19/01/2026
MAKLUMAN DAN HEBAHAN !!
SILA AMBIL PERHATIAN!
BERMULA 3 FEBRUARI 2026
Klinik Kesihatan Gunung Rapat akan melaksanakan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi kes pesakit luar (kecuali kes kecemasan).
APLIKASI MUDAH & PANTAS MYSEJAHTERA
Mohon perhatian Tuan/Puan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera bagi tujuan tempahan tarikh temujanji bagi memastikan rawatan dan perkhidmatan dapat diberikan sebaiknya kepada Tuan/Puan.
Melalui aplikasi MySejahtera ini, Tuan/Puan diberi kebebasan untuk memilih tarikh temujanji mengikut keselesaan dan keberadaan Tuan/Puan selain dapat mengurangkan kesesakan klinik pada masa puncak.
Bagi Tuan/Puan yang telah menempah slot temujanji melalui aplikasi MySejahtera, keutamaan rawatan dan perkhidmatan akan diberikan, manakala bagi pesakit yang tidak membuat janji temu, mereka hanya akan diberi slot mengikut kekosongan semasa.
Mohon hebahkan !
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKAITAN HAL INI, SILA HUBUNGI TALIAN UMUM KK Gunung Rapat;
05-3115814