11/04/2026
โจ ๐ ๐ผ๐บ๐ฒ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ถ ๐ฃ๐๐ฆ๐ โจ
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di PCSH jelas terasa apabila warga staf, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Lembaga Pelawat serta para doktor bersama-sama meraikan momen istimewa pada 10 April 2026 dalam suasana penuh mesra dan keceriaan.
Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional seperti Nasi Minyak, Ketupat Lemang dan aneka kuih-muih, serta gerai makanan yang menyajikan Satay Ayam, Roti John dan Ais Batu Campur (ABC) cukup menggamit selera dan menceriakan suasana.
Lebih bermakna, majlis dihidupkan dengan dendangan lagu-lagu Hari Raya oleh staf-staf berbakat PCSH yang menambahkan lagi seri dan warna-warni sambutan.
Turut memeriahkan suasana, Mr. Nicholas Chan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meluangkan masa beramah mesra bersama staf, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja.
Sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi satu momen berharga yang memperkukuh kebersamaan dan keakraban dalam keluarga besar PCSH. ๐โจ