Lecomfy Greatwork

Lecomfy Greatwork Expert in Maternity Pillow and Baby Bedding Set
Registered SSM : IP0410491-X

JAGALAH PANTANG SELEPAS BERSALIN===========================Seriau tgk ibu2 muda lepas bersalin ni.nak sihat selepas habi...
18/03/2018

JAGALAH PANTANG SELEPAS BERSALIN
===========================

Seriau tgk ibu2 muda lepas bersalin ni.
nak sihat selepas habis pantang, amalan berpantang kene jaga.

Semasa mengandung bawa kandungan 9bulan 10 hari bukannya ringan dik.
uri je dah setengah kilo, air ketuban lagi, berat bayi lagi 2-3kg kkdg ada yg lahir sampai 4kg..
Lebih berat kne ceaser.

Itu sebab orang tua dulu pantang betul2 berurut, bertungku, pilis, bekung, mandi herba, makan jamu/ herba & berstokin.
baru badan sihat
xkisahla dapat anak 10-12 orang tapi badan tetap maintain sihat.urat sendi ok.

Cara duduk & berjalan pun kene betul,
rahim masih kembang, luka bersalin baru berjahit. Masa berpantang ni la badan kene belai.
Jangan duk sibuk dlm pantang kuar shopping. Habis pantang badan dah start sakit2, badan masuk angin,& rahim kembang.
Fikirkan badan nak pakai lama, kesihatan ni lagi MAHALLL tau....

Akk pesan jek✌🏻

Sumber hamil dalam 3bulan

Betul3. Itu juga tanda pengorbanan seorang isteri 😊Tag suami tercinta..Sumber hamil dalam 3bulan
17/03/2018

Betul3. Itu juga tanda pengorbanan seorang isteri 😊
Tag suami tercinta..

Sumber hamil dalam 3bulan

Assalamualaikum selamat pagi .. :)"JOM BORAK"Ibu yang mana satu ??
17/03/2018

Assalamualaikum selamat pagi .. :)

"JOM BORAK"
Ibu yang mana satu ??

"TIPS UNTUK BAKAL AYAH"Jom tag suami masing2... πŸ™‚~ Biasakan berjaga malam ~ Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengk...
17/03/2018

"TIPS UNTUK BAKAL AYAH"
Jom tag suami masing2... πŸ™‚
~ Biasakan berjaga malam ~
Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.
~ Kejutan kasih sayang ~
Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda p**a yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.
~ Ringan tulang ~
Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.
~ Sedia untuk kotorkan diri ~
Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.
~ Dapatkan petua orang tua ~
Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.
~ Sediakan pengasuh ~
Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.
~ Belajar berhadapan dengan tekanan ~
Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!
~ Kawal nafsu ~
Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang p**a. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.
~ Pastikan tabungan mencukupi ~
Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah.
Jemput TAG rakan anda yang bakal menjadi ayah..
Semoga Bermanfaat ya ...
dah ready ke belum nak jadi ayah ni..?πŸ˜‰

62 HARI SAJA LAGI DAH NAK PUASA.... DAH GANTI PUASA?Ini TIPS UNTUK IBU HAMIL YANG NAK GANTI PUASA =)saya hamil 7 bulan.....
17/03/2018

62 HARI SAJA LAGI DAH NAK PUASA.... DAH GANTI PUASA?

Ini TIPS UNTUK IBU HAMIL YANG NAK GANTI PUASA =)

saya hamil 7 bulan.. saya nak ganti puasa untuk tahun lepas punya.. hehe.. saya dah bayar fidyah dah.. tapi puasa wajib kena ganti.. Cuma boleh ke saya berpuasa bila masuk ke trimester 3 ni? Ada apa-apa kesan ke pada baby dalam kandungan saya nanti?” - Suzana.

Haaa ada tak mommy mommy lain yang belum ganti puasa lagi??

4 bulan lebih ja lagi kita bakal sambut ramadhan.. Alhamdulillah.. =) kejap je masa berlalu..

BUKA PUASA JIKA ADA SIMPTOM INI :
Baik, selagi puasa itu tidak memudaratkan ibu mengandung, mommy boleh teruskan puasa mommy.. Katakan mommy ada simptom ni waktu berpuasa haruslah berbuka ya..
β€’ Anak kurang gerak.
β€’ Mommy mengalami morning sickness yang teruk.
β€’ Mommy mengalami dehidrasi yang teruk.
β€’ Mommy rasa menggigil, lemas dan berpeluh.
β€’ Mommy mengalami diebetis.
MOMMY TINGGAL PUASA TAHUN LALU KERANA APA?
Pihak m***i ada memutuskan bahawa, jika perempuan hamil @ menyus**an anak jika berpuasa akan kembali kepada 2 keadaan sahaja..
β€’ Kalau semata-mata bimbangkan diri sendiri, bolehlah dia berbuka dengan qadhakan puasa itu.
β€’ Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disus**annya, maka si ibu tadi bolehlah berbuka dan membayar fidyah..
DUGAAN GANTI PUASA NI 'LAIN MACAM' TAPI INGAT... MOMMY BERPUASA KERANA ALLAH =)
Sempat lagi ni mommy ganti puasa..TAPI dugaan puasa bukan bulan ramdahan ada bezanya ya.. nak maintainkan mommy tak terpengaruh untuk makan.. minta Encik Husband puasa sekali.. barulah ada motivate sikit.. hehe =)
CHECKLIST MENU BAGI IBU HAMIL KETIKA GANTI PUASA.. :

Ok jom checklist menu apa yang sesuai untuk mommy kekal sihat dan cergas walaupun mommy berpuasa.. =)
β€’ Waktu sahur tu, ambil susu dan kurma. Ini membantu mommy menjana tenaga sepanjang hari.
β€’ Ambil karbohidrat yang lebih seperti nasi dan roti.
β€’ Makan makanan berasaskan protein seperti daging, ayam, ikan atau kekacang.
β€’ Lebihkan sayuran, buah-buahan dan ulaman.
β€’ Kurangkan minuman manis, terutama yang ada kaffein. NO!
β€’ Kurangkan pengambilan makanan berempah dan pedas kerana ia mungkin menyebabkan pedih perut.
β€’ Kurangkan makanan berminyak dan berlemak untuk mengelakkan sakit pedih ulu hati dan bertambah berat badan.
β€’ Minum air kosong secukupnya.

GOOD LUCK MOMMY!

Sumber hamil dalam 3bulan

Patutlah ibu hamil sentiasa sakit pinggang... pedih ulu hati & penat yang amat masa mengandungkan πŸ˜”Rupanya ini perubahan...
15/03/2018

Patutlah ibu hamil sentiasa sakit pinggang... pedih ulu hati & penat yang amat masa mengandungkan πŸ˜”

Rupanya ini perubahan dia sepanjang mengandung.... Allah.. segalanya macam ditekan tekan... tengok pun sakit rasa.. apatah lagi kudrat isteri & ibu yg lalui semua ni 😭

Tak semua lelaki akan faham semua nie kan 😌

Encik suami rajin2 urut isteri ye..

ANDA TERKENA MORNING SICKNESS YG TERUK?? MEH BACA NI 😊😊Untuk wanita hamil yang kerap loya. Tidak perlu cari asam jeruk y...
15/03/2018

ANDA TERKENA MORNING SICKNESS YG TERUK?? MEH BACA NI 😊😊

Untuk wanita hamil yang kerap loya. Tidak perlu cari asam jeruk yang tidak memberi manfaat kesihatan. Anda boleh mengurangkan perasaan loya anda dengan mengurut titik setempat yang ditunjukkan. Urut kedua-dua sisi anggota badan selama 1 minit (setiap titik). Tidak perlu semua titik, pilih satu atau dua titik yang sesuai dengan anda. Ianya dijadikan amalan, insylh nmpk hasilnya. Bolehkah si suami p**ak yang loya mengamalkan titik ini? Jawapan saya, boleh!
Lain-lain yang boleh mengurangkan rasa loya ialah pengambilan yogurt, air lemon, B Complex (ada kandungan B6), biskut cracker, air halia, teh peppermint dan minum air banyak. Kurangkan juga makanan berminyak, berlemak dan manis. Sebenarnya senaman pernafasan juga boleh mengatasi perasaan loya.
Silakan share.. Semoga bermanfaat 😊

Jangan Marah Anak Banyak TanyaDulu saya paling tak s**a kalau Maryam Soolihah ni dah mula bertanya. Pertanyaan dia berma...
17/01/2018

Jangan Marah Anak Banyak Tanya
Dulu saya paling tak s**a kalau Maryam Soolihah ni dah mula bertanya. Pertanyaan dia bermacam macam dan pelik pelik p**ak tu!
Tepuk dahi!
Paling teruk kalau si Maryam Soolihah ni dah mula tanya tanya masa saya tengah serabut buat kerja. Pening dibuatnya!
Pernah hampir saya nak tengking supaya si Maryam ni berhenti bertanya tapi tiba-tiba saya teringat balik ilmu parenting tentang anak yang s**a bertanya.
Rupanya anak yang banyak bertanya ni tengah kuat INSTINCT OF LEARNING nya. Masa ni perkembangan sel otaknya tengah laju! Laaa rupanya anak saya tentang buat proses ACTIVE LEARNING!
Dengan bertanya tu la sebenarnya anak kita tengah kumpul maklumat dan pengetahuan tapi kita kita p**ak anggap anak kita annoying dan membebankan! Ya Allah! Maafkan Abi anakku!
Kalau kita tengking dan marah instinct of learning tu tadi akan mula tumpul dan berkurangan, masa tu anak akan jadi makin tak berminat untuk bertanya dan akhirnya perkembangan ilmunya jadi tak optimum dah macam dulu!
stress anak bertanya ni sebenarnya ujian. InsyaAllah yang lepas ujian ni la nanti akan dapat anak yang pandai pandai..aminn
C/p Taufiq Razif
Abi Yang Takkan Marah Lagi
Anak Bertanya

PENGORBANAN SEORANG IBU..Pengorbanan mereka bukan seketika, bukan sementara, tiada tempoh waktunya. Malah pengorbanan me...
16/01/2018

PENGORBANAN SEORANG IBU..
Pengorbanan mereka bukan seketika, bukan sementara, tiada tempoh waktunya. Malah pengorbanan mereka selagi hayat dikandung badan. Selagi anak dalam tanggungan.. Hebatnya Ibu..

Nak tau anak ikut perangai siapa? Baca ni. Peringatan buat Mama dan Papa. Take noted ya. 😊Sumber : pakarhamil_malaysia
16/01/2018

Nak tau anak ikut perangai siapa? Baca ni. Peringatan buat Mama dan Papa. Take noted ya. 😊
Sumber : pakarhamil_malaysia

Address

10, Jalan SCI 1/10
Ipoh
31150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lecomfy Greatwork posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram