12/10/2022
Makanan Untuk Mudah Hamil
1. Pisang – Pisang kaya dengan vitamin B6 yang membantu menstabilkan hormon. Jika anda kurang B6, kitar haid anda akan tidak menentu, sekaligus menyebabkan telur tidak berkembang dengan baik.
2. Asparagus – Asparagus kaya dengan folic acid, yang membantu perkembangan proses pensenyawaan yang sihat.
3. Badam – Minta suami makan badam kerana vitamin E di dalamnya membantu sperma menjadi lebih sihat. Vitamin ini juga adalah antioxidan yang membantu memelihara DNA sperma dan telur.
4. Telur Ayam – Sebaik-baiknya makan telur ayam kampung. Wanita yang sukar hamil selalunya kurang vitamin D dalam badan. Dapatkan vitamin D anda dari telur. Kajian Universiti Yale mendapati di kalangan wanita yang sukar hamil, 93 % mempunyai kadar vitamin D dalam badan yang rendah dari yang sepatutnya. Telur ayam kampung adalah antara sumber vitamin D semulajadi yang diperlukan badan anda.
5. Buahan citrus – Lelaki yang mendapat 1,000 mg vitamin C dua kali sehari didapati mempunyai kiraan sperma lebih tinggi dan sperma yang lebih kuat untuk bergerak ke arah telur. Vitamin ini juga membantu memperbaiki hormon wanita.
6. Ikan – Makan ikan untuk mendapatkan lemak “fatty acid”. Asid lemak di dalam ikan bukan sahaja penting untuk menyihatkan sistem produksi wanita tapi juga untuk kesihatan sperma lelaki.
7. Kacang p*s – Kacang p*s kaya dengan zink. Apabila zink dalam badan mencukupi, kualiti sperma akan meningkat. Untuk wanita, kekurangan zink menyebabkan hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang.
8. Tofu – Zat besi dalam tofu sangat penting untuk memastikan tubuh wanita bersedia. Kurang zat besi dalam badan menurunkan kadar kehamilan sebanyak 60%.
9. Buah Tin – Buat yang bentuknya seperti kerandut lelaki ini, mempunyai jumlah zink yang tinggi yang membantu kesuburan lelaki. Ia juga menambah keinginan syahwat lelaki.
10. Ambil folic acid — Mereka yang mempunyai masalah kurang zat dalam tubuh atau mempunyai penyakit celiac, mungkin berpeluang cepat hamil dengan menambah supplemen folic acid dalam diet mereka. 400 mcg sehari adalah nilai yang disyorkan pakar perubatan.
11. Ambil multivitamin – Multivitamin mungkin membantu menambah zat dalam badan yang kurang. Cari multivitamin yang mempunyai sekurang2 nya 400 mcg asid folik dan 40 mg zat besi.
12. Minta suami ambil multivitamin – lelaki juga memerlukan asid folic dan zat besi, walaupun kadarnya tidak setinggi wanita.
13. Ambil kuaci (pumpkin seed) – 1 aun kuaci mengandungi 4.3 mg zat besi. Kacang lain seperti cashew juga bagus dijadikan snek.
14. Minum air yang bertap*s – Ini untuk mengurangkan bahan kimia berbahaya seperti racun rumput dan serangga yang larut di tanah dari diminum. Racun yang larut dalam tanah mengurangkan sperma dan menyebabkan keguguran.
Semoga bermanfaat ❤