Dr Abdullah Azzam

Dr Abdullah Azzam -Info berkaitan psikiatri
-tips penjagaan kesihatan Mental
-tips pengurusan stres
-motivasi dan pro

10/06/2023

Anda stress di tempat kerja?
Boss anda tidak memahami?
Beban kerja yang banyak dan rumit?

Bagaimana berhadapan dengan suasana tempat kerja yang TOKSIK?

Dengarkan 3 Tips ini..

3 tanda-tanda remaja mengalami tekanan emosi
06/06/2023

3 tanda-tanda remaja mengalami tekanan emosi

3 tanda-tanda remaja mengalami tekanan emosi dan ayah -guru kakak

Tips membina perasaan gembira dan menstabilkan emosi
05/06/2023

Tips membina perasaan gembira dan menstabilkan emosi

Cara nak rasa ceria hari ini!

Sorry sahabat-sahabat semua ... Sudah lama tak bersiaran ..sebelum ini sibuk dengan peperiksaan .. in sha Allaah selepas...
04/06/2023

Sorry sahabat-sahabat semua ... Sudah lama tak bersiaran ..sebelum ini sibuk dengan peperiksaan .. in sha Allaah selepas ini, akan kembali berkongsi di muka buku

"Bawalah kebahagiaan dalam hidup orang, kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita"

- Dr Azzam -

If you are depressed .. remember ..you are not alone !Seek help ... We are here for you------------------How to see a ps...
17/09/2022

If you are depressed .. remember ..you are not alone !

Seek help ... We are here for you

------------------

How to see a psychiatric doctor in the government setting :-
Step 1) Go see a doctor in primary care for assesment (eg Klinik Kesihatan/ Outpatient Department / private GP etc)

Step 2) the doctor will assess you and make a referral letter to the nearest psychiatric team if necessary.(certain psychiatric conditions can be managed in primary care)

Step 3) Bring the letter to see the psychiatric doctor in the psychiatric clinic.

--------------------

In case of emergency , for example, if patient attempted su***de /exhibits aggressive behavior ... Patient can be brought immediately to the emergency department and an urgent referral to the psychiatric team will be done.

💥Adakah anda rasa s**ar untuk mengawal kemarahan?Mari dengar  perkongsian ringkas bersama Dr Azzam bertajuk "5 TIPS MENG...
27/09/2021

💥Adakah anda rasa s**ar untuk mengawal kemarahan?

Mari dengar perkongsian ringkas bersama Dr Azzam bertajuk "5 TIPS MENGAWAL KEMARAHAN"

🦲Dibawakan khas oleh Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Permaisuri Bainun

🦲Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia 2021

and caring

Link :

Short Videos Project Bulan Kesedaran Mental 2021 Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Raja Permaisuri Bainun penyampai : Dr Abdullah Azzam Bin Abd...

Poster awal ada ralat daripada sudut masa
29/05/2021

Poster awal ada ralat daripada sudut masa

🌺🌺🌺TIPS MENGATASI RASA "DOWN" (PART 2) (BEHAVIORAL ACTIVATION) 💥Hari ini Dr nak kongsikan lagi tentang bagaimana nak kaw...
24/02/2021

🌺🌺🌺TIPS MENGATASI RASA "DOWN" (PART 2)
(BEHAVIORAL ACTIVATION)

💥Hari ini Dr nak kongsikan lagi tentang bagaimana nak kawal emosi kita dan rasa lebih positif 💪

💥Seperti yang pernah diterangkan sebelum ini, penting untuk kita faham bahawa "Emosi/perasaan" kita dipengaruhi oleh 2 PERKARA :-
1. Fikiran kita
2. Tindakan kita

Maka, ada 2 cara/teknik untuk untuk kawal emosi/perasaan kita supaya kita rasa lebih seronok,bersemangat dan positif!

🍉1. Ubah cara fikir (Cognitive Restructuring)
🍉2. Ambil tindakan (Behavioral Activation)

Kali ini , Dr hanya nak terangkan tip nombor 2 iaitu tentang BEHAVIORAL ACTIVATION
😁😁 kalau nak tahu tentang tip No.1 ..sila rujuk tulisan Dr yang terdahulu pada part 1 di link ini :
https://www.facebook.com/347542799740182/posts/355500638944398/

💥💥💥💥💥💥

DISCLAIMER:
💥sebelum tu , Dr nak ingatkan ! Kalau anda rasa anda mempunyai tanda-tanda kemurungan , dapatkan bantuan professional!rujuk posting Dr di link ini untuk mengenalpasti tanda-tanda kemurungan ..okay!😊

https://www.facebook.com/347542799740182/posts/352396709254791/

💥💥💥💥💥💥💥💥
Okay ... sekarang bagaimana nak guna teknik Behavioral Activation untuk mengatasi perasaan "down" atau "low mood"??

🍈Kalau rasa down dan tak bersemangat, terus lakukan sesuatu yang bermanfaat.Take action!. Jangan tunggu "ada mood" baru nak buat . Nanti mungkin akan terperangkap dalam kitaran "Low mood - inactivity". Contohnya , kalau seseorang bila rasa down, taknak buat apa2..then bila tak buat apa2 , rasa lebih down sebab rasa tak produktif . Ini dipanggil inward-outward approach. Maknanya ,kalau seseorang tu dia tunggu dia ada mood,baru dia nak buat sesuatu. So, akhir nya dia jadi kurang aktif, dan berterusan rasa down.

🍈Sebaliknya , amalkan outward -inward approach. Banyakkan aktiviti yang bermanfaat supaya kita rasa lebih bersemangat. So, kalau rasa down, mulakan sesuatu! Keluar berjalan kaki ke, bercucuk tanam ke , bertukang ke, baking2 ke, kemas rumah ke, murojaah ke ..take the 1st step ... ambil langkah pertama walaupun rasa berat .. buat je dulu! Just do it ...nanti perasaan seronok tu akan datang kemudian . Buat target dan matlamat , apa aktiviti yang bermanfaat yang kita nak laksanakan setiap hari ..dan commit pada aktiviti itu..ingat , take the 1st step.

🍈Antara cara juga kita nak mengaplikasikan teknik ini adalah dengan kita susun beberapa target (rutin) harian ...apa target kita setiap hari ...

Contoh , kemas katil . Paksa diri kemas katil setiap pagi .
Walaupun nampak kecil , tapi apabila kita dapat buat perkara ini pada waktu pagi , kita akan ada "sense of accomplishment" atau "rasa telah mencapai sesuatu" . Ini akan menaikkan mood kita dan kita rasa lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti harian.😊

🍈Teknik ini adalah salah satu teknik membantu mengatasi kemurungan. Konsep ini dipanggil "Behavioral Activation" .

Ini juga teknik yang saya sering tekankan kepada pesakit saya di Klinik . Anda juga boleh amalkannya untuk kehidupan yang lebih produktif 😊

Ingat , if you are depressed , get help from experts . You are not alone

Thank you

Dr Azzam


💥Kalau seorang ibu mengatakan :"Dr ... anak saya ni asyik tak duduk diam .. berlari-lari ke sana sini...5 minit pun tak ...
23/02/2021

💥Kalau seorang ibu mengatakan :
"Dr ... anak saya ni asyik tak duduk diam .. berlari-lari ke sana sini...5 minit pun tak fokus buat kerja sekolah..kita cakap dia macam taknak dengar .. tapiiii.. bila main gajet atau tengok TV , lama pulak dia duduk diam ! Saya tak pahamlaa kenapaa?!"

Persoalannya :-
💥Apakah anak itu mungkin menghadapi gejala-gejala ADHD ?
💥Kenapa bila depan TV/gajet dia duduk diam, tapi bila takde TV/gajet , dia susah nak duduk diam?
*******

Haaa... untuk memahami perkara ini , jom kita baca tulisan Dr Azzam tentang ADHD🌺🌺🌺

🍉Apakah itu ADHD ? ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder.
🗯3 ciri-ciri utama bagi keadaan ini adalah :-

🍈1. Sukar Menumpukan Perhatian (Inattentiveness)
Contohnya , kalau anda mendapati anak anda :-
- susah nak fokus siapkan kerja sekolah
- senang tertarik dengan perkara lain ketika buat kerja
- tak tumpu perhatian ketika orang bercakap dengan dia
- selalu cuai dan kerap hilang barang
- cepat lupa

🍈2. Terlalu aktif (Hyperactivity)
Contohnya , kalau anak anda :-
- tidak senang duduk diam di suatu tempat
- selalu menggerak-gerakkan tangan dan kaki apabila duduk di suatu tempat.
- asyik berlari-lari ke sana dan sini
- pergerakan yang berlebihan

🍈3. Impulsif
Contohnya , kalau seorang anak tu sentiasa nampak kelam kabut dan terburu-buru ,sering bertindak tanpa berfikir panjang, terlalu banyak cakap, s**a menyampuk perbualan orang lain dan s**ar menunggu giliran.

🌺🌺🌺Jadi , seorang anak yang mempunyai ADHD ni , masalah utamanya adalah dia s**ar nak beri perhatian dan senang hilang fokus bila buat sesuatu kerja. Contohnya , kerja yang rutin seperti kerja sekolah/mengemas rumah dan lain-lain . Tapi ,kalau depan TV/main gajet, biasanya dia dapat tumpukan perhatian.. kerana ada imej yang sering berubah-ubah di skrin itu yang menarik perhatian dia ! Bila tiada TV/gajet yang menarik perhatian dia , maka kita mungkin dapat melihat dia yang akan terlalu aktif berlari-lari ke sana sini.

🌺** Ramai orang yang menghadapi masalah ADHD juga mungkin mempunyai masalah lain seperti masalah pembelajaran, masalah mengawal pergerakan, autism, OCD, anxiety , kemurungan dan lain-lain.

🌺ADHD , kalau tidak dirawat , boleh membawa kepada masalah akademik anak-anak itu dan boleh menjejaskan pekerjaan mereka ketika mereka dewasa. Ya, ADHD boleh berlanjutan sehingga dewasa. Kebiasaannya , orang dewasa yang mempunyai ADHD menunjukkan masalah ketara dari sudut s**ar menumpukan perhatian. Ini boleh menjurus kepada mereka sering tidak menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi dan sering menangguh-nangguh kerja. In sha Allaah , nanti di kesempatan lain , saya akan kongsikan tentang ADHD dewasa dengan lebih terperinci (adult ADHD).

🌺Rawatan buat anak-anak yang mengalami ADHD yang disediakan adalah dari beberapa sudut :-
1. Psychoeducation (Pendidikan )
Penerangan yang jelas akan diberikan kepada ahli keluarga dan pesakit tentang ADHD ini dan cara-cara untuk menangani anak yang mempunyai ADHD.

2. Rawatan Tingkahlaku
Contohnya : menggunakan teknik-teknik tertentu seperti memberi ganjaran/hadiah apabila anak itu membuat satu kelakuan yang bagus .Teknik ini dipanggil "positive reinforcement". Contohnya ,

Kalau anak itu dapat fokus 5 minit buat kerja sekolah , kita tunjuk ibu jari pada dia(isyarat bagus) kata pada dia "Bagus!".

Kalau anak itu beratur mengikut giliran , kita senyum pada dia dan kata "Good!".

Kalau anak itu ikut arahan kita untuk kemas biliknya setiap hari selama seminggu , kita beri dia hadiah seperti biskut yang dia gemari.

Teknik ini untuk mendorong anak ini agar meneruskan kelakuan yang bagus di masa hadapan. Kerana itu , peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani anak-anak yang menghadapi ADHD . Dengan adanya "Latihan Pengurusan untuk Ibu Bapa"(Parent Management Training) dan "Terapi Keluarga"(Family Therapy) yang berkesan dapat membantu menambahbaik komunikasi antara ibu bapa dan anak yang menghadapi ADHD.

3. Ubatan
Bukan semua yang mengalami ADHD diberikan ubatan. Tujuan ubatan adalah untuk mengawal simptom-simptom pesakit. Ramai individu yang menunjukkan respon yang baik terhadap ubat yang diberikan seperti lebih fokus , kurang agresif, berinteraksi dengan lebih baik, kurang bertindak terburu-buru.
Antara contoh jenis ubat yang diberikan kepada sebahagian pesakit adalah ubat jenis perangsang (stimulant) seperti Ritalin (Methylphenidate). Ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi Dr setelah dinilai dan hendaklah diambil di bawah pantauan doktor.

So , tujuan Dr tulis ini untuk membantu ibu ayah mengesan kalau ada gejala-gejala seperti di atas pada anak mereka. Kalau ada , maka bawalah mereka bertemu Dr yang bertauliah untuk menilai keadaan mereka dan mendapatkan intervensi(rawatan) awal. Kebiasaannya , anak-anak yang disyaki mengalami ADHD akan dirujuk kepada Dr kanak-kanak/ Dr psikiatri untuk penilaian lanjut dan rawatan. Semoga dipermudahkan urusan anda .

Yang benar,
Dr Azzam

MENGENALPASTI ANAK YANG ADA "AUTISM". Penting 💥💥💥buat mereka yang mempunyai anak kecil Soalan : 🍈kalau anak tak berapa n...
15/02/2021

MENGENALPASTI ANAK YANG ADA "AUTISM".

Penting 💥💥💥buat mereka yang mempunyai anak kecil

Soalan :
🍈kalau anak tak berapa nak layan orang dan asyik dengan main benda sama je tiap2 hari,adakah dia ada tanda-tanda Autism?
🍈Apakah itu autism ?
🍈Macamane nak tahu kalau seseorang anak tu ada autism ?
🍈apa nak buat kalau rasa anak ada autism?

Jawapan Dr Azzam :
💥Ibu ayah biasanya orang yang paling kenal anak mereka. Kalau anaknya yang seorang tu "lain" daripada kanak-kanak lain, biasanya ibu ayah boleh perasan.

Nasihat Dr , kalau ada sebarang kebimbangan terhadap perkembangan anak anda , jangan tangguh-tangguh daripada membawanya berjumpa Dr untuk penilaian. Lebih awal kita tahu tentang sesuatu masalah , lebih awal kita dapat merancang untuk rawatan/terapi/penyelesaian. Dr yang bertauliah biasanya boleh menilai sekiranya seseorang anak itu ada autism atau masalah-masalah perkembangan lain seperti adhd dan sebagainya. Biasanya sekiranya didapati ada tanda-tanda autism , anak ini akan dirujuk untuk penilaian lanjut dan rawatan di bawah pantauan Pakar Kanak-Kanak/Pakar Psikiatri.

💥💥💥Jadi , hari ini , Dr nak kongsi tentang AUTISM supaya ibu ayah lebih cakna untuk bawa anak berjumpa Dr kalau mereka nampak ada tanda-tanda berikut pada anak mereka .

💥💥💥AUTISM ada 2 ciri-ciri UTAMA :
🌺1- KURANG INTERAKSI DAN KOMUNIKASI SOSIAL .
Contohnya ,
kalau seseorang anak tu :
-lebih gemar bermain seorang diri berbanding bermain dengan budak lain.
-tak layan bila orang bercakap dengan dia.
-tidak gemar melihat ke mata orang semasa bercakap.
-bila kita dakap dia , dia tak dakap balik
-lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain.
-bila cakap dengan orang, dia susah nak faham lenggok bahasa badan atau ekspresi wajah orang lain seperti sedih, gembira dan lain-lain.
-susah nak berkongsi permainan atau ikut giliran.

🌺2.KETERBATASAN MINAT/AKTIVITI YANG SAMA DAN BERULANG.
Contohnya , kalau seseorang anak itu :
-hanya mahu makan makanan yang sama setiap hari.
-hanya mahu pakai baju yang sama/guna cadar yang sama.
-minat buat perkara yang sama dan tak jemu walaupun buatnya setiap hari .. contoh, main permainan yang sama setiap hari , baca jadual keretapi , tengok peta setiap hari, main puzzle
-s**a menyusun barang mengikut susunan tertentu dan marah kalau susunan itu diganggu ..contohnya , sentiasa susunan kereta mainannya ikut susunan yang tertentu.
-melakukan pergerakan yang sama dan berulang seperti hayun tangan di udara dengan cara yang sama berulang kali, pusing roda kereta mainan berjam-jam dan lain lain.

💥💥💥💥

Tanda-tanda lain yang mungkin ada :
-Masalah deria (sensory perception)
Contohnya , sebahagian kanak-kanak autism mungkin s**a MENYENTUH dan DISENTUH orang lain secara berlebihan kerana mereka mahukan rangsangan sentuhan itu .

-Masalah pergerakan
Contohnya , sebahagian kanak autism ada masalah cara jalan.(contoh,berjalan jengket kaki)

💥💥💥
Orang autism biasanya lebih memberi tumpuan kepada melihat "detail"/perincian sesuatu berbanding melihat sesuatu secara menyeluruh. Mungkin kerana itu , mereka contohnya s**ar untuk memahami ekspresi wajah seseorang kerana mereka mungkin lebih fokus pada bahagian-bahagian tertentu di wajah seseorang seperti mata dan mulutnya berbanding menilai wajah itu secara keseluruhan. Kadang-kadang , dapat dilihat bakat-bakat tertentu pada sebahagian kanak autism pada perkara yang memerlukan ketelitian seperti skil matematik yang tinggi dan kebolehan menghafal yang luar biasa. Tapi , ini bukanlah bagi semua individu dengan autism . Malah, ramai individu yang ada autism mengalami masalah kekurangan upaya intelek.

Tahap AUTISM seseorang boleh berbeza di antara seorang dan seorang yang lain.
Sebahagian dari mereka yang di kategorikan sebagai "high functioning autism" boleh menjalani boleh menjalani kehidupan seperti biasa ketika dewasa contohnya boleh berkerja, membina hubungan dan bersosial.

Tetapi , ramai individu yang mempunyai AUTISM yang memerlukan sokongan sehingga dewasa.Kerana itu, sokongan dan kesedaran keluarga sangat penting bagi seorang individu yang mempunyai AUTISM sejak dari kecil hinggalah dewasa .

Mendapatkan rawatan AWAL adalah antara langkah yang penting dalam menambahbaik kebolehan seorang yang mempunyai AUTISM . Biasanya , rawatan untuk AUTISM tertumpu kepada latihan kelakuan, terapi percakapan, dan skil komunikasi dan sosial. Kebiasaannya , rawatan melibatkan banyak pas**an seperti pas**an pendidikan khas(cikgu dan sebagainya), pas**an pemulihan carakerja, dan pas**an terapi percakapan.

Pesanan Dr , sekiranya anak anda mempunyai sebahagian tanda-tanda di atas, jangan segan untuk membawanya berjumpa Dr demi untuk kebaikan anak itu supaya intervensi awal dapat dilakukan . Ibu ayah yang mempunyai anak yang mempunyai masalah AUTISM mungkin merasakan ini sesuatu yang mencabar dan sebahagian mungkin rasa stres ,boleh berbincang dengan Dr Kanak-Kanak/Dr Psikiatri anda dan mendapatkan sokongan dan kaunseling tentang penjagaan anak yang mempunyai AUTISM. In sha Allaah , kami cuba memberikan sokongan bukan sahaja pada anak , tetapi pada ibu ayah yang terlibat. Besar harapan saya agar kita dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak yang mempunyai AUTISM.

Thanks,

Dr Azzam

Address

Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Abdullah Azzam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Abdullah Azzam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category