Wak Lempeng

Wak Lempeng Warung Lempeng Hujung Minggu. Ada Nasi Ambeng juga. Selain Kopi 434 dan Lontong Darat.

Terima kasih banyak Influencer terkenal Niigata, Japan :  Sis Zunita Ramli  sudi luangkan masa singgah ke Wak Lempeng.Bo...
29/09/2025

Terima kasih banyak Influencer terkenal Niigata, Japan : Sis Zunita Ramli sudi luangkan masa singgah ke Wak Lempeng.
Bonusnya beliau sudi membuat review perihal kami dan Kupi Lensa.
Begitulah orang hebat.
Kita belajar dari belakang untuk menjadi hebat juga seperti beliau dengan izinNya.
Wak,
Budak Masih Belajar.

28K Followers, 1,949 Following, 769 Posts

Selalu Wak terangkan pada anak anak supaya santuni tamu dan pelanggan sebaiknya sebab :1. tanda syukur pada Allah yang t...
05/09/2025

Selalu Wak terangkan pada anak anak supaya santuni tamu dan pelanggan sebaiknya sebab :
1. tanda syukur pada Allah yang telah gerakkan hati hati pelanggan kita lepas bangun pagi selesai semua ibadah dan urusan, mereka nak sarapan ke Wak Lempeng.
2. Nak siapkan keluarga untuk keluar dari rumah bukan senang. Lagi lagi yang ada anak kecil. Dengan nak kejut bangun pagi lagi. Nak siapkan keluarga lagi. Nak jaga mood lagi. ( Bukan semua ahli keluarga nak makan menu Jawa )
3. Mereka datang ada dari jauh ada yang dari dekat. Mereka memandu kenderaan dalam keadaan pelbagai risiko berlaku. Alhamdulillah mereka selamat sampai ke Wak Lempeng dengan izinNya.
4. Mereka datang nak makan dan mereka bayar apa yang mereka order. Jadinya mereka terpaksa bekerja keras untuk membuat peruntukkan kewangan demi dapat sarapan di luar. Maknanya mereka bertungkus lumus bekerja makan gaji/biz dan hasil titik peluh itu mereka ambil sebahagian untuk makan di Wak Lempeng.
5. Bukan senang nak meyakinkan ahli rombongan yang nak sarapan pagi ke Wak Lempeng. Lokasi kami jauh dari kawasan kawasan utama perniagaan. Sudah tentu ia memerlukan satu pengorbanan tinggi untuk ke Wak Lempeng.
Nota :
Kami sangat sangat menghargai kesudian kalian semua meluangkan masa singgah dan menjamu selera di Wak Lempeng.
Wak,
Lembah antara 2 Gunung.

Mungkin kisah yang agak panjang yang bakal ditulis.Bacalah dengan hati yang terbuka.Mungkin sebahagian dah tahu, kami be...
09/07/2025

Mungkin kisah yang agak panjang yang bakal ditulis.
Bacalah dengan hati yang terbuka.
Mungkin sebahagian dah tahu, kami bermula dengan branding Anjung Karat : Dengan niche Restorasi Perabot Lama dan Antik.
Ia sebuah branding yang mana perabot perabot lama dan antik yang mungkin dah jadi tempat ayam mengeram, kami buat proses restorasi dan pelanggan boleh melihat hasilnya sendiri. Dari perabot usang terperosok di belakang rumah, kini mereka berbangga meletak perabot berlabel : Restored by Anjung Karat itu di ruang tamu rumah mereka.
Makin lama makin ramai yang mula mengenali branding kami.
Itu semua atas bantuan kenalan dan taulan.
Yang kemudiannya atas pertambahan tetamu dan pelanggan yang hadir di lokasi Anjung Karat, kami ambil pendekatan kami jamu mereka dengan apa yang ada di dapur rumah kami. Ini semua adalah didikan arwah Mak dulu yang menekankan, tamu datang wajib kita jamu.
Masa berlalu, ada tamu yang sanggup order nak makan sambil menjamu mata melihat barang lama dan antik. Malah mereka sanggup bayar berapa sahaja asal kami sanggup masak untuk mereka.
Maka lahirlah branding Anjung Karat Cafe : Home based Cafe yang berkonsep pre order.
Masa berlalu lagi, yang dulunya Anjung Karat adalah main biz kami, bertukar Anjung Karat Cafe p**a menjadi fokus.
Kami rasa sangat dihargai, sebabnya kami mula kenal ramai pelanggan dan tamu.
Malah ramai antara mereka berkongsi cerita dan kisah, malah ramai yang berkongsi tips bagaimana mahu tambah nilai sistem Cafe kami.
Akhirnya, boom meletop Anjung Karat Cafe kami selepas mendapat slot 28 minit di Majalah 3.
Huru hara kami sekejap. Mana kami mampu nak melayan panjang berjela mahu booking slot makan.
Akhirnya lahirlah Wak Lempeng sebuah gerai kecil tepi jalan hasil kolaborasi dengan Ismail Pak Mae Bedu sahabat dan kenalan baik kami.
Wak Lempeng ini asalnya gerai berkonsep boleh walk in tapi tiada dine in. Hanya boleh tapau.
Namun pelanggan Anjung Karat Cafe tetap mahu slot mereka. Mereka s**a makan secara eksklusif.
Maka, sessi pagi kami buat slot sarapan pagi secara walk in : khas untuk pelanggan Wak Lemepng.
Kemudian untuk lunch, hi tea dan dinner kami buka slot pre order untuk pelanggan Anjung Karat Cafe.
Itu pun tak menang tangan.
Akhirnya kami re branding semua dalam Wak Private Kitchen.
Sebenarnya begini...
Kami sebaik mungkin mahu santuni semua pelanggan kami.
Kami berterima kasih pada semua yang support kami sejak dulu, mewar warkan kewujudan kami, walau dah 3x berpindah.
Terima kasih pada PakcikLocation Tuan Mohd Huzairi Kassim yang membantu Wak selama ini untuk sistem teknikal Google.
Cuma ada isu isu di luar jangkauan, contohnya :
Kalau sabtu ahad, kami terpaksa letak menu habis, letak signboard menunggu 45-60 minit dan pelbagai SOP mak nenek, semata untuk menyantuni seluruh pelanggan kami dengan selesa.
Pun begitu, masih ramai yang sanggup menunggu walau lokasi kami tak ada kipas, panas, ayam entah dari mana datang berkeliaran, ada yang nak bertelur masa pelanggan datang, ada yang komplen dengan kenalan kami, lokasi kami bau hasil kumbahan kucing ( walau kami tak bela hatta seekor pun kucing ). Kami ambil maklum dan tambah baik semampunya kami.
Pelbagai macam review dan komplen serta komen yang kami terima dan kami cuba hadam.
Kalau ikut hati, mahu sahaja kami kembali kepada slot pre order sahaja seperti sebelum ini, eksklusif pada pelanggan yang memang sanggup menunggu masuk Q.
Tapi terkadang, kalau kami sedang kemas belah petang pun, ada sahaja kereta masuk bertanya menu. Ada yang kata isteri mengidam, ada yang kata untuk mak yang terlantar di rumah, ada yang katanya mak di wad hospital teringin makan lempeng, jadinya nak tak nak, sistem walk in pun kena jalan serentak.
Cuma 1 harapan kami, lokasi kami bukan kedai makan.
Ya, kami bukan kedai makan.
Terang terang kami tulis di papan Selamat Datang rekaan Tuan Zaid Diaz : Selamat Datang ke Tapak Semaian.
Ya, lokasi kami adalah Tapak Semaian.
Tapak Semaian apa?
Tapak Semaian Jiwa.
Sebuah lokasi kecil yang cuba menyajikan masakan lama tradisional supaya kalian boleh hadir, makan dengan tenang dan berukhwah sesama kita.
Mungkin ada cerita yang kalian bawa, kami tadahkan telinga sebagai halwa telinga.
Ya, 99% pelanggan kami di Anjung Karat Cafe adalah pakar bercerita, kenalah dengan sifat Wak yang pendiam.
Harapnya para pelanggan kami faham akan konsep kami di Wak Lempeng.
Kami bukan kedai makan, kami adalah Pusat Semaian Jiwa.
Wak,
Lembah antara 2 Gunung.

Harap Maklum
30/05/2025

Harap Maklum

17/05/2025

Aeril Zafrel & Wawa Zainal suami isteri ketika menjamu selera di lokasi kami.
Terima kasih Tuan Hendri Helmi atas moment yang luarbiasa ini
Tangan emas Tuan Hendri untuk sessi shoot ini memang awesome.
Pakai hp tapi hasil macam guna kamera mahal

Terkadang malu juga nak jawab pada pelanggan :1. Kenapa menu cepat sangat habis. Masak lah lebih sikit.2. Kenapa tak sed...
16/05/2025

Terkadang malu juga nak jawab pada pelanggan :
1. Kenapa menu cepat sangat habis. Masak lah lebih sikit.
2. Kenapa tak sediakan meja banyak lagi.
3. Kenapa tak boleh bungkus.
4. Kenapa....
5. Kenapa...
Model bisnes kami ni masih banyak kelemahan.
Berilah kami peluang memperkukuhkan dulu apa yang dalam kapasiti kami.
InsyaAllah kami perbaiki dari masa ke semasa.
Wak,
Budak Baru Belajar.

23/04/2025

Hari ini ada menu : Lontong Goreng Petai.

Jumpa esok.
04/04/2025

Jumpa esok.

Pelanggan : Wah Wak, dah upgred. Dulu kopi singgit, sekarang dah ada Kopi Tenggek.Wak : Bukan kami yang upgred. Ini pela...
28/01/2025

Pelanggan : Wah Wak, dah upgred. Dulu kopi singgit, sekarang dah ada Kopi Tenggek.
Wak : Bukan kami yang upgred. Ini pelanggan yang upgred.
Pelanggan : Sebab apa Wak kata gitu.
Wak : Ya lah. Sebelum ini kopi singgit kami yang bancuh rasa Kopi O Kampung. Sekarang Kopi Tenggek ni, pelanggan tunggu sendiri kopinya menitik sikit demi sedikit ( dah macam V60 ). Lepas tu pelanggan sendiri decide nak black ke nak kaw ke nak tambah susu ke. Kan pelanggan yang upgred tu. Jadi Barista untuk diri sendiri.
Pelanggan : Betul juga kan apa Wak kata tu. Saya order 3 lah. Nak belanja sekali kawan kawan saya ni.
Wak : Baik Tuan.
Nota :
Pelanggan FnB dah upgred, kini kami nak upgred p**a anak anak pelanggan.
Sambil mak ayah minum Kopi Tenggek, anak anak boleh layan JoyShooting Traditional Archery.
Ha gitu...
Wak,
Membeli dan menjual senyuman.

Menerima kujungan YAB DSU MB N9 Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun  dan DS Hjh Wan Hasni serta keluarga bersarapan di...
19/01/2025

Menerima kujungan YAB DSU MB N9 Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun dan DS Hjh Wan Hasni serta keluarga bersarapan di Lembah antara 2 Gunung.
Terima kasih banyak DSU MB N9 dan rombongan sudi luangkan masa menjamu selera di lokasi kami.
Moga ada lagi rezeki dariNya dapat kami santuni lagi.
Wak Lempeng.

Sampai Chef Itali sendiri beritahu, makanan di Malaysia sangat luarbiasa rasanya sebab banyak guna herba dalam masakan.D...
18/01/2025

Sampai Chef Itali sendiri beritahu, makanan di Malaysia sangat luarbiasa rasanya sebab banyak guna herba dalam masakan.
Dulu kita dimomokkan herba itu macam maajun. Rasanya pahit dan baunya kurang mesra hidung aromanya.
Ternyata momokkan itu perlu melalui laluan yang panjang sebelum pelanggan menghargai erti sebenar keenakkan masakan yang ada di dalamnya herba sebagai bahan masakan.
Lidah ini kurniaan dariNya sebagai menikmati hadiahNya di dunia.
Lidah kita boleh bezakan rasa pedas, rasa manis, rasa masam, rasa masin dan rasa pahit.
Bila rasa rasa ini bergabung, maka istilah sedap itu menjadi subjektif.
Jika dari kecil duduk N9, maka level pedas mereka di tahap mereka dan ia tak wajar dibandingkan lidah orang lain yang masakkan dan budaya makanan di kawasan mereka lain.
Baru ini Wak belajar dari Coach Surainee Wahab , bila lempeng + kelapa itu akan menjadikan rembesan insulan secara perlahan.
Manakala Nasi Lemak bila ditambah dengan kangkung rebus, ia menambah impak dalam nutrisi.
Nanti bila orang tanya, kan Nasi Lemak itu originalnya Nasi Lemak + sambal + ikan bilis + kacang tanah dan timun.
Ya, kita ambil kisah dunia s**an. Zaman 70an, atlet yang mewakili dalam s**an bergantung penuh pada otot, kederat dan latihan fizikal.
Dalam s**an moden, s**an sudah dimasukkan elemen sains. Ada faktor permakanan, ada faktor kawalan emosi selain latihan dan pembinaan fizikal.
Malah mengikut kajian sahabat Wak, Ustad Mbr Vers, beliau telah bentangkan di Thailand dan di Indonesia kelak, impak zikir dalam s**an. Menarikkan, dalam s**an kita boleh berdakwah.
Jadi, makanan yang sedap bukan sekadar sedap, tapi ia digabungkan sekali dengan rasa manis, rasa pedas, rasa masam, rasa masin dan rasa pahit.
Itu yang kami di Wak Lempeng cuba perjuangakan dan bawakan kepada pelanggan kami dengan slogan : Mememorikan semula memori.
Sambil menikmati makanan sambil mengimbau nostalgia lama bersama orang tersayang.
Ha gitu ..
Wak,
Lembah antara 2 Gunung.

Address

Batu 8 1/2 Jalan Pantai
Jalan Pantai

Opening Hours

Monday 08:05 - 11:00
Tuesday 08:05 - 11:00
Wednesday 08:05 - 11:00
Thursday 08:06 - 11:00
Saturday 08:05 - 11:00
Sunday 08:05 - 11:00

Telephone

+60182888396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wak Lempeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram