10/12/2025
Ramai tak perasan… tapi berita hari ini sebenarnya sangat besar kesannya kepada semua pemegang medical card di Malaysia.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang teliti pindaan Akta 586 — undang-undang yang kawal caj hospital swasta.
Kenapa penting?
Sebab inflasi kos kesihatan di Malaysia sedang naik dengan sangat laju.
Bila hospital naikkan caj rawatan, ubat, prosedur, konsultasi… siapa yang paling terkesan?
👉 Pelanggan medical card.
👉 Operator takaful dan insurans.
Akhirnya, semua orang kena tanggung — termasuk caruman yang naik setiap beberapa tahun.
Punca utama premium naik selama ini?
Hospital overcharge.
Caj tak standard.
Prosedur yang tak sepatutnya.
Ubat premium walaupun tak diperlukan.
Sebab itu berita hari ini penting.
Jika KKM berjaya tetapkan kawal selia caj hospital:
✔ kos rawatan lebih terkawal
✔ caj tak munasabah dapat dibendung
✔ tekanan kenaikan premium medical card boleh berkurang
✔ proses tuntutan lebih telus
✔ pelanggan lebih dilindungi daripada caj keterlaluan
Ramai fikir isu “premium naik” datang dari insurans/takaful semata-mata…
Padahal kos rawatan yang melambung adalah punca sebenar.
Sektor ini saling bergantung.
Kalau hospital mahal → tuntutan mahal → premium terpaksa naik.
Jadi bila kerajaan mula campur tangan untuk kawal caj hospital swasta, ini sebenarnya berita baik untuk semua yang ada medical card — sekarang dan masa depan.
Kerana perlindungan kesihatan bukan tentang siapa paling murah, tapi siapa dapat bertahan dalam sistem kesihatan yang semakin mahal.
kredit humaizi