
11/09/2023
Kalau masak Chicken Perattal ni, jiran-jiran comfirm tegur. Wangi & bau sedap mcm dekat restoran.
CARA MASAK AYAM PERATTAL @ CHICKEN PERATTAL
BAHAN-BAHAN:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika s**a @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Klik disini untuk resipi penuh:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap utk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari.
4. Dan juga bahan kisar tadi.
5. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
6. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
7. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
8. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
9. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
10. Empunya resipi tidak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
11. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
12. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam