20/02/2026
“Nasib baik frame tak patah…”
Kelmarin seorang customer datang dengan cermin mata multifokalnya, tak sengaja terpijak.
Tak perasan bagaimana p**a spek mata boleh terjatuh ke lantai. Rasanya dah elok letak atas almari.
Bingkai jenis separuh (half-frame) masih elok. Tapi kantanya sudah chipped di tepi sebab tekanan kuat sampaikan tali bawah bingkai terputus.
Memang selalu jadi macam ni pada bingkai separuh.
Kalau nak lens lebih tahan. Ambil high index.
Nampak ringan.
Nampak cantik.
Tapi bila jatuh atau terpijak — tekanan terus kena pada kanta.
Mujur kes ni masih boleh pasang semula.
Cuma dah sedikit longgar bahagian tersepih sebab ‘laluan’ tali sudah terbuka
Situasi macam inilah yang selalu buat saya ingatkan pelanggan,
Bila buat cermin mata multifokal, bukan kanta saja penting. Pemilihan frame pun sangat penting.
Lebih-lebih lagi untuk pemakai multifokal umur 40+, yang pakai spek dari pagi sampai malam untuk membaca, tengok telefon, kerja komputer dan memandu.
Kalau frame tak sesuai dengan cara hidup,mudah rosak… dan akhirnya terpaksa tukar semula lebih cepat.
Sebab itu di kedai kami, sebelum buat spek multifokal,kami akan bantu pilihkan:
✔ Frame ikut lifestyle
✔ Frame yang lebih stabil untuk kanta multifokal
✔ Cadangkan juga pilihan kanta multifokal premium yang lebih luas agar lebih mudah fokus, dan lebih selesa pakai lama
Supaya bila dah buat sekali…tak perlu pening tukar lagi dalam masa terdekat.
Kalau dah lama tak tukar spek, atau nak cuba multifokal yang betul-betul selesa,
boleh WhatsApp kami untuk konsultasi dulu 🤓
Gambar atas sebelum dibaiki, tali terputus.
Gambar bawah, selepas kanta dan tali dipasang semula 😇
Selagi boleh baiki, kami cuba baiki.
Cuma kini klien perlu lebih berhati-hati.