10/07/2019
Pada 10 JULAI 2019 (RABU), Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet telah menganjurkan satu kempen derma darah bergabung dengan pihak sekolah SMJK Sam Tet ,SMK Jalan Pasir Puteh, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu menambah bekalan darah kepada bahagian tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun di samping menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk mengambil peluang menderma darah.
Aktiviti derma darah ini melibatkan anggota persatuan sejumlah 43 orang yang terdiri daripada 25 orang ahli persatuan ,6 orang ahli VAD 7 dan 2 orang guru serta 10 orang pembantu dari SMJK Ave Maria Convent.
Pada pukul 7.00 pagi, ahli-ahli yang terlibat berkumpul di hadapan Bilik BSMM dengan berpakaian Kemeja-T BSMM. Kemudian, ahli-ahli mula membuat persediaan di dalam dewan sekolah sementara menunggu ketibaan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun. Meja-meja dan kerusi-kerusi diletakkan di dewan sekolah dengan teratur manakala kaunter-kaunter untuk pendaftaran dan kegunaan doctor turut disediakan. Ambulans dan pihak hospital tiba pada 8.00 pagi dan ahli-ahli p**a membantu mengangkat kemudahan-kemudahan derma darah dan mendirikannya di dewan sekolah.
Pada pukul 8.15 pagi ,Majlis Pembukanan dimulakan .Selepas pegawai-pegawai kerajaan dan Tuan Pengetua SMJK Sam Tet ,Encik The Eow Kok memberi ucapan ,aktiviti derma darah bermula pada 8.30 pagi. Golongan yang pertama dibenarkan masuk ke dewan ialah golongan pelajar dari sekolah lain sebanyak 130 orang pelajar .Pada pukul 12.00 tengah hari ,Tingkatan 6 diikuti dengan pelajar Tingkatan 5 SMJK Sam Tet telah dibenar masuk ke dalam dewan untuk mederma darah. Sepanjang aktiviti, pihak hospital bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan darah serta membantu pelajar-pelajar menderma darah, manakala ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia p**a memberi perkhidmatan pertolongan cemas kepada pelajar yang terlibat. Sepanjang aktiviti derma darah, tiada apa-apa berlaku. Bantuan pertolongan cemas telah diberikan kepada pesakit tersebut oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertugas.
Kempen derma darah tamat pada 2.15 petang .Ahli-ahli bekerjasama membantu pihak hospital mengemas bahan-bahan dan membersihkan kawasan dewan sekolah. Selepas itu, ahli-ahli p**ang ke rumah masing-masing.
Aktiviti derma darah pada tahun 2019 mendapat sambutan yang memuaskan daripada warga sekolah SMJK Sam Tet. Sebanyak 169 paket darah yang diderma telah diperoleh kepada pihak hospital. Ahli-ahli jawatankuasa menyanjung ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah banyak member tunjuk ajar dalam menjayakan kempen ini. Kami juga berharap agar mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.