
⏰ 10 pagi-6 petang