05/05/2026
Alhamdulillah. Persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri berjalan dengan baik, lancar dan yang penting ada satu pengajaran buat anak2 darussalam untuk mereka merasai suasana rumah terbuka yang serba sederhana namun memberi makna yang mendalam pada anak2 di sini.
Bermula nya persiapan serba ringkas dengan memberi task atau tugas yg tersendiri pada anak2 melatih mereka untuk merancang sesuatu event agar semua berjalan baik dan lancar.
Beberapa guidelines di beri oleh YDP pada malam sebelum majlis bermula dan mereka dapat bekerjasama dengan baik.
Alhamdulillah dan jutaan terima kasih pada semua tetamu yang sudi datang beri senyuman pada anak2 dalam menyantuni tetamu mereka. Terima kasih pada guru2 di SK Sg. Rapat, guru2 serta pihak pentadbiran SMK Rapat Setia, jiran tetangga, penduduk kampung kg melayu, imam serta khairiah masjid, ketua kampung, Dr. Mursyid, Pegawai JKM Kinta, para wakil Maju Perak, Team Rumah Ngaji Pn Robaatun, Datin Norma Hanum, Guru2 Pendidikan Khas Rapat Setia dan semua yang hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka Asrama Darussalam. Alhamdulillah.
Menu bagi majlis ini saban tahun di bawah tanggungjawab Cikgu Musa dengan team. Terima kasih banyak2 cikgu. 💪
Segala kekurangan dan kekhilafan dari pihak kami, mohon maaf.
Moga asbab dari ini Allah berkati dan rahmati setiap yg hadir dan berkumpul kita nanti jua di syurganya Allah bersama2 dengan Baginda Rasulullah saw dalam kita cuba menyantuni anak2 yatim ini.
Wallahu a'' lam.