12/08/2017
MUSCARE SMART Membentuk Fikiran Menjadi Tenang.
Selepas menyedut Haruman Muscare Smart, fikiran akan menjadi tenang atau suasana "relaxing" akan berlaku. Ini disebabkan semasa proses menyedut haruman Muscare Smart, fikiran hanya tertumpu pada wangian sahaja dan terlupa kepada perkara-perkara yang lain dan menyebabkan Otak dapat berehat sebentar. Selain waktu tidur, Otak juga memerlukan rehat dalam waktu-waktu lain supaya sentiasa cergas dan cerdas.
Ketenangan teramat penting, kerana ia mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita bercakap dan cara kita mengambil sesuatu tindakan. Orang yang tenang akan sentiasa berfikiran positif. Bercakap dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan bertindak dengan pertimbangan yang berhemah. Fikiran orang yang tidak tenang p**a sentiasa bercelaru dan penuh dengan was-was. Percakapannya mudah menyakiti orang lain dan tindakan-tindakannya akan lebih memberi impak negatif.
Orang yang tenang biasanya Orang yang Berjaya! Orang yang tenang juga biasanya orang yang Lebih Sihat! Ketenangan dapat menguatkan sistem Imuniti di dalam tubuh badan, iaitu daya ketahanan melawan penyakit. Apabila kita tidak tenang, sistem imuniti badan akan lemah dan menyebabkan badan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit, termasuk gangguan saka dan gangguan makhluk halus.
Cermin mata dapat membantu kita untuk melihat dengan lebih jelas dan menahan daripada silauan cahaya matahari. Muscare 'Smart Aroma' p**a dapat membantu fikiran menjadi tenang. Kehidupan ini lebih dinikmati sekiranya diri ini sentiasa tenang.