Hijamah ، Cupping & Bekam Perak

Hijamah ، Cupping & Bekam Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hijamah ، Cupping & Bekam Perak, Medical and health, Ipoh.

Assalamualaikum.Tarikh Bekam yang boleh menyembuhkan semua penyakit.
03/12/2020

Assalamualaikum.
Tarikh Bekam yang boleh menyembuhkan semua penyakit.

بسم الله الرحمن الرحيم.

عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من احتجم لسبع عشرة، وتسع عشرة، وإحدى و عشرين، كان شفاء من كل داء.

Dari Abu Hurairah berkata :
Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang melakukan hijamah
( bekam basah ) pada tarikh 17 , 19 & 21 hari bulan ( bulan hijriah ), maka itu adalah Penawar bagi semua penyakit.
-Hadis riwayat Abu Daud-

Merujuk kepada hadis diatas, melakukan hijamah pada tarikh 17,19 & 21 haribulan hijriah merupakan " PENAWAR BAGI SEMUA PENYAKIT". Ini membuktikan bahawa hijamah mampu menyembuhkan semua jenis penyakit.
Takkan Rasulullah SAW menipu kita?
Takkan Rasulullah SAW menyuruh kita membuat perkara yang memudaratkan kita?

PERSOALANNYA disini " ADAKAH KITA BENAR2 BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW?
KALAU BERIMAN KENAPA MESTI TAKUT NAK BUAT BEKAM?
KALAU BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW KENAPA MASIH RAGU2 & TAKUT UNTUK MELAKUKAN BEKAM?
KALAU BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW,KENAPA MASIH LAGI MEMERLUKAN PANDANGAN DARIPADA ORANG LAIN UNTUK MELAKUKAN BEKAM?

TEPUK DADA TANYA IMAN.
BARU SURUH BEKAM DAH TAKUT & XYAKIN,BELUM LAGI KALAU RASULULLAH SAW AJAK KITA PERGI BERPERANG & MATI SYAHID .

HIJAMAH TERMASUK DIDALAM FARDHU KIFAYAH
28/11/2020

HIJAMAH TERMASUK DIDALAM FARDHU KIFAYAH

31/10/2020

ASSALAMUALAIKUM.
MANFAAT BEKAM DIKEPALA.

https://m.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.704647056341943/695424227264226/?type=3
28/02/2020

https://m.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.704647056341943/695424227264226/?type=3

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM

SOALAN :

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :

Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

• Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Tarjih

Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Walapun begitu, setiap orang mempunyai keselesaan dalam perubatan. Maka dengan itu, setiap orang boleh membuat pilihannya sendiri selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’ dan Islam seperti bertemu bomoh dan perubatan yang berunsur khurafat. Islam sangat meraikan dan menitikberatkan soal keselesaan setiap penganutnya agar agama ini tidak dilihat sulit dan menyusahkan kerana ini bertentangan dengan ciri-ciri agama ini iaitu memudahakan.

Penutup

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/4Drf9K

https://www.facebook.com/374254993037937/posts/824454521351313/
27/01/2020

https://www.facebook.com/374254993037937/posts/824454521351313/

بسم الله الحمن الرحيم

VIRUS CORONA VS MADU VS DOA VS HIJAMAH.

Surah An-Nahl (النّحل), Ayat: 68

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah An-Nahl (النّحل), Ayat: 69

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang MENGANDUNGI PENAWAR BAGI MANUSIA (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu befikir.

KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN DOA YANG DIAJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W:

مَنْ قَالَ : *بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ* ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ ،
وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: sesiapa yang membaca: *"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu pun dengan menyebut namaNya di bumi dan langit, dan Dialah yang Maha mendengar dan Maha Mengetahui"* tiga kali dia tidak akan ditimpa bala tiba-tiba sehingga dia berpagian, sesiapa yang membacanya ketika berpagian sebanyak tiga kali dia tidak akan ditimpa bala tiba-tiba sehingga petang. (HR Abu Daud dengan sanad hasan)

MERUJUK KEPADA AYAT 68 : ALLAH TELAH PERINTAHKAN LEBAH AGAR MEMBUAT SARANGNYA DI GUNUNG -GANANG( MADU YAMAN SIDR) ,POKOK-POKOK ( MADU TUALANG) DAN DI BANGUNAN2 YANG DIDIRIKAN OLEH MANUSIA ( MADU KELULUT).

MERUJUK KEPADA AYAT 69 ALLAH TELAH BERFIRMAN MAKAN MINUMLAH DARI CECAIR YANG KELUAR DARIPADA LEBAH YANG BERBAGAI-BAGAI WARNANYA KERANA IANYA MERUPAKAN PENAWAR KEPADA PENYAKIT.PERNAHKAH KITA SEBAGAI MANUSIA BERFIKIR DAN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI MADU? MADU ADALAH SEBAIK2 VAKSIN DAN MENJADI PENAWAR KEPADA SEGALA PENYAKIT.

MINUMLAH MADU YANG ORIGINAL DENGAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN MELINDUNGI KITA DARIPADA VIRUS CORONA INI.

06/11/2019
15/10/2019

بسم الله الر حمن الرحيم.

السلام عليكم..

Surah Al-Baqarah (البقرة), Ayat: 104

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kalamullah diatas telah pun menerangkan dengan jelas bahawa kita kena menerima segala perintah dgn sebulat hati.

Kerana ayat diataslah saya dengan pendirian saya yakin kepada Hadis Rasulullah S.A.W bahawanya semua penyakit boleh disembuhkan dgn minum madu dan bekam.

Apabila Rasulullah S.A.W bersabda semua penyakit boleh semua,ini bermaksud apa2 sahaja penyakit tidak kira Darah tinggi,Gout,Kencing Manis,Stroke,Kardiovaskular dan apa2 sahaja penyakit boleh sembuh jika minum madu dan berbekam.

Allah menyuruh kita menerima dengan sebulat hati.ini bermaksud kita wajib menerima dgn spenuhnya tanpa ada rasa ragu2 dan kalau ikutkan xperlu pun buat evidence base.tetapi jika kita boleh membuat kajian untuk menyokong dan membuktikan kemujaraban bekam basah ianya lebih bagus .yang tidak bagusnya kita buat kajian dan kita meletakkan bekam basah itu bahaya,tidak boleh dan mcm2 lagi sehingga kita lebih hebat daripada Rasulullah S.A.W .

semoga kita semua dikalangan orang yang betul2 beriman kepada Al-quran & Hadis tanpa meragui sedikit pun apa yang disampaikan kepada kita.

wallahua'lam.

04/10/2019

ASSALAMUALAIKUM.
SEMOGA ALLAH MAKBULKAN DOA KITA SEMUA.
AMINNNNNN....

Address

Ipoh
65100

Telephone

+60189784284

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijamah ، Cupping & Bekam Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram