17/01/2026
Alergi kacang boleh membawa maut?
Manifestasi alergi kacang ini boleh bermula dari tahap yang ringan hingga ke tahap yang teruk.
Yang mana tahap yg ringan adalah respon tubuh pada kulit sewaktu peradangan sehinggalah ke yang berat iaitu mengancam nyawa.
Gejala biasanya setelah pengambilan sejumlah kecil kacang tanah.
👉Tindak balas ini lazimnya dapat dilihat dibahagian mata, mulut, kulit, usus dan paru-paru. Ia berlaku selepas makan atau satu jam selepasnya.
Gejala:
- Kulit berbintat, gatal dan kemerahan
- mata berair
- Bibir bengkak dan mulut terasa gatal
- tekak merasa sempit
👉Ataupun tindak balas alahan yang serius adalah anafilaksis!
Tindak balas ini berlaku secara tiba-tiba dan serius ke atas kulit, paru-paru, usus, jantung dan saluran darah.
Yang mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan koma atau kematian
✅Oleh itu, dapatkan rawatan doktor dengan segera dan ikut nasihat doktor mengenai ubat untuk merawat alahan.