Dr Muhamad Danial Bin Salim Kesihatan Awam Public Health

Dr Muhamad Danial Bin Salim Kesihatan Awam Public Health Dr. Muhamad Danial bin Salim (MD, MPH, DrPH UNIMAS). Pakar Perubatan Kesihatan Awam

29/01/2026

Moh dengo kome tentang chikungunya bukan buah ciku.

Tapi hujungnya bende paling penting penyakit ni berkait rapat dengan Nyamuk Aedes. ate kome seminggu sekali pastikan sebelum menyongket ke sana - sini, kome ronda keliling romah tu cari bekas yang menakung ayo, buangkan. Kalu guna ayonya tutupkan le bekas tu. Tak pun bubuh le ubat jentik - jentik

Di celah pengalaman para senior, kita menemui kompas untuk hari esok. Belajar daripada cara mereka, namun membina diri d...
28/01/2026

Di celah pengalaman para senior, kita menemui kompas untuk hari esok. Belajar daripada cara mereka, namun membina diri dengan cara kita—itulah seni dalam kematangan profesional. Kita bukan sekadar bekerja; kita sedang membina jambatan untuk para penerus.

​Teruslah menonjolkan qudwah yang baik, kerana mata generasi masa depan sedang memerhati. Akhirnya, setiap keringat dalam lapangan kesihatan awam ini adalah bentuk pengabdian amanah kita sebagai hamba-Nya.

Terima Kasih Dato' !

APA ITU KESIHATAN KELUARGA? 👨‍👩‍👧‍👦🩺​Ramai yang bertanya, apa sebenarnya skop "Kesihatan Keluarga"? Adakah ia sekadar me...
26/01/2026

APA ITU KESIHATAN KELUARGA? 👨‍👩‍👧‍👦🩺

​Ramai yang bertanya, apa sebenarnya skop "Kesihatan Keluarga"? Adakah ia sekadar merawat demam selsema di klinik?
​Secara teknikalnya, ia jauh lebih luas.

Mengikut definisi kesihatan, ia merangkumi kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial — bukan sekadar bebas daripada penyakit. Kesejahteraan ini dipengaruhi oleh faktor pendidikan, ekonomi, persekitaran, genetik, dan tabiat.

​🌱 Pendekatan "Life Course" (Sepanjang Hayat)

Keluarga adalah satu unit dinamik yang berkembang mengikut masa. Bermula daripada persenyawaan di dalam rahim sehinggalah ke akhir hayat:
​🤰 Kesihatan Ibu: Memastikan kehamilan yang selamat.
​👶 Kesihatan Bayi & Kanak-kanak: Pemantauan tumbesaran dan imunisasi.
​🏫 Kesihatan Remaja: Termasuk Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
​👩‍💼 Kesihatan Dewasa: Fokus kepada lelaki dan wanita produktif.
​🧓 Kesihatan Warga Emas: Penuaan sihat dan berkualiti.
​♿ Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU): Pemerkasaan dan sokongan

​🎯 Strategi Intervensi: 4 Peringkat Pencegahan

Bagi memastikan setiap fasa hayat ini terjaga, kami gerakkan strategi berfokus mengikut tahap pencegahan (Stages of Prevention):

​🏗️ Pencegahan Primordial & Primer: Kita bermula sebelum penyakit wujud lagi. Melalui advokasi persekitaran sihat dan amalan gaya hidup, kita cegah kemunculan faktor risiko. Contohnya: Pendidikan pemakanan seimbang dan program imunisasi untuk membina imuniti kelompok.

​🔍 Pencegahan Sekunder (Saringan & Diagnosis Awal): Bagi mereka yang berisiko, saringan dilakukan bukan untuk menunggu sakit, tetapi untuk mendapatkan diagnosis awal. Contohnya, saringan Kanser Serviks (Pap Smear/HPV DNA). Jika dikesan awal, rawatan segera dapat diberikan dan peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah sangat tinggi.

​🛡️ Pencegahan Tertier (Kawal & Rehabilitasi): Bagi yang sudah mempunyai penyakit (seperti Diabetes atau Darah Tinggi), fokus kita adalah pengurusan yang sistematik. Tujuannya agar penyakit sentiasa terkawal, meminimumkan kesan penyakit, dan paling penting — mengelakkan komplikasi atau hilang upaya yang lebih serius.

​🤝 Sinergi Pasukan Multidisiplin

Di Kesihatan Keluarga, kami adalah sebuah pasukan besar. Daripada Pakar Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Farmasi, hinggalah ke rakan sokongan seperti Pemandu dan Pekerja Pembersihan, semua memainkan peranan.
​Semua ini memerlukan pengurusan sistematik melalui elemen 4M (Man, Money, Material, Method) demi memastikan tiada rakyat yang dipinggirkan.

​🚀 Fasa Baharu: Perjalanan di PKD Kinta
Mulai 19 Januari 2026, saya telah memulakan amanah baharu sebagai Pegawai Kesihatan Pembangunan Kesihatan Keluarga.

​Mohon doa rakan-rakan semua agar perjalanan ini dipermudah demi kesejahteraan warga Kinta. Buat Team Kinta, mari kita harungi cabaran ini bersama. Azam saya adalah untuk memfasilitasi setiap keperluan dan perancangan anda agar perkhidmatan kita berjalan lancar.

​Team Kinta Boleh! ✊

​Dr. Muhamad Danial bin Salim
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
(Pembangunan Kesihatan Keluarga, PKD Kinta)

DENGGI TIDAK MEMILIH MANGSA: SAATNYA KITA BERSATU PADU! 🦟🚫​Saban hari, kes Denggi terus mencatatkan angka yang mencabar....
25/01/2026

DENGGI TIDAK MEMILIH MANGSA: SAATNYA KITA BERSATU PADU! 🦟🚫

​Saban hari, kes Denggi terus mencatatkan angka yang mencabar. Namun, ada satu perkara yang kita perlu sedar: Nyamuk Aedes tidak pernah bertanya apa bangsa kita, apa agama kita, mahupun apa ideologi politik kita sebelum ia menggigit.

​Denggi adalah ancaman sejagat. Isu ini melangkaui segala perbezaan. Apabila kesihatan komuniti terancam, ia adalah tanggungjawab kita bersama.

​🔴 Musuh di Dalam Selimut: Realiti Persekitaran Kita

Tahukah anda? Kebanyakan tempat pembiakan nyamuk hari ini adalah man-made (buatan manusia). Tabiat harian kita tanpa sedar telah mencipta "syurga" buat Aedes.

​Apa yang lebih menakutkan, spesies Aedes aegypti iaitu salah satu spesis aedes yang hidup dan tinggal bersama kita di dalam rumah bersama kita. Hasil pemantauan di lapangan mendapati pembiakan aktif berlaku di tempat yang kita anggap remeh:
👉​Takungan air Air Cooler.
👉​Lopak air di bawah pasu bunga dalam rumah.
👉​Bekas tadahan air penapis air (water filter).
👉​Mangkuk tandas yang jarang digunakan.
👉Pasu bunga di dalam rumah
👉bekas dibawah sinki dapur. air bertakung kerana paip bocor.
dan banyak lagi

​🤝 Komuniti Adalah Kunci Utama
Usaha pihak berkuasa sahaja tidak mencukupi jika kita sebagai masyarakat tidak mengubah habit. Kita perlu "Community Involvement" yang total. Kebersihan persekitaran bukan sekadar tugas pekerja pembersihan, tapi ia adalah benteng pertahanan pertama keluarga kita.

​✨ Kempen 10 Minit Seminggu: Jom Bertindak!

Saya ingin mengajak diri saya dan setiap daripada anda untuk meluangkan masa hanya 10 MINIT SEMINGGU.

​Cari dan musnahkan sebarang takungan air.

​Pastikan bekas penapis air dan air cooler sentiasa kering/dibersihkan.

​Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik jika perlu.

​Hanya 10 minit, namun impaknya mampu menyelamatkan nyawa anak-anak dan jiran tetangga kita.

​Mari kita ketepikan perbezaan, rapatkan saf, dan jadikan persekitaran kita sifar Aedes. Kesihatan anda, tanggungjawab kita semua.

​Dr. Muhamad Danial bin Salim
Pakar Perubatan Kesihatan Awam

🤰Penjagaan Tanpa Henti: Dari Womb to Tomb👴​Dalam dunia kesihatan keluarga, kami memegang satu prinsip yang sangat mendal...
23/01/2026

🤰Penjagaan Tanpa Henti: Dari Womb to Tomb👴

​Dalam dunia kesihatan keluarga, kami memegang satu prinsip yang sangat mendalam: "From Womb to Tomb" — bermaksud penjagaan yang bermula dari rahim sehinggalah ke liang lahad. Setiap fasa kehidupan mempunyai warna dan cabarannya yang tersendiri.

​Sebagai pakar kesihatan awam, tugas kami bukan sekadar merawat penyakit, tetapi meneliti setiap fasa usia untuk mengenal pasti risiko dan memberikan intervensi yang tepat sebelum masalah menjadi parah.

🎯​Fokus 2026: Memperkasa Warga Emas di Akar Umbi

​Pagi ini, 23 Januari 2026, saya berpeluang mempengerusikan mesyuarat bersama pasukan kesihatan warga emas yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Jururawat yang berdedikasi.

​Fokus utama kami adalah Klinik Desa.

​Langkah kami bukan sekadar saringan biasa, tetapi penilaian menyeluruh (head-to-toe) yang merangkumi:

👉​Saringan Risiko Jatuh: Menilai tahap mobiliti dan keselamatan persekitaran.

👉​Kesihatan Mental & Kognitif: Saringan awal daya ingatan (demensia) dan risiko kemurungan.

👉​Intervensi Bersasar: Hasil saringan akan disusuli dengan tindakan seperti pendidikan kesihatan khusus, advokasi pencegahan kecederaan, dan pelan rawatan mengikut keperluan individu.

😃​Visi & Harapan Baru
​Dalam mesyuarat pertama tahun ini, saya telah kongsikan visi saya: kita perlukan gerak kerja yang teratur dan impak yang bersasar. Kesihatan warga emas bukan sekadar menambah angka usia, tetapi memastikan kualiti hidup mereka tetap terjaga (adding life to years, not just years to life).

​Harapan saya untuk tahun 2026 ini:
Semoga sistem kesihatan kita terus mampan dan inklusif. Saya mahu melihat setiap warga emas di komuniti kita merasa dihargai, dijaga, dan mampu meniti usia emas dengan sihat serta bermaruah.

​Selamat melangkah ke fasa baru yang lebih sihat!

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Jalan Aman
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Muhamad Danial Bin Salim Kesihatan Awam Public Health posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram