Adira Optometry

Adira Optometry Pusat Optometri dan Kedai Cermin Mata ( Optometry Clinical Centre and Optical Retail)

22/02/2026

“Beli kat online RM15 je Min, siap dapat free gift bekas cermin mata lagi! Nampak cantik je mata warna Ash Grey ni."

Niat asal nak melaram, tapi tak sedar anda sebenarnya sedang bermain 'Russian Roulette' dengan penglihatan sendiri. Kanta lekap berwarna murah yang dibeli online tanpa preskripsi nampak macam benda kecil, tapi risikonya boleh buat anda HILANG MATA SELAMANYA.

Pakar mata (Oftalmologis) cukup gerun bila tengok kes macam ni. Ini apa yang berlaku bila anda sumbat plastik murah dalam mata:

1️⃣ Kuman Makan Mata (Keratitis & Ulser)
Ini paling menakutkan. Kanta murah mudah mengumpul bakteria, kulat, atau parasit Acanthamoeba. Kuman ni akan 'makan' kornea (lapisan depan mata) sampai berlubang dan tinggalkan parut kekal.

2️⃣ Mata 'Lemas' Tak Bernafas
Mata kita perlukan oksigen. Kanta timbang kilo ni material dia tak jelas dan tebal. Bila mata lemas, ia jadi kering, pedih, dan mudah luka. Dari luka halus inilah kuman masuk berpusu-pusu.

3️⃣ Melecet & Calar
Anda ingat bola mata semua orang saiz sama baju free size ke? Kanta ketat akan melecetkan kornea. Kanta longgar p**a asyik bergerak dan perangkap habuk di celah mata.

4️⃣ Pewarna Luntur & Kasar
Pigmen warna pada kanta murah biasanya dibuat tak ikut standard perubatan. Permukaannya kasar macam kertas pasir halus, buat mata sentiasa merah dan gatal (alergi).

💥 TABIAT BURUK 'PAKEJ' KANTA MURAH:
Bila beli murah, common sense pun selalunya hilang.
❌ Pakai bawa tidur (overnight)
❌ Cuci kanta guna air paip atau jilat guna AIR LIUR!
❌ Tak tukar air solution berhari-hari.
❌ Paling jijik: KONGSI kanta lekap dengan kawan kawan!

🚨 BILA NAK KENA LARI JUMPA DOKTOR?
Kalau mata tiba-tiba merah menyala sebelah, sakit berdenyut kuat, silau bila tengok cahaya, keluar lelehan nanah, atau pandangan makin kabur... BERHENTI PAKAI TERUS dan pecut ke Kecemasan (ED) / Klinik Mata. Jangan tunggu esok!

Sayangilah mata. Nak pakai contact lens pergi kedai cermin mata, buat fitting dan minta nasihat Optometris yang bertauliah. Cacat penglihatan sebab nak jimat RM20 memang tak berbaloi.

19/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat. Semoga bulan suci ini membawa kedamaian, keberkatan, dan keampunan bagi kita semua 🥰

Sepanjang bulan Ramadhan, kami beroperasi pada pukul 9.30 am - 5.30 pm, setiap hari kecuali hari Jumaat tutup. Jemput datang 😉

22/01/2026

"𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐮, 𝐚𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐫𝐮... 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐚𝐛𝐮𝐫? 𝐀𝐥𝐚𝐦𝐚𝐤, 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 ‘𝐯𝐢𝐛𝐞’ 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐭𝐮! 🫣

Khas untuk warga Tambun & sekitar Ipoh, jemput datang buat pemeriksaan mata dengan Optometrist kami ! Kenapa penting untuk buat 'check-up' dengan Optometrist kami? Pemeriksaan kami bukan sekadar menentukan power kanta, tetapi kami meneliti aspek kesihatan mata secara mendalam. Daripada menilai tahap keletihan mata akibat handphone dan komputer, sehinggalah memastikan kesihatan seperti selaput mata, retina dan saraf mata anda.

🎉✨ PROMOSI TAHUN BARU ✨
Dapatkan juga promosi cermin mata bersempena tahun baru serendah pakej RM 98 termasuk pemeriksaan mata keseluruhan PERCUMA dengan Optometrist kami.

Jangan biarkan mata bekerja keras sendirian. Berikan mata anda perlindungan yang selayaknya dengan konsultasi daripada kami ! 😎

Sebarang pertanyaan :

Adira Optometry
(Buka 10.00 am - 6.30 pm, setiap hari KECUALI Jumaat tutup)

📍50, Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun, Bandar Sunway Ipoh, 31150, Ulu Kinta, Perak ; https://maps.app.goo.gl/9qfrN9pRdU977Fuv8?g_st=ipc

📱 Call / Whatsapp: https://wasap.my/60109492838



🥰 𝒯𝑒𝓇𝒾𝓂𝒶 𝒦𝒶𝓈𝒾𝒽 𝐼𝒷𝓊 𝒜𝓎𝒶𝒽, 𝒦𝑒𝓇𝒶𝓃𝒶 𝒫𝑒𝓀𝒶 𝒟𝑒𝓃𝑔𝒶𝓃 𝑀𝒶𝓉𝒶 𝒮𝒾 𝑀𝒶𝓃𝒿𝒶 👦🧒 Menurut kajian, 80% proses pembelajaran anak-anak bergantun...
08/12/2025

🥰 𝒯𝑒𝓇𝒾𝓂𝒶 𝒦𝒶𝓈𝒾𝒽 𝐼𝒷𝓊 𝒜𝓎𝒶𝒽, 𝒦𝑒𝓇𝒶𝓃𝒶 𝒫𝑒𝓀𝒶 𝒟𝑒𝓃𝑔𝒶𝓃 𝑀𝒶𝓉𝒶 𝒮𝒾 𝑀𝒶𝓃𝒿𝒶 👦🧒

Menurut kajian, 80% proses pembelajaran anak-anak bergantung kepada penglihatan mata mereka.

Sebagai contoh, jika anak susah nak fokus, lambat menyalin daripada papan putih, atau sentiasa kecilkan mata untuk melihat, berkemungkinan bukan sebab “malas”, tetapi mata mereka perlukan bantuan.

😍Tahniah & terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa prihatin dengan kesihatan mata anak anda !

🧐Belum check mata tahun ni? Jom bawa jumpa Optometrist untuk pemeriksaan mata keseluruhan termasuk saraf mata!

👓Dapatkan pakej cermin mata serendah RM 98 & promosi “Year End Sale” di Adira Optometry!👓

Sebarang pertanyaan :

Adira Optometry

📍50, Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun, Bandar Sunway Ipoh, 31150, Ulu Kinta, Perak
https://maps.app.goo.gl/9qfrN9pRdU977Fuv8?g_st=ipc

📲 Call / Whatsapp: https://wasap.my/60109492838

𝓓𝓲𝓻𝓰𝓪𝓱𝓪𝔂𝓾 𝓣𝓾𝓪𝓷𝓴𝓾Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Sembah Ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang M...
07/11/2025

𝓓𝓲𝓻𝓰𝓪𝓱𝓪𝔂𝓾 𝓣𝓾𝓪𝓷𝓴𝓾

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Sembah Ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Didoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, kekal qarar memerintah negeri serta rakyat jelata dengan adil dan saksama.

25/10/2025

𝓟𝓮𝓷𝓰𝓪𝓵𝓪𝓶𝓪𝓷 𝓫𝓪𝓻𝓾 𝓹𝓮𝓶𝓮𝓻𝓲𝓴𝓼𝓪𝓪𝓷 𝓶𝓪𝓽𝓪 ? 😎

Setiap pelanggan yang datang bukan saja dapat cermin mata baru yang trendy, tapi yang paling penting, mata anda diperiksa secara menyeluruh oleh Optometris bertauliah kami! Ini termasuklah saringan terperinci untuk mengesan masalah awal seperti selaput mata (katarak) dan pemeriksaan kesihatan saraf mata.

✨Sempena sambutan "World Sight Month" bulan ini, setiap pembelian cermin mata (RM 198 ke atas) dan pemeriksaan mata berhak mendapat hadiah percuma eksklusif! 🥳

Sebarang pertanyaan :

Adira Optometry

📍50, Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun, Bandar Sunway Ipoh, 31150, Ulu Kinta, Perak (Bersebelahan dengan Restoran Kampung Ipoh dan Sunway Office Ipoh)

📱Call / Whatsapp: https://wasap.my/60109492838

✨Salam Maulidur Rasul ✨
05/09/2025

✨Salam Maulidur Rasul ✨

✨🇲🇾Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke -68 ! ✨
31/08/2025

✨🇲🇾Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke -68 ! ✨

"Tak perlu buka, pakai je cermin mata multifocal. Boleh tengok jelas jauh dan dekat dalam satu masa yang sama, settle!" ...
25/08/2025

"Tak perlu buka, pakai je cermin mata multifocal. Boleh tengok jelas jauh dan dekat dalam satu masa yang sama, settle!" 🤭👍

Alhamdulillah, terima kasih kepada pelanggan2 kami yang menggunakan cermin mata multifocal. Mudah & selesa ! 🥰

Jangan lupa dapatkan pemeriksaan kesihatan mata menyeluruh dengan Optometris bertauliah kami, dan grab promosi sempena Hari Merdeka ! 🇲🇾




Sebarang pertanyaan :

Adira Optometry

📍50, Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun, Bandar Sunway Ipoh, 31150, Ulu Kinta, Perak (Bersebelahan dengan Restoran Kampung Ipoh dan Sunway Office Ipoh)

📱Call / Whatsapp: https://wasap.my/60109492838

06/07/2025

Anak anda mungkin rabun jauh tapi tak tahu, dan tak pandai nak mengadu. Mereka cuma kecilkan mata bila tengok jauh, duduk terlalu dekat dengan TV, atau tiba-tiba prestasi sekolah makin merosot.

Dianggarkan 1 daripada 3 kanak-kanak kini alami rabun. Malah, menjelang 2050, hampir separuh kanak-kanak di dunia dijangka rabun jika tiada pencegahan awal.

📱 Setiap 1 jam tambahan skrin → risiko rabun meningkat 21%

🌤️ Kurang masa bermain di luar → mata gagal berkembang normal

👨‍👩‍👧 Anak ibu bapa rabun → risiko lebih tinggi

Jangan tunggu anak ‘nampak pelik’ baru bertindak. Pemeriksaan mata awal sangat penting. Rabun yang tidak dikesan boleh menyebabkan mata malas, prestasi akademik menurun, dan keyakinan diri terjejas.

✨ Antara pelanggan-pelanggan terawal yang telah mendapatkan Kimisha Balance 2 ; keluaran bumiputera oleh Tuan Hakimi Nuz...
02/07/2025

✨ Antara pelanggan-pelanggan terawal yang telah mendapatkan Kimisha Balance 2 ; keluaran bumiputera oleh Tuan Hakimi Nuzihan ! Thank you for your supports ❤️

Ciri-ciri untuk Kimisha Balance 2 :

✅ Jaminan 2 TAHUN warranty

✅ Kanta auto tukar gelap (photochromic)

✅ Anti cahaya biru daripada gadjet/komputer

✅ Coating night vision

Moh dapatkan Kimisha Balance 2 sekarang ! 😎



Sebarang pertanyaan :

Adira Optometry (walk-in / booking appointment)

📍50, Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun, Bandar Sunway Ipoh, 31150, Ulu Kinta, Perak (Bersebelahan dengan Restoran Kampung Ipoh dan Sunway Office Ipoh)

📱Call / Whatsapp: https://wasap.my/60109492838


Assalamu’alaikum & salam sejahtera. Kami masih beroperasi harini sehingga pukul 5.30 pm ✨🌙Untuk makluman, kami akan mula...
29/03/2025

Assalamu’alaikum & salam sejahtera. Kami masih beroperasi harini sehingga pukul 5.30 pm ✨🌙

Untuk makluman, kami akan mula bercuti pada Ahad (30/03) sehingga Jumaat (04/04) & akan beroperasi semula pada Sabtu (05/04). Sebarang urusan & temujanji, boleh hubungi kami https://wasap.my/60109492838

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua pelanggan kami 🥰

Address

50 , Jalan SCI 1/3 , Taman Rekreasi Tambun , Bandar Sunway Ipoh , Ulu Kinta
Ipoh
31150

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30

Telephone

+60109492838

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adira Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category